Showing posts with label HIKING. Show all posts
Showing posts with label HIKING. Show all posts

Tuesday, September 5, 2017

K2 MALAYA [ PART 2 - GUNUNG KENDERUNG ]

Continue from Part 1..

Kami tidur pun lambat. Bangun pun of coz liat. haha thanks to zal, ecah, zira & neddy yang bangun awal untuk masak pack utk breakfast !

Basically,  perjalanan ke Kem Solar which is the famous spot to take picture and a RNR before going to summit is approximately around 2-2.5 hours. Ni anggaran. Ikut pace jugak.Ni pace sweeper. people can do much faster than that.  dalam 2km je.  Tak jauh pun beb. tapi memang pacak, memacak je sampai la ke Kem Solar. and trail dia awal2 tu tanah2 and then korang akan lalu trail berbatu kerikil, yang kecil2 tu, agak licin and steep. taknak cite panjang, itu je conclusion for the trail.





still on the way to Kem Solar

Kem Balak - mana yang tak sempat ke Kem Solar, boleh solat Subuh sini, ada ruang sikit


Gambar aku biasa2 je, tak nampak sangat awan karpet tu. Cukuplah aku dan kawan2 aku nampak dengan mata sendiri. Tak puas. Even picture cant describe the happiness watching the awan karpet. merecik !

Okay, if korang rasa ke kem solar pun dah seksa, fikir la 2-3 kali or hundreds time to Puncak Kenderung pulak. steeper and more pacak la . Bila naik, tayah fikir macam mana nak turun, pepandai la nak turun nanti. lets see the picture. masa naik Kenderung ni, aku sorang2 je, yang lain dah shoot peak. Ada jugak yang dah lepak kat Kem Solar je, malas naik. but this my first time here, so shoot to peak i Guess. lagipun, nak repeat ke Grik, mashaAllah, jauhnya... hahaa

Puncak Kenderung - 1223M

Ingatkan tu puncaknya, depan lagi beb. ada satu bukit sikit haha


on the way turun -  kaki gigil bukan sebab penat, sebab cuak

on the way turun, can u see how steep it is ?

wuu awan karpett

okey, nak bagi tips sikit la.

Tips 1 : Pakailah topi, sumpah panas do. pakai sunblock ke, apa2 yang tutup muka tu. dah la gunung ni dah rentung, muka gua pun rentung. Sama macam trail ke Kerunai, takde pokok rendang, ada pokok hangus je. haha

Tips 2 : Masa ke Peak Kenderung, banyak guna tali, avoid bawak tongkat. susahkan anda. bawa glove yang grip sikit kalau tak nak tangan terbakar turun guna tali tu. macam glove aku ni, beli DIY je, tapi at certain tali yang halus, no grip at all, tak caya aku. so aku buka gloves, use bare hand. memang terbakar. haha

Tips 3 : Yang laju berdesup masa turun tu, please jangan buat gunung ni ditutup disebabkan anda nak tunjuk hebat, anda terjatuh dan luka or even worst. sorry. aku bengang masa tu, ada orang turun men lompat2, laju turun . bukan sebab aku jealous aku tak leh buat camtu, tapi aku sayang kat gunung ni, nak bagi orang lain naik. taknak jadi macam Bukit Tabur. Kalau dah ada kes, gunung pun tutup, yang laju tu?

orite, abis tips aku kali ni. haha

masa on the way turun, aku dengan zal je yang dah hilang kepala lutut katanya. aku tertido kat kem solar lebih kurang 45 minutes kot dalam suasana panas tu. si zal la ni, ajak lepak. dah aku keluarkan my personal ground, terus lelap. hadoi. bangun2 berpeluh. aku dengan dia the last person yang turun dari situ haha motif cite ni, kalau nak beli personal ground, boleh contact aku hahaa, meh2 ada lagi stock.

kem solar pun ada panel solar haha tapi xde wayar nye 

5 budak pewai masa otw turun haha panas lit2
masa  sampai campsite, alhamdulillah, mike dah masak nasi woi. pehh perut lapau, ada orang dah siap masak. alhamdulillah. thanks team ! korang memang the best haha



and dalam pukul 3pm camtu, kami pun kemas-kemas and chow la. abam powil memang sempoi hehe

nasihatnya, dah nak siap kemas, baru call abam powil. alhamdulillah. line telefon sikit2 ada la kat campsite ni. line internet susah gila. apa barang masuk hutan buka internet :P

okey, sekian cerita dari saya. Grik jauh beb.

