Friday, October 13, 2017

PENANG ULTRA 2017 (84 KM)

Assalamualaikum semua :)



okey, kalini review mengenai PENANG ULTRA 2017 yang baru lepas 30/9 - 1/10 baru-baru ini. Aku telah terpanggil untuk menyertai kategori 84km. mula-mula takde rasa cuak dia tu. tapi dah dekat event, baru perasan yang there are cut-off time for every checkpoint. wow. tak kelakar beb. memang tak kelakar. haha training tak seberapa. sobs.

okey, kategori yang ada pada kali ni ialah 50KM, 84KM, 100KM Solo dan juga 100KM relay. 84 km juga dikenali sebagai Round-Island. memang abis satu pulau aku lenjan. orang Penang pun rasanya tak sampai kawasan tu. haha. 100 KM solo kena naik Bukit Bendera after completed 85km. Lagi tak kelakar. ahhaa

Starting Point (9PM)


Starting point for this event adalah di Esplanade or Padang Kota Lama la senang cite. Memang meriah malam tu. around 7++ runners registered for this event. tapi tak tau pecahan for each categories. With Dato Lim Guan Eng speech and he was the one yang melepaskan runners 100KM and 84km tepat 9pm. good job dato ! tak payah long2 speech hehe

Starting Point to CP1 (16.3KM)




CP 1 16.3 KM cot : 1130

Yes, CP1 punyalah jauh. haha tapi aku ada berhenti at 5km sekali, untuk minum air. yes. ini strategy aku. keep hydrated every 5km mesti minum air. bukan nak kejar podium, but nak keep on running in this event. And second time aku berhenti at 10km. makan gel. yes ini pun strategy aku. makan gel every 10km. tapi tak bertahan lama gel ni. 1st gel yang aku makan ialah High5 Gel which is EnergyGel got free from this event. at 15km aku tak berhenti sebab nak sampai dah kan..

on the way CP1 just rata je. tak banyak elevation because still area town. ada pun just naik jejantas sikit je. still meriah la otw ke CP1 ni sebab runners pun still rapat2 masih bertenaga

di CP1 anda dihidangkan dengan just air2 sahaja which is air mineral sejuk, air 100 plus and also lucozade. sempatlah aku teguk half bottle lucozade, half bottle 100 plus and refill air mineral aku. and keep going bruh !

and aku reach CP1 at 1040. still have 50minit from COT. bekalan untuk hujung2 kang aku nak berjalan haha

CP1 - CP2 (12.58KM)

CP2  28.88KM cot: 0140

okey, nice CP2 pun jauh bakhang. Aku masih meneruskan strategy. KM20 aku berhenti minum air sat dan consume 1 gel which is GU Energy Gel. 1st time try. I dont like it. too pekat i think. dapat teguk separuh gel je. separuh lagi simpan untuk bekalan KM25 nanti. and perut start memulas. haha maybe terkejut kot makan gel pekat ni.

route ke CP2 pun mostly rata. ada sikit2 je yang menaik. u will go through construction area. agak berdebu. but at this hour, jalan pun gelap. headlamps on !

di CP2 pun hanya ada air mineral + air 100 plus. teguk2 sikit 100 plus. refill air, chow haha

reach CP2 at 1210 am. yes. banyak masa. haha ada 1h30m lebih masa. memang strategy untuk melepak lama di CP3 & CP4

CP2-CP3 (6.5KM)


CP3 6.5KM/35.38KM (cot: 0245)

Fuh ini baru cabaran. aku pun lupa study route betul2. haha aku mula2 pelik jugak, kenapa ke CP3 ni dekat je. rupa-rupanya, uphill 2.8km and downhill 2.3 km. hamek kau. hahaa memang berjalan + berlari2 anak je masa uphill. nak downhill laju2 pun risau jugak problem lutut kang. masih jauh perjalanan. hahaa

CP3 agak menarik. ada makanan la. aku pun melepak around 10-15 minutes kat sini. melegakan kaki berasap downhill tadi haha padahal tak laju pun banyak berjalan je hahha ada roti, pisang, kurma kat sini. and air pun air sejuk . yeah Coke ada kat sini. dapatlah sugar rush skit kat sini. huhu and jumpe abg padu Jen haha punya lah laju mamat ni. tapi dia memg padu.

sampai CP3 around pukul 120am. and im out at 133am. ada sejam lebih sikit lebih. alhamdulillah. marilah teruskan perjuangan anak muda !

CP3-CP4 (14.3KM)


CP4 14.3KM/ 49.68KM (cot: 0510)

Haa nak ke CP4 sumpah mental beb. haha aku dah start on playlist lagu kat phone. sorry la runner yang lain. tak selesa pakai earphone. memang berkumandang jela lagu2 tu. kat sini memang mental. route yang panjang melalui kampung mana tah. terus je jalan dia haha pishang weh. korang boleh tengok map atas ni haha strategy aku kali ni ialah, every 1km berhenti minum air and 1st 200m berjalan laju and the rest try lari2 anak pace 7-8. alhamdulillah. okey lah..

