Showing posts with label BOOK REVIEW. Show all posts
Showing posts with label BOOK REVIEW. Show all posts

Saturday, October 14, 2017

PELUKIS JALANAN | BOOK REVIEW

Assalamualaikum guyss ! okay, starting this month, aku nak try something different with this hashtag #1month1book inshaAllah. kerana membaca itu jambatan ilmu. ecewah.

Okay, this OktoberI finished my reading early. sebab apa? sebab buku dia best broo ! looking forward to get the sequel of this book. hewhew. Ijam dah pun menawarkan the sequel to me. so no need to buy la for nextmonth. alhamdulillah.

buku apa yang best sgt ni bro? hmm aku rasa, kalau ditanya pada reader2 Malaysia, mostly akan cakap pernah baca buku ni dan mesti diorang cakap BEST ! haha yes, aku agak ketinggalan. dah lama dah buku ni keluar. hehe
Gambar Ihsan Mr. Google 

PELUKIS JALANAN

Penerbit : Iman Publication
Penulis : Teme Abdullah
Rating : 9.5/10 (nobody perfect, haha)

Apa yang best sangat buku ni?

Kisah Si Pelukis Jalanan

- Dapat biasiswa ke luar negara
- Terkandas di A-level
- Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
- kerja di fast food restaurant untuk survive
- Bank account balance = $0
- Ditikam belakang oleh rakan sekelas
- Sebulan makan nasi + telur + garam
- mula melukis di jalanan
- lukisan mula menempah nama di Instagram
- Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku."
-Teme Abdullah

Sinopsis daripada aku

Apa yang aku dapat daripada buku ini? Ketabahan. Ketabahan seorang remaja meningkat naik, yang belajar di UK dengan biayanya sendiri. wow. selalu kalau kita dengar banyak student2 Malaysia kat oversea memang under scholarship. Kalau ada yang biaya sendiri pun, dari golongan berada, kaya. but this guy, Teme datang dari keluarga yang sederhana. How he got survived? korang kena baca cerita dia.

Dek kerana leka mencari duit sendiri ketika sedang menjalani A-Level, Teme tidak berjaya mendapatkan pembiayaan kerajaan untuk belajar di UK. Namun, dengan berbekalkan duit yang diperolehinya ketika A-Level tu, beliau dapat membayar separuh daripada yuran pengajian untuk Tahun Pertama di UK. Banyak juga digaan dan cabaran yang beliau terpaksa dihadapi di sana. Yelah, nak mencari duit sambil belajar Architecture bukanlah satu perkara yang mudah. kalau korang ada kawan budak2 Archi ni, memang life diorang busy memanjang saja.

Beliau memang mengikat perut sepanjang pengajiannya hingga beliau mula melukis di jalanan dan mendapatkan bayaran hasil jualannya. Beliau juga dapat mempromosikan hasil lukisannya di Laman Instagram. Memang berbaloi. kalau dulu hanya makan nasi + telur + garam, selepas tu dapatlah makan ayam lebih kerap. Memang sadis sungguh.

Banyak juga pengajaran yang aku dapat daripada buku ni. Antaranya, pengharapan dan tawakal kepada Allah. Allah takkan menguji hambaNya, diluar kemampuan hambaNya. dan dengan menyakini bahawa rezeki tu Allah yang beri, beliau berjaya menempuhi ranjau onak duri ketika pembelajarannya di UK. Selain itu, apa yang aku nampak, Teme ni seorang yang kuat berpegang pada agama. Bukan main sebat je job yang mendatang tanpa memikir panjang. Beliau agak memilih dengan job yang diberikan antaranya tidak melukis potret dan juga tidak melukis gambar2 artis yang boleh melaghakan seseorang hamba itu daripada Allah swt.

Panjang gak aku punya review. Apapapun, korang baca je dulu buku ni. U will feel very satisfy with the storyline. Teme ni juga adalah instafamous jugak. bolehlah follow beliau di LINK ni.  memang terbaik lukisannyaa. And lastlyy. Serius banyak good quote yang korang boleh hadam , yang cukup deep bagi aku. baca laju2 ni macam tak puas lak ahha

Sekian, jumpe next post guys ! Thanks sebab membaca hiks

Thursday, September 21, 2017

FUJIYAMA | BOOK REVIEW

Assalamualaikum guys ! Lama tak buat book review hewhew

This time, I would like to make some reviews about this book entitled "FUJIYAMA" .