thanks abam powill




tekanlah link ni yee guyss demi rezki sayaa. no virus. no worries hehe



Sunday, September 3, 2017

K2 MALAYA [ PART 1 - GUNUNG KERUNAI ]

Assalamualaikum guys !

post kali ini, aku hanya buat closed-trip member2 sahaja. sebab apa? mula2 taktau trek dan tak jumpa orang yang pernah pergi K2 ni. oh ye. K2 ni ape ye? hmm okey K2 ni singkatan bagi gunung di Grik, Perak, iaitu Gunung Kenderung & Gunung Kerunai.

Location : Kampung Pahat, Grik, Perak (boleh waze)

Grik ni jauh beb, serius. haha exit Kuala Kangsar, and kau ada 100km lagi before sampai Grik.

Kami sampai pun dah pukul 5 lebih kat RTC Simpang Pulai tu. Yang lain dah sampai lama dah, just kereta yang aku bawa ni which is milik zal je yang lambat sampai. Almaklumlah, dari selatan tanahair.  Masuk je exit Kuala Kangsar, otw ke Grik, awalnya memang tak nampak surau beb. at last jumpe jugak. Dah selesai solat subuh, kami semua pun mencari breakfast sebab masing2 dah lapar.

andddd. yes kat Lenggong. ada roti Don ! kedai akak ni betul2 depan R&R Lenggong. boleh pi nextime. recommended sgt ! sedap beb. time ni, Zira & Ecah yang dari Penang, tak dapat dihubungi. dok contact, tapi tak dapat. last2 diorang cakap dah kat Kg Pahat dah haha kami dok layan breakfast lekk je.

ni dia roti donn. must try

Okey. dah setel breakfast, maka menujulah kami ke Kg Pahat, rumah si abam powil. so kami park sana. Zira pun dah beritahu, powil akan bawak sampai campsite, lagilah malas aku mengemas. maka dengan box2 , plastik2 ration masuk dalam powil. tak kemas punn. haha nasiblah jang.

Perjalanan powil ke kemsite dianggarkan lebih kurang 30 minit .

Kami sampai kat campsite pun awal. taktahu nak buatpe. dok mandi2 jela kat sungai berdekatan.

Haa tu siap ada kepala paip lagi, apa yang korang nak lagi? haha
campsite luas, lebih 100 orang boleh muat
Yang laki pi pasang fly, letak ground bagi kaum hawa yang 4 orang ni prepare for lunch. haha tapi campsite ni serius panas beb.

aku taktau mcm mana diorang boleh kebal dok tgh panas potong2 ni haha 
nama dia mike, dia bengang masak nasi tak jadi. tapi 2nd day dia perform terux

sambil2 menunggu makan berat, cekodok luu

alololo 2 org nii


dak2 selayang

nasi kuciwa


haa setel je lunch, komfirm tak tau nak buat pe kan? haha tapi jam pun dah menunjukkan jam 230pm. solat2 and bolehlah siap2 nak ke Puncak Kerunai Daypack. Cadangnya nak tengok sunset.

Then jam 4pm, kami bertolaklah slow2 ke puncak Kerunai. Tak jauh, tapi track dia open beb. takde pokok2 renek yang korang boleh berteduh. alhamdulillah, kami start pun pukul 4 camtu. so takdelah panas sangat. perjalanan ke puncak kurang lebih mengambil masa 2-2.5 jam. ikutlah pace korang. lagi laju pun boleh and jauhnya lebih kurang 3-4 km. tapi memang pacak je sampai ke sudah

11 orang pun susah nak amek gmbr sama2 haha


still nampak kesan terbakar beberapa tahun dulu


zaini 

puncak Kerunai 







ni gabung dengan jiran sebelah kat campsite hehe meriah sikit


pian cemrox

haa ginilah tracknya haha
dah layan gambar? so, bila nak pi? haha

okey, target nak tgk sunset, tapi sunset takde ! ahhah tertutup dgn awan. tapi still kami turun dalam pukul 730pm camtu. sampai bawah pun dalam pkul 10. naik turun sama je sebab menurun dgn curam beb. lagipun malam kan..

