Thursday, June 8, 2017

STETOSKOP AKU BUDAK MEDIK 3.0 | BOOK REVIEW

"Kita memakai lencana hamba, dahulu kini dan selamanya "




Penerbit : Penerbitan Kata-Pillar

Penulis : Faiz Nzim | Aqila Rin Shamsi | Sahel Akmal | Raihan Amanina | Nur Amalina Berhan | Nabila Afandi | Faiqah Rosli | Nur Hanisah Zainoren | Nik Nur Atiqa | Athirah Hamzah | Amer Ahmat | Hariyani Mohd Zahari | Nik Nurul Fakhriah | Awanis Zakaria | Amalina Nudin

Penyusun : Dr. Saza S & Dr. Fahd Razy
Rate : 8.5/10


Assalamualaikum guys ! Amacam? tengah mengah ke berbuka tadi tuuu :P Berhenti sebelum kenyang ye. hehe

And kali ni, nak bagi sikit review mengenai buku bertajuk " Stetoskop Aku Budak Medik 3.0 " . Yes, aku taulah aku bukan budak medik, so tak boleh ke baca? so what? haha tuu ada nama kawan aku antara senarai penulis buku ni hehe and for your information, yang tulis semua ni adalah bakal2 doktor which means sedang belajar or ada kat HO ke.. or maybe dah jadi doktor ke haaa

So basically, buku ini mengenai pengalaman pehit getir kesukaran yang budak-budak medik rasa. Mereka ni bukanlah nak kejar glamour jadi doktor tu.. and kalau ada niat tu, boleh lupakan kot. haha sebab apa? sebab study medik ni bagi aku, dah la time study susah, pastu kerja susah lagi.. haha glamor jugaklah, tapi perit oo berkot putih nii

Every penulis memberi satu or dua pengalaman yang mereka rasa. and mereka berjaya bawa aku kedalam dunia mereka sementara. terasa pahit getir dan pengorbanan demi menghadapi masa hadapan * itu laguuu kahkah.

Buku ni sesuai untuk semua peringkat umur. Yang paling sesuai untuk budak-budak sekolah yang bercita-cita nak further medik tu or yang sedang dalam Tahun 1 Medik tu ke so they will have some exposure from this book. Bukan nak menakutkan, tapi bagi mereka sedar ianya bukan mudah . supaya tak culture shock. supaya mereka dapat sedikit gambaran.

Yes, tugas doktor ni sangat mulia. sangat. Lebih dekat dengan Tuhan. sentiasa berkorban . masa dan keringat. I salute you guys ! jangan berputus asa ya adik2 yang sedang amek medik tuu !

Sedikit Sinopsis dari belakang Buku

Menjadi pelajar perubatan tidak pernah sunyi daripada pelbagai kebisingan. Ragam suara yang pelbagai. Intuisi, suara hati, ataupun suaran luaran yang memakan rupa 'cabaran'.

Melalui Stetoskop ini anda dapat mendengar segala itu.

Tiap degup.

Tiap suara.

Tiap masalah yang berlegar di sebalik kerenah seorang budak medik yang berkot putih. naskah ini merakamkan setiap pengalaman dan kebisingan untuk pembaca turut sama mendekati dan mengenali kerenah bakal doktor.

Nah. Stetoskop sudah di tangan. Tarik nafas. Dan dengarlah.

Lubb dupp ! Lubb dupp !

_________________________________________________________________________________

Pesanan : Bila abam engineer nak buek buku lakk. adehh