Okay, this OktoberI finished my reading early. sebab apa? sebab buku dia best broo ! looking forward to get the sequel of this book. hewhew. Ijam dah pun menawarkan the sequel to me. so no need to buy la for nextmonth. alhamdulillah.
buku apa yang best sgt ni bro? hmm aku rasa, kalau ditanya pada reader2 Malaysia, mostly akan cakap pernah baca buku ni dan mesti diorang cakap BEST ! haha yes, aku agak ketinggalan. dah lama dah buku ni keluar. hehe
Gambar Ihsan Mr. Google |
PELUKIS JALANAN
Penerbit : Iman Publication
Penulis : Teme Abdullah
Rating : 9.5/10 (nobody perfect, haha)
Apa yang best sangat buku ni?
Kisah Si Pelukis Jalanan
- Dapat biasiswa ke luar negara
- Terkandas di A-level
- Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
- kerja di fast food restaurant untuk survive
- Bank account balance = $0
- Ditikam belakang oleh rakan sekelas
- Sebulan makan nasi + telur + garam
- mula melukis di jalanan
- lukisan mula menempah nama di Instagram
- Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku."
-Teme Abdullah
Sinopsis daripada aku
Apa yang aku dapat daripada buku ini? Ketabahan. Ketabahan seorang remaja meningkat naik, yang belajar di UK dengan biayanya sendiri. wow. selalu kalau kita dengar banyak student2 Malaysia kat oversea memang under scholarship. Kalau ada yang biaya sendiri pun, dari golongan berada, kaya. but this guy, Teme datang dari keluarga yang sederhana. How he got survived? korang kena baca cerita dia.
Dek kerana leka mencari duit sendiri ketika sedang menjalani A-Level, Teme tidak berjaya mendapatkan pembiayaan kerajaan untuk belajar di UK. Namun, dengan berbekalkan duit yang diperolehinya ketika A-Level tu, beliau dapat membayar separuh daripada yuran pengajian untuk Tahun Pertama di UK. Banyak juga digaan dan cabaran yang beliau terpaksa dihadapi di sana. Yelah, nak mencari duit sambil belajar Architecture bukanlah satu perkara yang mudah. kalau korang ada kawan budak2 Archi ni, memang life diorang busy memanjang saja.
Beliau memang mengikat perut sepanjang pengajiannya hingga beliau mula melukis di jalanan dan mendapatkan bayaran hasil jualannya. Beliau juga dapat mempromosikan hasil lukisannya di Laman Instagram. Memang berbaloi. kalau dulu hanya makan nasi + telur + garam, selepas tu dapatlah makan ayam lebih kerap. Memang sadis sungguh.
Banyak juga pengajaran yang aku dapat daripada buku ni. Antaranya, pengharapan dan tawakal kepada Allah. Allah takkan menguji hambaNya, diluar kemampuan hambaNya. dan dengan menyakini bahawa rezeki tu Allah yang beri, beliau berjaya menempuhi ranjau onak duri ketika pembelajarannya di UK. Selain itu, apa yang aku nampak, Teme ni seorang yang kuat berpegang pada agama. Bukan main sebat je job yang mendatang tanpa memikir panjang. Beliau agak memilih dengan job yang diberikan antaranya tidak melukis potret dan juga tidak melukis gambar2 artis yang boleh melaghakan seseorang hamba itu daripada Allah swt.
Panjang gak aku punya review. Apapapun, korang baca je dulu buku ni. U will feel very satisfy with the storyline. Teme ni juga adalah instafamous jugak. bolehlah follow beliau di LINK ni. memang terbaik lukisannyaa. And lastlyy. Serius banyak good quote yang korang boleh hadam , yang cukup deep bagi aku. baca laju2 ni macam tak puas lak ahha
Sekian, jumpe next post guys ! Thanks sebab membaca hiks
No comments:
Post a Comment