malam tu, menu spagheti bolognese. senang mudah dimakan. malam2 ni pun budak2 ni bantai pi mandi lama2 haha. kat bawah campsite ada la sungai. kolam sikit. bolehlah berendam.

macam yang aku cakap sebelum ni, campsite ni memang panas. tak guna beb pasal fly. semua tido bersepah kat kitchen, bawak ground keluar fly, tido berbumbungkan langit. nasib baik tak hujan, ni barunya billion stars punya hotel hehe

kami tido pun agak lewat walaupun nak shoot puncak kenderung awal pagi esok. plannya nak gerak pukul 3 pagi since perjalanan ke kem solar mengambil masa 2 - 2.5 jam biasanya. tapi ni tidur pun dah pukul 1 lebih. nasiblah weh. nantikan episod seterusnya ;)

mungkin berborak sambil minum hazelnut peh


p/s jangan lupa klik2 iklan nuffnang tu ye guys & bolehlah tekan link ni jugak guys

Monday, August 28, 2017

AKINABALU - PART 3

Hari 3
7 Ogos 2017

Alhamdulillah, kami mampu bangkit pagi ni. walaupun sedikit lewat dari jadual, tapi masih boleh bergerak ke puncak. Sarapan awal disediakan pihak Laban Rata (we already paid actually, haha) . Jamahlah mana mampu. Sebab cuaca sejuk, lagi cepat perut lapar. Ada nasi goreng, mee goreng, roti, sup. Macam-macamlah. Pilih je.

oh ye. Shaf and wife cannot make it. Dia demam lagi. so terpaksa pull out from the challenge. jangan disebabkan sijil rm10.60, korang pertaruhkan nyawa korang. yes, itu kata guide kami.

Tips 1 : Bawak tupperware, boleh tapau sikit2 je, makan bila lapar nanti. ikut orang. ada yang selera nak makan masa hike, sebab fikir tenaga yang diperlukan. Ada orang memang taknak makan. sebab risau perut memulas. hehe

Okey, setelah lengkap berpakaian tebal, gloves, ear muff or buff yang boleh tutup telinga anda, jam 330 am baru kami bertolak ke puncak. Destinasi seterusnya adalah Pondok Sayat-sayat. Perlu melepasi pondok tersebut sebelum jam 5am. Jaraknya cuma lebih kurang 1km sahaja dari Laban Rata. okey, pasal ear muff tu, korang belilah yang comel-comel macam panda ke, harimau ke, sebab ia penting. Bila sejuk ni, first dia attack mesti bahagian nipis kat badan kita contohnya, telinga, jari, hidung. haa kalau telinga tu, macam nak putus dah. jangalah diusik telinga member, ada yang jatuh je telinga tu hee


sedikit briefing dari guide


Okey, sepanjang pendakian ke Pondok Sayat-Sayat, kami telah mengharungi beratus or beribu anak tangga memacak je sampai ke pondok tu. 1km je bro. kejar timing sikit bila dah lewat camni. Alhamdulillah, sampai dalam 430am di pondok Sayat-Sayat. Sebelum pondok ni, ada la sedikit memanjat menggunakan tali. yes, aku ada risau sikit satu part tu. aku je kot yang risau. sebab keadaan pun gelap, tak nampak mana nak letak kaki, mana nak paut sangat. haha

Tips 2 : Bagi yang Muslim, bolehlah ambil air wuduk di Pondok Sayat-sayat ni. ada bilik air. tandas terakhir sebelum 1.5km ke puncak camtu. so lepaskan hajat anda semua sebelum ke puncak. Even bawak spray untuk ambil wuduk pun, believe me, korang taknak rasa kebas tangan kaki bila bukak glove and stokin otw ke puncak nanti.

Orite. Subuh memang awal kat atas ni. dalam 445am ke 5am tu dah nak naik mataharinya. Sebab aku tak ambil wuduk awal2, merana la kebas jari tangan kaki masa bukak tu. haha nasib la weh. kewajipan harus dilakukan.

lek chill. bacalah dulu. haha jap lagi aku belanja gambar je eh :P

dalam jam 615am, alhamdulillah aku berjaya ke Puncak Kinabalu. Alhamdulillah, memang rezeki sangat. after a year planning to be here. fuhh merecik view otw dari pondok Sayat-sayat ke puncak. Start daripada pondok tu, sampai puncak, trail dah bertukar kepada all batu. korang kena follow tali yang disediakan. tayah pegang pun boleh, just jadikan tali tu panduan. follow je tali, inshaAllah tak sesat.