Adalah juga hajat tu nak ke Japan nextyear layan Mt. Fuji. Tu yang beli jugak buku ni. hmm



Penerbit : LEJEN PRESS
Penulis : Sharul Naim
Rating : 6/10

Why so low rating nya?

Bagi aku, penulis tak mampu bawa aku sebagai pembaca ke dalam situasi beliau menghadapi suasana getir ketika mendaki Gunung Fuji. Yup, bukan mudah. aku tau tu.

Semua yang dicerita dalam ni, memang pasal Gunung Fuji sahaja. Buku yang mempunyai 134 muka surat ini kurang menarik disebabkan hanya bercerita pasal perjalanan penulis mendaki Gunung Fuji. Without pictures, kekadang gambar itulah yang boleh membuatkan orang trigger nak ke Fuji ni.

Okey, sedikit sinopsis daripada pembacaan aku la.

Shah, seorang pendaki yang baru2 juga mendaki telah mengikuti kawan-kawannya ke Gunung Fuji. Namun without proper training and attire, penulis telah mendaki Gunung Fuji dengan jayanya selama 2 hari. Penulis telah bermalam di stesen kelapan laluan Yoshida. Setahu aku, Fuji ni, banyak trail nya and Yoshida trail ni adalah yang paling common. Eventhough, ada juga pengajaran yang dapat kita ambil dari buku ni which are, make sure hike tu berteman, barulah seronok, barulah tak mental. at least berdua. InshaAllah boleh sampai, berdua kan lebih baik? hehe then make sure have proper training and proper attire of coz ! jangan jadi macam shah dalam cite ni . shah dalam buku ini hanya memakai sweater dua lapis dan kasut macbeth ketika pendakian, memang seksa la oo. and also make sure have some training. jogging ke, bersenam ke. at least ada. yang bagusnya shah ni, independent la. takde la dia menangis tepi lereng gunung Fuji tu, call Search and Rescue (SAR) minta bantuan. macam kes-kes zaman sekarang kat Malaysia ni :P cramp2 pun nak panggil bomba naik. ingat diorang takde kerja lain ke?

Okey, itu jela sinopsis buku ini. Tujuannya, bukanlah aku nak condemn 100% buku ni. ada juga yang boleh diambil pengajaran secara tersiratnya. just kurang menarik sebab tiada gambar. maybe sebab harganya murah. .

thank for reading guys !

bolehlah tekan2 link ni ye guys. rezeki di pagi hari menulis hee


Thursday, June 8, 2017

STETOSKOP AKU BUDAK MEDIK 3.0 | BOOK REVIEW

"Kita memakai lencana hamba, dahulu kini dan selamanya "




Penerbit : Penerbitan Kata-Pillar

Penulis : Faiz Nzim | Aqila Rin Shamsi | Sahel Akmal | Raihan Amanina | Nur Amalina Berhan | Nabila Afandi | Faiqah Rosli | Nur Hanisah Zainoren | Nik Nur Atiqa | Athirah Hamzah | Amer Ahmat | Hariyani Mohd Zahari | Nik Nurul Fakhriah | Awanis Zakaria | Amalina Nudin

Penyusun : Dr. Saza S & Dr. Fahd Razy
Rate : 8.5/10


Assalamualaikum guys ! Amacam? tengah mengah ke berbuka tadi tuuu :P Berhenti sebelum kenyang ye. hehe

And kali ni, nak bagi sikit review mengenai buku bertajuk " Stetoskop Aku Budak Medik 3.0 " . Yes, aku taulah aku bukan budak medik, so tak boleh ke baca? so what? haha tuu ada nama kawan aku antara senarai penulis buku ni hehe and for your information, yang tulis semua ni adalah bakal2 doktor which means sedang belajar or ada kat HO ke.. or maybe dah jadi doktor ke haaa

So basically, buku ini mengenai pengalaman pehit getir kesukaran yang budak-budak medik rasa. Mereka ni bukanlah nak kejar glamour jadi doktor tu.. and kalau ada niat tu, boleh lupakan kot. haha sebab apa? sebab study medik ni bagi aku, dah la time study susah, pastu kerja susah lagi.. haha glamor jugaklah, tapi perit oo berkot putih nii

Every penulis memberi satu or dua pengalaman yang mereka rasa. and mereka berjaya bawa aku kedalam dunia mereka sementara. terasa pahit getir dan pengorbanan demi menghadapi masa hadapan * itu laguuu kahkah.

