Sunday, September 3, 2017

K2 MALAYA [ PART 1 - GUNUNG KERUNAI ]

Assalamualaikum guys !

post kali ini, aku hanya buat closed-trip member2 sahaja. sebab apa? mula2 taktau trek dan tak jumpa orang yang pernah pergi K2 ni. oh ye. K2 ni ape ye? hmm okey K2 ni singkatan bagi gunung di Grik, Perak, iaitu Gunung Kenderung & Gunung Kerunai.

Location : Kampung Pahat, Grik, Perak (boleh waze)

Grik ni jauh beb, serius. haha exit Kuala Kangsar, and kau ada 100km lagi before sampai Grik.

Kami sampai pun dah pukul 5 lebih kat RTC Simpang Pulai tu. Yang lain dah sampai lama dah, just kereta yang aku bawa ni which is milik zal je yang lambat sampai. Almaklumlah, dari selatan tanahair.  Masuk je exit Kuala Kangsar, otw ke Grik, awalnya memang tak nampak surau beb. at last jumpe jugak. Dah selesai solat subuh, kami semua pun mencari breakfast sebab masing2 dah lapar.

andddd. yes kat Lenggong. ada roti Don ! kedai akak ni betul2 depan R&R Lenggong. boleh pi nextime. recommended sgt ! sedap beb. time ni, Zira & Ecah yang dari Penang, tak dapat dihubungi. dok contact, tapi tak dapat. last2 diorang cakap dah kat Kg Pahat dah haha kami dok layan breakfast lekk je.

ni dia roti donn. must try

Okey. dah setel breakfast, maka menujulah kami ke Kg Pahat, rumah si abam powil. so kami park sana. Zira pun dah beritahu, powil akan bawak sampai campsite, lagilah malas aku mengemas. maka dengan box2 , plastik2 ration masuk dalam powil. tak kemas punn. haha nasiblah jang.

Perjalanan powil ke kemsite dianggarkan lebih kurang 30 minit .

Kami sampai kat campsite pun awal. taktahu nak buatpe. dok mandi2 jela kat sungai berdekatan.

Haa tu siap ada kepala paip lagi, apa yang korang nak lagi? haha
campsite luas, lebih 100 orang boleh muat
Yang laki pi pasang fly, letak ground bagi kaum hawa yang 4 orang ni prepare for lunch. haha tapi campsite ni serius panas beb.

aku taktau mcm mana diorang boleh kebal dok tgh panas potong2 ni haha 
nama dia mike, dia bengang masak nasi tak jadi. tapi 2nd day dia perform terux

sambil2 menunggu makan berat, cekodok luu

alololo 2 org nii


dak2 selayang

nasi kuciwa


haa setel je lunch, komfirm tak tau nak buat pe kan? haha tapi jam pun dah menunjukkan jam 230pm. solat2 and bolehlah siap2 nak ke Puncak Kerunai Daypack. Cadangnya nak tengok sunset.

Then jam 4pm, kami bertolaklah slow2 ke puncak Kerunai. Tak jauh, tapi track dia open beb. takde pokok2 renek yang korang boleh berteduh. alhamdulillah, kami start pun pukul 4 camtu. so takdelah panas sangat. perjalanan ke puncak kurang lebih mengambil masa 2-2.5 jam. ikutlah pace korang. lagi laju pun boleh and jauhnya lebih kurang 3-4 km. tapi memang pacak je sampai ke sudah

11 orang pun susah nak amek gmbr sama2 haha


still nampak kesan terbakar beberapa tahun dulu


zaini 

puncak Kerunai 







ni gabung dengan jiran sebelah kat campsite hehe meriah sikit


pian cemrox

haa ginilah tracknya haha
dah layan gambar? so, bila nak pi? haha

okey, target nak tgk sunset, tapi sunset takde ! ahhah tertutup dgn awan. tapi still kami turun dalam pukul 730pm camtu. sampai bawah pun dalam pkul 10. naik turun sama je sebab menurun dgn curam beb. lagipun malam kan..

malam tu, menu spagheti bolognese. senang mudah dimakan. malam2 ni pun budak2 ni bantai pi mandi lama2 haha. kat bawah campsite ada la sungai. kolam sikit. bolehlah berendam.

macam yang aku cakap sebelum ni, campsite ni memang panas. tak guna beb pasal fly. semua tido bersepah kat kitchen, bawak ground keluar fly, tido berbumbungkan langit. nasib baik tak hujan, ni barunya billion stars punya hotel hehe

kami tido pun agak lewat walaupun nak shoot puncak kenderung awal pagi esok. plannya nak gerak pukul 3 pagi since perjalanan ke kem solar mengambil masa 2 - 2.5 jam biasanya. tapi ni tidur pun dah pukul 1 lebih. nasiblah weh. nantikan episod seterusnya ;)

mungkin berborak sambil minum hazelnut peh


p/s jangan lupa klik2 iklan nuffnang tu ye guys & bolehlah tekan link ni jugak guys

No comments:

Post a Comment