Day 2
Semalam kepenatan, maka hari ke 2 pun masing-masing bermalasan. Dibah jugak bangun awai kejut subuh. sambil suruh ambil ayaq kat sungai haha kenalah bangun chef suruh amek ayaq nak masak nasi. Takpelah, yang penting line up semua bersemangat after rest lama skit :)
okey, breakfast kami pagi nie, mee goreng pedas hasil air tangan zal dan dibah. sedap jugak. tapi pedas terlebih. semua lapar, habis disantapnya. Bermula agak lewat. Maaf line up semua. Kalau dah biasa dengan blackhawk, memang agak santai nak kemas-kemas semuanya. sebab aku tak suka bising-bising suruh kemas fly ground. just cakap beberapa kali suruh kemas, and korang pepandai la. maaf sekali lagi. As gogo aku kena tegas pasal masa. Dah korang kena OT lagii..
geng dapur kem gurkha |
Mee goreng zal dibah :) |
thanks guys sebab saling tolong menolong :) |
Perjalanan dimulakan agak lambat dari yang dijadualkan. Sepatutnya jam 10 plannya. Hamek kau. Pukul 1130 baru start. Harini perjalanan memang agak hardcore. Banyak puncak tipu and perjalanan ke Helipad 2 kebanyakkannya turun dan naik. awalnya memang lalu kawasan permatang. Hadoi.
kem gurkha bebeh |
kem gurkha yang mistik ituu |
Helipad ni ada 3. Yang Helipad 3 cuma 5 minit menaik perjalanan dari Kem Gurkha. Helipad nie terbentuk kerana pekerja-pekerja juruukur tanah yang ingin memacak batu sempadan. dan perjalanan kami pada harini, memang akan follow all the batu sempadan tu sampailah ke puncak Yong Belar. Itu tips eh kalau yang melalui route YB3B Circle ni.
Helipad 3 |
Biawak mati tak pakai headlamp.. mane tah datang biawak atas niee |
Trek roller coaster. Kekadang tu memang akan lalui mossy forest again. Jangan ingat kat Irau je cantik. Asal mossy je, Irau jela dalam fikiran tuu. hehe member cakap, otw ke Ulu Sepat lagi lawa mossy dia. Yela, jarang orang masuk kan.. bilalah kita nak buat CUS ye dakk hahaa selebihnya, korang layan jela gambar-gambar and view eh. and for information, log di bawah tu, adalah log pace sweeper. boleh minus kan 1-2 jam camtu :)
mossy forest YB3B |
Kami lunch di Helipad 2, siap ada macam perkampungan beb kat sini. ada kerusi, meja yang dibuat oleh juruukur sempadan tula. sadly, diorang ni tak pandai jaga hutan. sampah merata. hope diorang datang balek naik Heli, pakai duit sendiri, kutip sampah korang balek ! aku malas nak snap pics bagai, tapi memang sampah bersepah. sapa tah nak kutip tengah-tengah hutan camtu..
and our lunch pack is nasi putih + kari ayam kentang + timun (boi letak, dia nak creditted jugak) hahaha sodap ehh letak timun memang menaikkan bau harum kat nasi tu. and masa ni memang agak hujan renyai2 sikit , tapi tak lamalah, 10minit je camtu. and view kat every helipad nie memang open view, yela. diorang dah tebas pokok-pokok sebab nak buat helipad kann :')
Gambar dibawah adalah di Helipad 2
Perjalanan bersambung semula ke Helipad 1. Memang rasa jauh beb. haha tak tau kenapa. turun naik turun naik. tapi banyak gak menaik aku rasa. Air aku pun dah habes. Buat teh o panas kat Helipad 2 tadi. Sampai satu tahap..
" Boi, macam sedap je Nutrisari tu hahaha "
" Eh, nak ke? amek ah, aku tak minum sangat "
"Eh, xpelah, tunggu kat helipad 1 la, rest lama sikit"
" Orite, jom laju sikit"
Masa ni, aku dan boi masih bersama dibah, qoy dan abg zack. Aku dan boi terpaksa tinggalkan dibah dan qoy untuk ke helipad 1 yang dikatakn abg zack tak jauh lagi dari kawasan kami berborak tadi. Maka berdesuplah aku dan boi berjalan ke Helipad 1. 15 Minit beb jalan tak henti laju dia.
