Wednesday, March 15, 2017

PENA & PICAGARI | BOOK REVIEW

Benar, doktor itu bukan Tuhan.
Dan kami tidak mahu bermain dengan Tuhan.




Penulis : Dr. Khairul Hafidz
Penerbit : PUTEH PRESS

Sebuah buku nukilan Dr Khairul Hafidz yang agak famous jugak di Twitter dan Facebook. Beliau menggunakan media sosial untuk membetulkan tanggapan masyarakat dan juga membetulkan soldadu siber ini dalam menyampaikan info yang tidak sahih. 

Bagi aku, buku ini sangat menarik. Untuk pelajar Engineering untuk membaca term2 medic ni memang payah, tapi dalam buku ini, beliau berjaya menyampaikan dengan kata-kata yang senang difahami. 

Beliau merasakan satu tanggungjawab pada beliau untuk membetulkan apa-apa kesangsian yang dihadapi oleh masyarakat. Ada yang sengaja mengeluarkan info-info yang tak berpandukan mana-mana sumber sahih. Ini yang dibimbangkan beliau. 

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian : 

1) Membongkar Mitos

Dalam bab ini, beliau membongkar sedikit demi sedikit mitos-mitos yang sering diperkatakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. haha baca and hadam. ada yang aku percaya dari dulu lagi. haha tipu belaka. 

2) Ceritera Seorang Doktor

Bab ni, pasal kehidupan dan pengalaman beliau berjumpa dengan pelbagai karenah pesakit, keluarga pesakit. 

3) Semangat Profesi

Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membetulkan tanggapan masyarakat. 

4) Media Sosial

Kena bersabar dalam berhujah. Berhujah menggunakan ilmu dan sumber yang sahih, bukan dengan emosi. Soldadu siber itu sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan orang yang dijalan benar. 

5) Mahasiswa dan Housemanship

Beliau menceritakan pahit getir pengorbanan semasa zaman housemanship. Juga beliau berikan tips-tips menempuh zaman housemanship


Kulit buku yang menarik membuatkan aku terpanggil untuk baca sinopsis. Yes, satu arah yang berbeza dari dahulu. Dulu suka baca buku travel je. But its still a book. boleh bagi ilmu, kita baca. Kena tahu bezakan mana ilmu, mana info. 

overall, aku bagi menyeru para-para doktor diluar sana untuk turut sama membantu beliau dalam membetulkan tanggapan masyarakat harini. Chaw guys. 

Boleh dapatkan buku-buku di store buku berhampiran anda

8.5/10

1 comment: