Monday, February 27, 2017

KOMPILASI TRAVELOG : 7 BENUA VOL. 1 | BOOK REVIEW





Assalamualaikum. Kali ini aku terpanggil pula untuk membuat review tentang buku diatas. Yes, dah banyak sangat orang buat buku-buku ni, tapi tak banyak yang sediakan itineri mereka. tapi pengalaman mereka yang lebih menarik nak ditinjolkan dalam travelog ini.

Okeh, Kompilasi Travelog 7 Benua Vol 1 ini diterbitkan oleh Travel Planet hasil daripada cerpen pendek nukilan beberapa traveller tegar bagi aku. Memang salute. Ada yang travel secara solo ada yang travel berdua. Tapi masing-masing memberi sedikit pengalaman dalam cerpen pendek yang dikompilasikan dalam satu travelog

Bagi aku, untuk mengenali mereka, untuk mengetahui siapa mereka dengan lebih lanjut, korang kenalah beli buku khas terbitan untuk mereka sendiri. Kebanyakan daripada penulis memang dah ada buku terbitan sendiri rasanya.

Dibawah ada senarai penulis aka traveller tegar dari Malaysia ni. korang bolehlah google mereka di search engine anda. Bolehlah tau buku apa yang diorang dah terbitkan before ni.

1. Badrul Hisyam

Beliau bercerita mengenai pengalaman beliau ketika travel di Amerika Syarikat. Nama beliau tidak asing lagi di mulut para traveller pabila beliau telah berbasikal daripada UK ke Malaysia. Beliau juga ada mengeluarkan buku sebelum ni. Memang khas tentang perjalanan beliau daripada UK ke Malaysia. Dalam cerpen pendek ini, beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Grand Canyon. Beberapa keping gambar telah diselitkan bagi memarakkan api semangat kepada kita untuk travel ke sana

2. Nordin Yahya

Mengikut profil yang dibaca, beliau telah menjejaki lebih daripada 60 buah negara dari 6 benua. Memang otai abes la ni. haha Cerpen ditulis mengenai perjalanan beliau ke Machu Pichu, Peru. Memang nice beb. Yela, pernah tersenarai as 7 wonders of the world. kau rasa? ini pun wishlist !

3. Ida Yunus

Ini sorang lagi. Travel solo selama 6 bulan dari Beijing ke Eropah menggunakan jalan darat. Peh. Perempuan beb. Kalini beliau menceritakan pengalaman beliau ke Mongolia dan telah mengalami sakit gigi yang teramat sehinggakan terpaksa menampal giginya walaupun sedang travel. dah sakit gigi kan? nak buat camne

4. Rafiee Ghani

Orite. Beliau telah menceritakan pengalaman beliau memandu area pedalaman Morocco dalam keadaan salji tebal. Melalui penceritaannya, agak terasa kepayahan memandu dalam keadaan salji tebal dan juga signal GPS yang kurang hebat juga menggugat imannya. bravo bro !

5. Nazri Arshad

Beliau lebih dikenali sebagai Moji da merupakan seorang pemain yoyo internantional beb ! Beliau telah menulis mengenai pengalaman beliau di Vietnam, ataupun secara spesifiknya di Hanoi. Disebabkan aku pernah pergi sana dengan family, tetapi melalui penceritaannya, aku rasa nak repeat. maybe by train more exciting rasanya. Trans indo China maybe? hehe yelah, dulu time aku pergi , aku sakit. food poisonning for the whole week. muntah, cerry berry. kau rasa?

6. Siti Noridah

Yes, sorang lagi perempuan. Beliau telah menerbitkan sendiri buku Travelog ET Kembara Afghanistan selepas pengembaraannya secara solo ke sana. Later on kena beli ni. nanti aku buat review eh ! hehe yang kali ni, beliau menceritakan pengalaman beliau di Pakistan. Lembah Ghizer, Shandur Pass. serius superb view. Pakistan next wishlist!


7. Wazari wazir

Seorang jurufoto full time Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau telah travel ke Rusia. Melakukan Trans Siberian dari Rusia ke Beijing. fuhh. Wishlist lagiihh. haha habis duit den gini. Tapi cerpen ini hanya berkisar perjalanan beliau di St Petersbug di Rusia.


8. Meor Farid Asyradi

Sudah juga menerbitkan buku. Best seller juga . Aku juga sudah membacanya. Travelog Mr. Traveller. Kalini, beliau menceritakan pengalaman beliau ke wilayah agak terpencil di China, Xining. Walaupun ketika pengembaraan ini, beliau bersama rakan-rakan seuniversiti, tapi apa yang mereka alami itu sesuatu yang menarik pabila mereka dapat bergaul dengan masyarakat sekitar.


" Mengembara, membuatkan lidah kelu tidak terkata, kemudai menjadikan anda sang penglipur lara " - Ibn Battuta


Overall apa aku dapat katakan buku ni memberi aku satu semangat untuk mengembara.

Rating 9/10.

Rasanya semua orang nak travel kan? tapi sejauh mana kita berusaha untuk mencapai impian kita tu? hmm tepuk dada tanya selera. Sekian, Terima kasih. thanks sebab membaca :)

p/s klik2 la pada iklan tuu :)

No comments:

Post a Comment