Aku sampai CP4 around 330am. fuh lega. sini paling meriah. sebab ada banyak makanan. ada bubur ayam, maggi, roti , kurma pehh. memang syok. kaki je tak syok beb. sini juga terletaknya kaunter drop bag. yang nak salin baju semua bolehlah. aku sempat solat jamak maghrib isyak yang tak sempat dilangsaikan sebelum event. sebab memang rushing. lepak sini around 45 minutes. pukul 415 am chow. ada lah sejam gap. rupanya, jalan lepas ni amatlah seksa. mendaki2 huhu

CP4-CP5 (13.1KM)



CP5 13.1KM/62.78KM (cot:0700)

Route ke CP5 tak kelakar beb. dengan bunyi anjing nye, dengan jalan gelapnya. pastu menaiknya lahai. seksa oii elevation 370m. haha aku rasa orang penang pun tak lalu jalan ni la. haha dapatlah lalu area empangan Teluk Bahang. ni memang route ke Teluk Bahang weh ! kata round the island kan ! hamekk lepas je cp 5 ni, memang view baik. sempatlah layan view sunrise area tepi pantai kann. just jalan kecil. kena hati2 hehe

Alhamdulillah sampai sini dalam pukul 610am. sempatlah subuh. pegi makan2 dulu. telan coke, telan marathon baker gummy ultra. manis. sedap je dalam mulut. ambil pisang sebiji, dengan redbull setin. as bekalan lepas solat. pi solat dulu

chow dari cp ni pukul 630 camtu. agak rushing. dah sapu perskindol kuning cream tu, memang padu beb. kebas je kaki. dapatlah berlari 3-4 km hahaa walaupun lari2 anak. aku ada 30minit je gap weh.

CP5-CP6 (9.77KM)


CP6 9.77KM/72.55KM ( cot : 0840)

Okey, on the way ke CP6 pun agak seksa. turun naik route dia. tapi still okeylah. guna je strategy biasa. korang kena tau bila korang kena lari. jangan paksa sangat. ikut kemampuan diri. bukan asal downhill je korang nak henjut laju2. calm down. just faster your pace. hewhew. itu untuk aku la. target nak finish je kan hehee

route ni pun cantik pemandangan nya. boleh nampak view laut.

Aku sampai CP6 ni pun dah pukul 8 rasanya. still 40 minutes left. haha aku dah redha time ni. dalam otak dah fikir, nak bagi alasan apa kalau DNF hahaha tapi training pun macam hampeh. rasakan la.

Kat cp6 ni ada gummy ultra tu, roti jem butter and air coke, mineral, 100 plus. event ni air memang meriah. haha i like it.

CP6-CP7 (7.9KM)


CP7 7.9KM/ 80.45KM (cot 10:00)

Nak ke cp ni amatlah seksa. bukan seksa sebab hilly road, tapi sebab jalannya yang panjang, macam tak abes2 haha mental dah time ni. dah start masuk town. so sibuk dengan kereta and asap2 kereta kan. strategy bertukar lagi. jalan 100m, lari 100m, jalan 200m, lari 200m. masa ni memang mcm dah menyesal ya Tuhan masuk event gini. haha baik makan pasembuq !

Aku sampai CP7 ni around 915. ada 45 Minit lagi sebelum cot cp7. utk ke finish line, inshaAllah lepas. aku ada berborak dengan sorang bro ni masa nak chow dari CP7,

" macam ni, pace 20 pun lepas finish"
      " haha haah kan, janji lepas"

bila difikirkan balik, aku dah tak sanggup. baik aku lari selaju boleh *pace 7-8 hahaa . biarlah habes dah sengsara ni. memang aku berlari je. time ni dah start panas. wuuu seksa oo

kat CP7 ni just ada air2 sejuk 100 plus & mineral sahaja :)

END 5.05KM/85.5KM (cot 1130)


medal

waterstation

event and finisher tee

Itulah sedikit sebanyak review aku tentang PU17 ni. kat bawah ni aku ada listkan sikit tips untuk loneranger runner macam aku. sebab aku datang sorang2. nasib baik ada jen kat sana. dapat tumpang bilik dia. hehe

the whole 84KM route


Tips 

1) Kalau pergi ke Penang tu, boleh lah naik flight. haritu aku dapat pun harga dalam RM50 pergi sahaja dari KL. sebab aku dari Melaka. takkan nak drive sorang. so aku naik bas ke KLIA2 and naik flight ke Penang. Kalau yang duduk KL tu, boleh la beli return ticket. senang cita.

2) Booked la hotel just around Esplanade or Padang Kota tu. guna Agoda or ape2 website la. senang.

3) Makesure sampai pagi la. aku dah serik. flight aku yang supposedly sampai pukul 5 petang telah didelayed kan sejam. sampai penang pukul 630 petang. sampai esplanade pukul 730pm. lari pukul 9pm, korang rasa? haha sampai awal, boleh rest awal.

4) yang nak naik bas pun boleh. sampai Batu feringhi. Pastu boleh naik feri ke Pulau. tapi naik bas pun lama. kena rancang perjalanan anda yup !

5) Time ni la nak kenal2 dengan runners2 lain. just smile and masa berjalan tu boleh je berborak2 tambah kenalan. itu gunanya loneranger! tapi aku penyegan, kbye

Okeyy, thanks guys sebab membaca sedikit review daripada aku. mohon tekan link ni demi rezeki menulis saya. thankss again !

No comments:

Post a Comment