Buku ni sesuai untuk semua peringkat umur. Yang paling sesuai untuk budak-budak sekolah yang bercita-cita nak further medik tu or yang sedang dalam Tahun 1 Medik tu ke so they will have some exposure from this book. Bukan nak menakutkan, tapi bagi mereka sedar ianya bukan mudah . supaya tak culture shock. supaya mereka dapat sedikit gambaran.

Yes, tugas doktor ni sangat mulia. sangat. Lebih dekat dengan Tuhan. sentiasa berkorban . masa dan keringat. I salute you guys ! jangan berputus asa ya adik2 yang sedang amek medik tuu !

Sedikit Sinopsis dari belakang Buku

Menjadi pelajar perubatan tidak pernah sunyi daripada pelbagai kebisingan. Ragam suara yang pelbagai. Intuisi, suara hati, ataupun suaran luaran yang memakan rupa 'cabaran'.

Melalui Stetoskop ini anda dapat mendengar segala itu.

Tiap degup.

Tiap suara.

Tiap masalah yang berlegar di sebalik kerenah seorang budak medik yang berkot putih. naskah ini merakamkan setiap pengalaman dan kebisingan untuk pembaca turut sama mendekati dan mengenali kerenah bakal doktor.

Nah. Stetoskop sudah di tangan. Tarik nafas. Dan dengarlah.

Lubb dupp ! Lubb dupp !

_________________________________________________________________________________

Pesanan : Bila abam engineer nak buek buku lakk. adehh

Wednesday, March 15, 2017

PENA & PICAGARI | BOOK REVIEW

Benar, doktor itu bukan Tuhan.
Dan kami tidak mahu bermain dengan Tuhan.




Penulis : Dr. Khairul Hafidz
Penerbit : PUTEH PRESS

Sebuah buku nukilan Dr Khairul Hafidz yang agak famous jugak di Twitter dan Facebook. Beliau menggunakan media sosial untuk membetulkan tanggapan masyarakat dan juga membetulkan soldadu siber ini dalam menyampaikan info yang tidak sahih. 

Bagi aku, buku ini sangat menarik. Untuk pelajar Engineering untuk membaca term2 medic ni memang payah, tapi dalam buku ini, beliau berjaya menyampaikan dengan kata-kata yang senang difahami. 

Beliau merasakan satu tanggungjawab pada beliau untuk membetulkan apa-apa kesangsian yang dihadapi oleh masyarakat. Ada yang sengaja mengeluarkan info-info yang tak berpandukan mana-mana sumber sahih. Ini yang dibimbangkan beliau. 

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian : 

1) Membongkar Mitos

Dalam bab ini, beliau membongkar sedikit demi sedikit mitos-mitos yang sering diperkatakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. haha baca and hadam. ada yang aku percaya dari dulu lagi. haha tipu belaka. 

2) Ceritera Seorang Doktor

Bab ni, pasal kehidupan dan pengalaman beliau berjumpa dengan pelbagai karenah pesakit, keluarga pesakit. 

3) Semangat Profesi

Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membetulkan tanggapan masyarakat. 

4) Media Sosial

Kena bersabar dalam berhujah. Berhujah menggunakan ilmu dan sumber yang sahih, bukan dengan emosi. Soldadu siber itu sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan orang yang dijalan benar. 

5) Mahasiswa dan Housemanship

Beliau menceritakan pahit getir pengorbanan semasa zaman housemanship. Juga beliau berikan tips-tips menempuh zaman housemanship


Kulit buku yang menarik membuatkan aku terpanggil untuk baca sinopsis. Yes, satu arah yang berbeza dari dahulu. Dulu suka baca buku travel je. But its still a book. boleh bagi ilmu, kita baca. Kena tahu bezakan mana ilmu, mana info. 

overall, aku bagi menyeru para-para doktor diluar sana untuk turut sama membantu beliau dalam membetulkan tanggapan masyarakat harini. Chaw guys. 

Boleh dapatkan buku-buku di store buku berhampiran anda

8.5/10

Monday, February 27, 2017

KOMPILASI TRAVELOG : 7 BENUA VOL. 1 | BOOK REVIEW





Assalamualaikum. Kali ini aku terpanggil pula untuk membuat review tentang buku diatas. Yes, dah banyak sangat orang buat buku-buku ni, tapi tak banyak yang sediakan itineri mereka. tapi pengalaman mereka yang lebih menarik nak ditinjolkan dalam travelog ini.

