Thursday, February 2, 2017

YB3B REVERSE 'OT' SERIES [PART 1]

Haiii, Assalamualaikum !

Kemana anda cuti raya cina nie? yeah, Team Blackhawkcrew telah menyahut cabaran untuk hike dikala musim hujan ini. serah redho sajalah dengan ketentuan Ilahi.

Trip kali ni, kami ke YB3B Reverse. Apa itu YB3B? YB3B bermaksud Yong Belar and 3 boundaries. Which Yong Belar merupakan gunung kedua tertinggi di semenanjung dan 3 boundaries adalah salah satu puncak dalam perjalanan kami ke Yong Belar. Di Puncak Gunung 3 Boudaries ni, korang akan berada di sempadan 3 negeri iaitu Kelantan, Perak dan Pahang. Kalau kentut kat atas ni, 3 negeri beb bau kau punya kentut. kah! okey, yang reverse tu, means kami buat dari arah bertentangan. orang panggil trip nie jugak YB3B Circle sebab perjalanan kami membentuk satu bulatan.

Route YB3B Circle


28 Januari 2017

Kami telah tiba di RTC Simpang Pulai jam 4 pagi. Yes, santai dari KL. Memang ngantuk teruk la drive dari KL. Nasib baik kawan2 dalam kereta menghiburkan. haha . sampai RTC Simpang Pulai, aku sebagai driver terus lelap. Qoy pulak sibuk hasut zal gi makan maggi pagi tu. haha. tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita guide kami accident. Paan yang kol. Aku masih mamai.

"weh, kau katne tu? "
      " kat simpang pulai dah ni, nak lelap kejap, 430 aku naik la kg raja"
" aku kat simpang pulai gak ni, guide kita accident weh kat kg raja"
      " serius ahh wehh, aduh cmne tuu"
" takpe2, nanti dia cari orang ganti dia"
       " okeylah kalau ada pengganti"


maka aku pun matikan panggilan lepas dengar solution nye. yelah, tengah mamai. taktahu fikir apa. sambung tido balek. 445 baru start naik ke Surau Kg Raja. Memang port la geng-geng hike lepak tunggu subuh and gather before start hike. Penuh dah Surau tu, as expected. Dapatlah rasa kesejukan air ke tulang tatkala mengambil wuduk subuh.

Usai Subuh, aku dan Paan contact lagi guide tu, Abg Zack dari Tebing Tinggi Backpackers (TTB) . Aku pun 1st time dengar group ni. Kami pergi melawat keadaan Abg Zack dan sweeper kami. Alhamdulillah, keduanya okey, just minor calar balar tu ada lah. kereta memang teruk sebab diorang terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum menghentak dinding bukit di sebelah jalan. Masih belum ada kata putus untuk guide ni. hadui.

Setelah berbincang secara profesional, Abg Zack tetap akan join trip kami tapi as sweeper and TTB telah menghantar sorang lagi guide as pengganti, Abg Epul. Alhamdulillah. Perkara 1st settle. Tapi tak dapat start awal la. Line up yang lain dah menunggu. Diorang tau pasal masalah ni. Kami pun bergerak ke SK Kg Raja untuk meletakkan kereta masing-masing. RM10 dicaj bagi setiap kereta. InshaAllah selamat kat sini.

Tungu punya tunggu, akhirnya sampai sudah powil yang akan membawa kami ke starting point iaitu Blue Valley Dam. Perjalanan powil telah mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sakit buntut beb naik powil ni. hahaa tapi ni salah satu excitement before menempuh ranjau 3 hari dalam hutan tu.

park kereta di SK Kg Raja RM10

Starting point Blue Valley Dam

Jam menunjukkan pukul 1330. Dah lambat sangat ni..setelah berbincang buat kali terakhir, kami stick to plan, buat reverse. Risau di Kem Kasut terlalu ramai orang. Setakat ni, cuma 2 group termasuk kami yang buat YB3B Reverse ni. still okey untuk muat di Kem Gurkha tu. Yes, lets begin !

Perjalanan dari Blue Valley Dam ke Puncak 6040. Awal perjalanan, walaupun anda buat reverse, still akan lalu paip-paip yang kurang ajar. haha tapi tak sekurang hajar trek paip ke kem kasut tu. masih ada paip-paip dan sungai yang dilalui. so awal-awal memang seluar kasut dah lencun. haha kesejukan la beb. perjalanan awal agak santai and maintain pace. 2 jam lebih dah sampai ke Puncak 6040. Takde view pun kat sini, just dapatlah kurangkan lelah bawak load ni. lama dah tak hike bawak load :( Memang sepanjang perjalanan ni, banyak melalui permatang yang pokoknye amatlah renek sekali. Menyakitkan hati beb ! bawak beg besar-besar, nak tunduk-tunduk memang tak kelakar lahh.