Tips 3 : Tayah laju-laju bro. agak2 pukul 545, 6am, bolehlah sampai puncak. laju-laju kang, sampai puncak pun gelap, sape nak ambil gambar kau? dah la sorang-sorang, gambar tak lawa. haha











view point sebelum sampai Pondok Sayat-sayat (taken masa otw turun)


tandas Pondok Sayat-Sayat



Puncak Low's Peak

abang ni tak pernah tak hensem


adik dan abang

jangan lupa gambar lompat sambil reflection 

atas tulah puncak Low's Peak

matahari baru nak naik tuu

Puncak Seringgit
The makciks








peti pos tertinggi di dunia mungkin? hahaa
orite, sepatutnya, semua pendaki kena turun selepas jam 7am. jadi kami guna sebaiknya masa tu. haha group kami turun paling last. lepak slow2 je jalan turun, ambil gambar itu ini. bukan selalu ye dak? hahaa

okey sesampainya di Laban Rata, better pi kemas barang kat dorm korang dulu. then bawa semua barang2 ke kafe and lepak situ enjoy your breakfast until 1030am. dorm pun kena check out before 1030am. lambat, kena bayar juga. lupa berapa harganya. so enjoy your breakfast there.

oh ye, kat cafe tu, memang tak disediakan air masak ye. ada pun tea and nescafe. di dorm ada cerek, so boleh masak air panas la kalau nak.

senarai harga barang




but masa otw turun ke Laban Rata, memang aku rasa pening berdenyut2 kepala . tak tahu kenapa, maybe pressure altitude tu kot.

aku saja nak kongsi kisah kawan aku sorang ni. nama dirahsiakan. situasinya di Cafe Labar Rata.

aku : bro, kepala kau tak pening ke masa kau turun tadi?

bro : turun !

after few seconds. hahaa aku perasan, why he said "turun" instead of " pening" hahaha dan itu telah memecahkan perut dan menitiskan air mata ku pada ketika itu menggelakan beliau. otak dia dah tak selari dengan mulut rasanya hahaa

bro tu jugak tertelan or tersedak air liur sendiri masa otw turun ke Timpohon. hahah sah bro ni dah tak sync otak dengan fizikal. hahaa dem.

Tips 4 : Tapau juga untuk your lunchpack. inisiatif sendiri ni. sebab korang akan gerak turun ke pintu timpohon pasni. aku dah merasainya. lapar beb, even korang turun after 1030am, tapi cuaca sejuk banyak bakar tenaga lagi. tapau and bila dah sampai mana2, boleh makan. at least tak lapar sangat sesampainya korang di pintu Timpohon.

korang kena sampai pintu timpohon sebelum jam 4pm. aku dah mention in Part 2 kan? kena denda tau. so dari 11am ke bawah, memang slow2 jugak. santai je. time ni memang merana la lutut. haha downhill all the way to pintu Timpohon. kami sampai pun rap2 je dalam jam 3pm. ada kawan belakang sampai tepat 4pm. alhamdulillah sempat. tapi semua kelaparan. serius.





tragedi berlaku pada kami. seramai 18 orang daripada group kami mengalami muntah-muntah sebaik turun daripada puncak. nasib baik tak muntah on trek. ada juga yang dah muntah otw turun, tapi mostly muntah after the hike.

mulanya ingat sebab perut masuk angin. sebab dah pukul 3pm, tak lunch, cuaca sejuk. yes, itu maybe punca. tapi after malam kejadian, member2 dah start cirit birit. walawey, ini bukan masuk angin lagi ni, maybe food poison. nak bawak member pi klinik pun semua dah barai. aku bertiga dengan ajes & ochok. kami bertiga tak lunch, tak dinner. memang barai. dua orang kawan ku muntah2, cirit birit. aku alhamdulillah demam je, sebab dah all out hari tu. memang all out. drive lagi ke kota kinabalu after hike, long 2 hours rainy drive beb. hahaa

ada orang juga cakap, itu memang symptom AMS. taktau la. takkan dah turun baru kena?  wallahualam. alhamdulillah semua selamat.

enjoy the video guys





yezza. jangan lupa tekan link ni eh guyss. ehhe