" Boi, mana nie helipad. kena kencing dengan abg Zack ke hahaha "
"2r2, jauh beb"
" takpe, jalan depan dulu , cari naqib dengan zal"
ada la 5 minit camtu, jumpe zal dengan naqib. Naqib pun injured. Unexpected. Sian gak naqib ni. Lutut takleh bengkok. Aku pernah rasainya dulu semasa di Gunung Rajah. Setakat painkiller biasa tu tak dapat hilangkan rasa sakit. Aku dulu makan yang agak tinggi dosenye, barulah kebas sikit. Naqib teruskan berjalan. Aku makin fedup. Jauh gak aku tinggalkan yang belakang. isyarat aku kepada naqib dan zal, 620 kami nak berhenti teguk Nutrisari hahaa
Rupa-rupanya... tempat kat lepak 620 tu, dah dekat sangat dengan helipad 1. tak sampai 5 minit sampai dah. 2 minit kot hahaha naqib memaki aku sepuasnya hahhaa. Alhamdulillah. solat jamak zuhur asar disini. dan menunggu maghrib masuk. Dibah sampai 30minit kemudian.
awan terjunn |
kesejukan, zal keje makan je |
noicee |
and ketika ini, aku dimaklumkan. team depan dah sampai peak YB dah. hahaa dan kami masih disini. wadi dan uda juga bersama kami. Total ada 9 orang termasuk abg Zack. Laju ya amat team depan. ikut pace guide letuw.
Wadi injured teruk. sama seperti naqib. tapi kudrat wanita tak segagah lelaki nak tahan kesakitan lutut tu.. Kami start hike after selesai solat jamak maghrib dan isyak di Helipad 1 ni. Sepatutnya perjalanan hanya mengambil masa 2 jam sahaja kata guide. Tapi kami sudah mencuba sebaiknya. Aku tinggal hanya berempat bersama uda, wadi dan abg zack. Aku meminta yang lain untuk terus ke hadapan dulu. kesian pulak line up yang kelaparan malam tu.
Sepatutnya kami bermalam di kem kasut malam tu. Tapi atas faktor lambat nie, mereka semua telah pun berkampung di puncak Yong Belar. Alhamdulillah. keputusan yang tepat dari Paan dan Guide. Kalau ke kem Kasut dalam keadaan injured nie, mungkin mengambil masa 2 jam lagi dari Puncak Yong Belar.
dah nak dekat tu, Abg Zack ada bagitahu. lihatlah pada batu sempadan tu, ada nombor kan? puncak Yong Belar no 29. so, memang tak jauhlah dari kami sebab batu sempadan yang kami jumpai time tu no 2. Slow and steady. dalam gelap memang tersasar laluan. laluan sempit, berair, mossy. kalau siang mesti lawa kat sini. tapi ni malam kan? gelap jela citenye.
Thanks jugak pada mus yang datang rescue disaat akhir pabila mendengar sahutan daripada kami. dia datang membawa barang-barang wadi demi melajukan pace wadi untuk sampai ke puncak. walaupun dah dekat, tapi ianya amat membantu meringankan beban wadi
Sesampainya aku di puncak Yong Belar, aku menarik nafas lega. akhirnya. terkejut aku tengok semua dah tidur. haha betul2 lambat nie, zal dibah boi qoy dan naqib tiba 20minit yang lepas. Naqib amat kepenatan. Zal bagi air 100plusnya. Dibah suruh makan ayam goreng as makan malam tu. Boi bagi hand warmer pada aku wadi dan uda. qoy setup fly baru . laki yang lain tolong setup khemah utk wadi dan uda. thanks guys. Aku pun memang pewai teruk malam tu. asal berhenti memang tidur je. hahaa alhamdulillah sampai jugak kami kat peak Yong Belar. second time im here :)
Puncak Yong Belar :) |
Log 2nd Day
Kem Gurkha 1130 - Helipad 2 1415
Helipad 2 1530 - Helipad 1 1830
Helipad 1 2000 - Puncak Yong Belar 0015
Sekian, tekanlah link iklan tu yee ehee
And link ni jugakk !!thanks hehe
terima kasih atas penulisan blog . harap masih aktif lagi .
ReplyDelete