Puncak 6040
trip santaii

Puncak 6040

Daripada Puncak 6040, anda sekali lagi akan melalui kawasan permatang. sakit hati sangat beb. Turun naik tu lumrah perjalanan sini. Try sampai before maghrib. Yes, alhamdulillah. achieved. Puncak 3 boundaries menyajikan 360 view yang sangat amazing. Sejuk beb sebab dah nak maghrib kan. Sempat solat jamak zuhur dan asar serta maghrib isyak sekali kat sini. Layanlah sejuk-sejuk tuu.
And korang dapat lihat batu yang menandakan sempadan 3 negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang.

perjalanan mossy ke Puncak 3 Boundaries




Puncak 3 Negeri



Batu bawah tula yang menandakan sempadan 3 negeri

Perak

Pahang

Kelantan


Dalam kol 8 macam tu, kami bergerak dalam 1 kumpulan ke Puncak Chali. Dalam berjalan malam ni, make sure la sentiasa in group. Yang laju - laju tu, cubalah slowkan pace anda supaya orang belakang dapat follow, Bukan ape, dah malam, apa-apa boleh berlaku, laju-laju kang senang tersasar trek. Time nie, geng-geng laju dah gerak pun dari puncak 3 Boundaries ni. Tinggal yang nak lepak chill je haha masih melalui kawasan permatang. Angin sejuk bakhang.

Akhirnya setelah 2 jam perjalanan, kami sampai ke Puncak Chali. Geng-geng laju dah kumpul kat sini tunggu kiteorang. After kiteorang sampai je, diorang pun gerak. Fly Ground dah bagi kat orang awal-awal supaya diorang dapat setup awal-awal. Dijangkakan perjalanan mengambil masa 2 jam. Perjalanan kalini memang menurun je sampai ke kem Gurkha. Sedang dalam perjalanan turun, terdengar la bunyi sahutan rakan-rakan kat bawah.. ooooooo gitu bunyinya. Sekali dua aku masih membalas laungan itu, ni dah banyak kali, sakit hati gak oi. Maybe diorang lapar agaknye sebab chef ada berjalan dengan aku ni haa. hahaa

Signboard puncak Chali


Sesampainye di satu persimpangan, kelibat Qoy telah kelihatan. Bersama rakan-rakan yang lain. ada Drama sedang berlaku ni..kenapa semua berkumpul nie

" Bang zack, mana eh Kem Gurkha ? Kiteorang dah 20minit kat sini tak jumpe jalan.. "
           " Eh, terus jela, Epul mana? "
"Epul dengan 3 orang lagi kat depan tadi, laju sangat, orang belakang tak dapat follow"
          " Jap abg tengok jalan dia... " terus jalan kehadapan

Macam-macam dah bermain dalam fikiran ni.. kena game ke oii ! Tak sampai campsite dah kena game hahaa macam mana qoy naqib pun tak nampak jalan.Yelah, kem Gurkha pulak. Memang terkenal dengan mistiknya.. Line up yang lain dah mengeluh. Yelah. Kol 12 da wehh. Belum dinner lagi..

After beberapa minit kemudian dengan suara abg zack suruh turun. Eh, ada pulak laluan.. jemmm. kesian kat line up.. ada la 8 - 10minit dari simpang tu. Simpang tu dah menaik sikit. Mulanya kata guide perjalanan menurun je, tiba-tiba ada menaik sampai la ke simpang tu, tu yang diorang pelik. Yang lagi pelik, sahutan diorang disahut jugak oleh Paan yang dah pun ada di Kem Gurkha, tapi geng tertinggal nie tak dengar pun sahutan balik tu hmm. malah Paan hanya dengar beberapa kali je sahutan yang dilaungkan geng-geng nie, tapi geng-geng nie melaung ada la 10 kali juga. menyirap gak la dengar. haha sekian Drama kem Gurkha

Dah setel semua pasal fly ground khemah, dibah dan zal memasak. alhamdulillah. Malam pertama makan Spagheti Carbonara. Tapi ramai jugak yang tido terus lepas mandi. Penat sangat agaknya. Minta maaf gengg ! Dah la salah beli. Aku pi beli Angel Hair Spagheti pulak. Hancuss sebab haluih sangatt. hahaa

kuah Carbonara


so esoknya kami akan ke Puncak Yong Belar. Jauh dan hardcore jugak perjalanan esok. Harini je dah tido kol 3 beb. si Dibah lagi lambat sebab tunggu nasi masak. sian Dibah sorang :'( dah dikacaunye Zal suruh teman dia hahhaa . Esoknye, plan campsite di Kem Kasut. Nak kena gerak awal.  Nantikan cerita Part 2 yeahh


Log 1st Day

Starting point ( Blue Valley Dam) 1350 - Puncak 6040 1630
Puncak 6040 1645 - Puncak 3 Boundaries 1905
Puncak 3 Boundaries 2010 - Waterpoint 2040
Waterpoint 2045 - Puncak Chali 2215
Kem Gurkha 0045


Jangan lupa klik iklan guyss.  dapatlah gua kredit sikittt hehe

And link ni jugakk , tekan2 pleasee hehe

1 comment:

  1. Assalam bro syimir. Best yb3b ni. Boleh share log gpx t wassap no 0197341048.
    Tq bro

    ReplyDelete