Okeh, Kompilasi Travelog 7 Benua Vol 1 ini diterbitkan oleh Travel Planet hasil daripada cerpen pendek nukilan beberapa traveller tegar bagi aku. Memang salute. Ada yang travel secara solo ada yang travel berdua. Tapi masing-masing memberi sedikit pengalaman dalam cerpen pendek yang dikompilasikan dalam satu travelog

Bagi aku, untuk mengenali mereka, untuk mengetahui siapa mereka dengan lebih lanjut, korang kenalah beli buku khas terbitan untuk mereka sendiri. Kebanyakan daripada penulis memang dah ada buku terbitan sendiri rasanya.

Dibawah ada senarai penulis aka traveller tegar dari Malaysia ni. korang bolehlah google mereka di search engine anda. Bolehlah tau buku apa yang diorang dah terbitkan before ni.

1. Badrul Hisyam

Beliau bercerita mengenai pengalaman beliau ketika travel di Amerika Syarikat. Nama beliau tidak asing lagi di mulut para traveller pabila beliau telah berbasikal daripada UK ke Malaysia. Beliau juga ada mengeluarkan buku sebelum ni. Memang khas tentang perjalanan beliau daripada UK ke Malaysia. Dalam cerpen pendek ini, beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Grand Canyon. Beberapa keping gambar telah diselitkan bagi memarakkan api semangat kepada kita untuk travel ke sana

2. Nordin Yahya

Mengikut profil yang dibaca, beliau telah menjejaki lebih daripada 60 buah negara dari 6 benua. Memang otai abes la ni. haha Cerpen ditulis mengenai perjalanan beliau ke Machu Pichu, Peru. Memang nice beb. Yela, pernah tersenarai as 7 wonders of the world. kau rasa? ini pun wishlist !

3. Ida Yunus

Ini sorang lagi. Travel solo selama 6 bulan dari Beijing ke Eropah menggunakan jalan darat. Peh. Perempuan beb. Kalini beliau menceritakan pengalaman beliau ke Mongolia dan telah mengalami sakit gigi yang teramat sehinggakan terpaksa menampal giginya walaupun sedang travel. dah sakit gigi kan? nak buat camne

4. Rafiee Ghani

Orite. Beliau telah menceritakan pengalaman beliau memandu area pedalaman Morocco dalam keadaan salji tebal. Melalui penceritaannya, agak terasa kepayahan memandu dalam keadaan salji tebal dan juga signal GPS yang kurang hebat juga menggugat imannya. bravo bro !

5. Nazri Arshad

Beliau lebih dikenali sebagai Moji da merupakan seorang pemain yoyo internantional beb ! Beliau telah menulis mengenai pengalaman beliau di Vietnam, ataupun secara spesifiknya di Hanoi. Disebabkan aku pernah pergi sana dengan family, tetapi melalui penceritaannya, aku rasa nak repeat. maybe by train more exciting rasanya. Trans indo China maybe? hehe yelah, dulu time aku pergi , aku sakit. food poisonning for the whole week. muntah, cerry berry. kau rasa?

6. Siti Noridah

Yes, sorang lagi perempuan. Beliau telah menerbitkan sendiri buku Travelog ET Kembara Afghanistan selepas pengembaraannya secara solo ke sana. Later on kena beli ni. nanti aku buat review eh ! hehe yang kali ni, beliau menceritakan pengalaman beliau di Pakistan. Lembah Ghizer, Shandur Pass. serius superb view. Pakistan next wishlist!


7. Wazari wazir

Seorang jurufoto full time Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau telah travel ke Rusia. Melakukan Trans Siberian dari Rusia ke Beijing. fuhh. Wishlist lagiihh. haha habis duit den gini. Tapi cerpen ini hanya berkisar perjalanan beliau di St Petersbug di Rusia.


8. Meor Farid Asyradi

Sudah juga menerbitkan buku. Best seller juga . Aku juga sudah membacanya. Travelog Mr. Traveller. Kalini, beliau menceritakan pengalaman beliau ke wilayah agak terpencil di China, Xining. Walaupun ketika pengembaraan ini, beliau bersama rakan-rakan seuniversiti, tapi apa yang mereka alami itu sesuatu yang menarik pabila mereka dapat bergaul dengan masyarakat sekitar.


" Mengembara, membuatkan lidah kelu tidak terkata, kemudai menjadikan anda sang penglipur lara " - Ibn Battuta


Overall apa aku dapat katakan buku ni memberi aku satu semangat untuk mengembara.

