Tuesday, January 3, 2017

LAGENDA GUNUNG LEDANG VIA ASAHAN

Assalamualaikum haha okey, this time kita akan menjelajah ke Gunung Ledang semula, tapi via Asahan, Melaka ye. Ikutkan aku, kalau nak sampai ke trail Asahan nie, keluar tol Tangkak pun masih dekat. tidak jauh, lebih kurang 30minit ke 1jam dari tol Tangkak ye guys.

daripada Tol Tangkak, belok kanan and memasuki Bandar Tangkak, terus je lagi, sehingga anda nampak signboard ke asahan belok ke kiri. Then just ikut je signboard ke asahan. Anda akan melalui pekan simpang bekoh dahulu. Marking Trailhead adalah Laman Tiga Budaya. Waze situ, InshaAllah akan sampai la :)



Okey, kalinie, dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 30 orang, kami telah dinasihatkan untuk bergerak awal pagi. Kebiasaannya pun, kalau nak rest awal, geraklah awal ye. boleh turun awal. and kepada yang slow tu, bolehlah kurangkan risiko keluar hutan waktu malam.

para peserta sedang bersiap2 sebelum naik

Guide akan briefing sedikit mengenai perjalanan dan trail yang akan kami tempuhi sepanjang perjalanan ke Puncak Ledang. Kami dinasihatkan supaya tidak mengambil gambar pencawang yang ada dikawasan Gunung Ledang kerana ia dilarang oleh pihak Jabatan Hutan.

Okey, perjalanan bermula pada jam 430 am. Agak lewat dari perancangan awal sebenarnya. Tapi takpe, janji semua dapat bergerak dengan selamat dan terancang.

Perjalanan dari Entrance ke CP1 agak landai. Masa yang diambil lebih kurang ke 20 minit ke 30 minit. Masa pergi bolehlah semangat lagi, anda akan rasa mental gila turun nanti. Trek nya yang landai memberi maksud, tiada perubahan masa pergi dan balik.


Sama juga dari CP1 ke CP2. Treknye agak santai dan landai. Ada sedikit sahaja menaik . Tak banyak pun. Kami berhenti solat disini. kawasannya CP2 agak besar dan rata. Mana nak ambil wuduk? sini tiada watersource ye guys. Bawalah spray botol yang kecik tu untuk memudahkan untuk mengambil wuduk disamping mengurangkan penggunaan air.

CP2 ke CP3 akan start mendaki. Tapi biasa2 sahaja pendakiannya. kadang2 rata dan landai. Trek berakar . Silalah berhati2 dengan langkah anda

CP3 ke CP4 (Lembah Beruang)  anda akan menurun sahaja sampai ke lembah dimana kedudukan CP4 berada. Tapi menurunnye takdelah curam pun. sikit2 je, tapi berterusan. Maka ingatlah bahawa anda akan menaik semula ke CP3 dalam perjalan pulang nanti. CP4 nie namanye Lembah Beruang, tapi xdelah menetap beruang2 kat sini . hiks

Daripada CP4 (Lembah Beruang), anda akan pacak je sampai la ke CP6. Cabarannye baru bermula disini. Kalau korang boleh keep on hike je, tanpa berhenti, kejap je dah smpai ke CP5 dan CP6. Hanya 1.3km ke CP5 (Batu Berlumut) dan 1.2km ke CP6 (Padang Batu)

CP4 = LEMBAH BERUANG





Okey, after CP5, kita akan menempuh batu hampar yang amat tinggi. eceh. tinggi lah jugak. nice tempat ni. darjah kecuraman dalam 50-60 degree. Tali disediakan. Sila berhati2 menggunakan tali tersebut dan bersabarlah ya menunggu giliran anda. kalau tengok guide2 jalan atas batu tu, tayah la nak ikot. diorang dah berpuluh kali ulang alik naik turun atas batu tu.



After tu, barulah akan tiba di CP6 iaitu Padang Batu. Disinilah campsite untuk laluan Asahan. dah lengkap dah sini, siap ada paip dan bangsal lagi haa. Dianggarkan , campsite ini boleh memuatkan dalam 40-50 orang dalam satu2 masa. maybe lebih skit. kat sini anda akan disajikan dengan view sunset. InshaAllah nanti kita try eh. Sini juga adalah satu2nya watersource untuk laluan Asahan. ada air terjun kecil and juga paip yang memang dah dibuat oleh pihak Jabatan Taman Negara.





boleh solat di bangsal nie :)

ada air terjun kecik atas tu, tapi nampak air berbuih tu, mcm tak digalakkan ambil air kat bawah tu jee
dah breakfast kat CP6, Perjalanan diteruskan semula ke CP7 iaitu puncak Rundok. semua dah kenyang, and siap ada yang bawak stove dan gas untuk masak breakfast masing2. Perjalanan mendaki sehingga ke Puncak Rundok. Disini, anda akan nampak puncak Ledang diseberang berhadapan dengan anda. hahaha

depan tulah Puncak Ledang

CP7 - PUNCAK RUNDOK

Daripada CP7, anda akan turun semula ke lembah sebelum menempah pacak dan batu2 hampar yang curam ketinggiannya. Kecuramannya boleh dianggarkan setinggi 70-80 degree. Tangan tak kuat, memang lenguh la derrr. haha tapi bila dah smpai area batu2 hampar curam nie, memang tak jauh dah ke Puncak Ledang. Cuma ada sedikit beratur di kawasan batu ini.




amacam? 

THIS IS PUNCAK LEDANG YAWW


Nilah batu bersurat yang dikhabarkan. ada area before sampai peak






abam daus kongsi :)

Timing Via Asahan

Entrance 430am
CP1   500 am
CP2 545 Rest until 630
CP3 705 Rest until 715
CP4 735 Rest until 750
CP5 810 Rest until 820
CP6 830 Rest until 850
CP7 935 Rest until 950
Peak 1020 Rest until 1220

tekan2 lah link ni guyss

10 comments:

  1. boleh kasi contact guide? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. now trail via asahan tengah tutup. Boleh contact Najib +60123149142.

      Delete
  2. via asahan tutup sampai bila? tahu tak?

    ReplyDelete
  3. Wkumslm. Tahniah dik! Blog awk sgt informatif bgi akk yg pertama kali nak daki ledang via asahan. Cuma ada persoalan sikit... Dr CP4 hgga CP6, brape anggaran msanya? Sbb menurut info awak mcm sekejap jer. Rsanya pjg msa klu mendaki di kwsn CP4 hgga CP6 krna batu hampar tu ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,tempoh masa tu ikut fitness kita juga. and ikut ramainya orang yang ada dlm trek tu hehe kalau ramai,beratur la ehe

      Delete
  4. Akum kalau naik ikut Asahan ada kena panjat tangga tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau via asahan,ada jugak tangga, tapi tak sebanyak via sagil la

      Delete
  5. salam.. boleh lalu asahan lagi?

    ReplyDelete
  6. Salam abg.. ada save lg tak gpx file trek asahan nie ? Boleh wsep sy di 01133779628

    ReplyDelete