Rating 9/10.

Rasanya semua orang nak travel kan? tapi sejauh mana kita berusaha untuk mencapai impian kita tu? hmm tepuk dada tanya selera. Sekian, Terima kasih. thanks sebab membaca :)

p/s klik2 la pada iklan tuu :)

Sunday, December 25, 2016

BINIKU NINJA | BOOK REVIEW









Tajuk Buku : BINIKU NINJA
Terbitan : BUKU POJOK PLT
Penulis : AZLAN ANDI

Yes, disebabkan cuti-cuti yang ada, alhamdulillah dapatlah aku menghabiskan buku ni. Nampak tajuk pun dah attractive bagi aku. So decide nak habiskan baca buku nie.

Okey. Buku ni menceritakan seorang jejaka bernama Azlan yang datangnya dari golongan sederhana dan belajar animation graphic kat UK. Aktif berpersatuan dan telah menemui seorang wanita bernama Sabatini dan akhirnya menjadi isteri beliau. Apa yang menarik disini mengenai perkenalan mereka yang singkat, perkahwinan yang mudah sekali pada usia muda di negara orang.

After mereka berkahwin, disambung cerita mereka tentang pengalaman pahit getir mereka menjalani kehidupan di negara orang. Yang lebih membuat buku ini lebih menarik how they travel yang sangat awesome bagi aku . Thumbs up for this. Korang boleh lawat laman Youtube Azlan Andi.

And ending cerita buku ini pun nice bagi aku. simple but penuh dengan pengajaran. Not typical cliche perkahwinan muda kat dalam tv or drama-drama Malaysia. Even Sabatini dari kalangan orang berada, tapi sikapnya yang begitu pandai berdikari dan well-managed person sangat dikagumi.

Recommended to read. Untuk kaki travel pun okey, untuk golongan muda pun okey :)

Kalau nak beli buku ni, boleh buat pre-order dengan saya, inshaAllah boleh diuruskan ;)
Harganya cuma RM25.

P/s Rajin2 lah eh tekan link Nuffnang tu. Thanks guyss !




Wednesday, May 25, 2016

KRABI PERGI NAIK BUS BALIK NAIK TREN | BOOK REVIEW

Assalamualaikum. Ini adalah post book review. Mesti korang pelik dan hairan kenapa tiba2 tajuk jadi camtu. haha well in order nak terapkan kat korang budaya membaca dalam kalang rakyat Malaysia, maka saya terpanggil untuk membuat book review berkenaan buku tersebut.





Okey. Buku ini berkenaan pengalaman penulis backpack ke Krabi dengan menggunakan bas dan pulang ke Malaysia menaiki tren. YES. ramai sangat dah rakyat Malaysia nie dah berkunjung ke Krabi termasuk lah saya sendiri. Walau bagaimanapun, saya suka untuk membaca dan mengetahui pengalaman orang lain dan aktiviti2 lain yang dijalankan di Krabi ataupun tempat2 lain. Memang dalam hati nak repeat pergi Krabi nie.

Kalau ikot saya, saya bagi 8/10 untuk buku ini. Penulisannya santai , tetapi terlalu ringkas ceritanya. Mungkin penulis hanya pergi selama hari sahaja kot.  Adalah part2 yang tidak dapat dijangka oleh saya. Part apa? korang kenalah baca sendiri ye hahaha dalam buku ini diceritakan aktiviti2 yang diorang lakukan di krabi dan segala cabaran yang mereka hadapi sepanjang berada di Krabi dan Hatyai. Ada juga tips2 yang diberi oleh beliau untuk pengajaran kita semua dan dicatit juga expenditure beliau sepanjang berada di sana. So kita nie bolehlah agak2 berapa banyak duit yang diperlukan jika henda bercuti di Krabi.

Antara Quote yang begitu menonjol dalam buku inie adalah :-

"Ini bukanlah percutian ala-ala datin"

Yeah, Exactly, nama pun backpacker kan. No datin2 la kalinie haha

Penulis merupakan seorang blogger jugak. Korang boleh layari website beliau. Seorang backpacker tegar. wa salute lu sistahh. haha so bolehlah lawat2 ke blog dia dan rasailah pengalaman beliau dengan membaca.

Pesanan penaja lagi.. Rajin2lah ye klik iklan kat sidebar and atas tu ye :)
thanks guyss