Friday, December 16, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 8 - Gili Trawangan - Mataram - Pantai Kuta ]

Pagi di Gili Trawangan begitu indah bagi aku. Tak best la lepak bilik je bercuti kan? Pagi-pagi dah bangun jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Cari port nak mandi laut, sebab semalam dah penat. Tak sempat nak mandi laut. Harini kena gak rasa air laut Gili Trawangan nie yang nampak biru je. maybe rasa dia ada rasa pepsi blue ke kan?
gili meno, gili air, gili trawangan

Fyi, kat sini ada 2 lagi gili tau, iaitu Gili Meno dan Gili Air. Gili nie maksudnya Pulau. So, maybe nextime inshaAllah nak rasa gili yang lain and snorkeling area sini. and of course Gili Trawangan nie yang paling popular. sebab apa? sebab buaian tu haha



aku pun tak ingat nama hotel. 
 kawasan laut sini, agak dalam air tepi lautnye. sesetengah tempat kot. aku pun takde basikal, laut depan hotel tu abes aku terjah dengan muhsin pagi2 tu.. naseb baiklah bawak goggle si nini. tengok area dasar laut. sikit je kawasan landainya, and dia ada slope yang terus menjunam dalam. mucin reti berenang takpelah.. aku nie :')

haa, beselah, kalau dah namanya duduk pulau, memang air paip kat bilik tu still lah ada rasa masin2 gituw. lenjan jela. janji berbilas dari dok rendam kat air laut tu haha mandi laju2, so dapat jalan2 lagi before meninggalkan gili trawangan nie tghari. Sebab ada antara kami yang akan pulang pada hari ini. sobs. si Alep 1D dah balek dah pada part 7.


jus2 kat sini terbaik boh. kena try

lorong ilmu ke hotel kami belakang tu



before bergerak balik
Then after sampai di tanah besar Lombok, kami bergerak ke kedai souvenier-souvenier yang ada since ada antara kami yang akan pulang nanti. adalah singgah Sasaku, pastu ada singgah kedai makanan tradisional sana, try semua makanan kat kedai tu, kuih la mostly. belinye idok. haha pastu kalau penggemar barang outdoor tu, boleh singgah Mataram Mall or kawasan area mall tu, ada banyak kedai jual barangan outdoor yang jauh lagi murah compared to Malaysia.

Dah selesai shopping semua, hantar kawan2 yang nak balek Malaysia tu.. ayuh ke Pantai Kuta ! yehaa. okey, start from now, kami sendirian. No pakej dari Karat adventure lagi. Pakej mereka cuma sampai airport je. but kami minta tolong pak supir hantar kami ke Pantai Kuta la :)

Quite dissapointed actually dengan kemegahan Pantai Kuta nie. sounds so lonely here. tapi bestlah jugak. tenang je. and here we all rent motorbike untuk jalan2 . yehuuu. sampai pun dah petang. ronda2 area pantai kuta nie jela. Esok target kami nak ke Bukit Meresse lepas subuh. Konon.

Petang tu just spend sisa2 terakhir trip nie kat depan hostel je. borak2 blend with local. haha acahh. jalan2 naik motor pun tak tahu nak kemana dah. ada la budak2 kecil jual gelang tu. yes. they are very cute. mintak2 kurang harga tanak bagi  . lagi susah nak nego dari org dewasa haha -,-"

sorang tu kena beli 5 , baru boleh murah. so we decide nak kongsi2 la beli 5 biji, tapi dia kata tak boleh, sorang kena beli 5, baru boleh murah ahhaa aku still cannot brain. last2, sorang beli je 5, without her notice kami pilih lah mana yang berkenan, tapi sorang jela yang bayar. haha


Homestay kami malam lastt -FULL MOON HOTEL-

lepak-lepak tengok sunset


depan hostel kami

sini pun banyak budak2 dok jual mcm gelang tu



Okay, malam tu kami dinner kat kedai2 tepi jalan biasa je. sini pun banyak kedai makan, no worries la. InshaAllah halal saja dong. tapi kena naik motor around 5 minutes la kat area yang mcm tourist spot sikit. adalah jugak kedai2 souvenier baju-baju seluar batik diorang nak beli. sebelum berlepas pulang esok :')

Dah abes makan, shopping semua, ingat nak try ke usha2 route Bukit Merese tu... bukaklah waze. okey, boleh pegi nie. maka motor pun dihidupkan. around 10minutes jalan masih okey, tapi gelap jangan citelah beb. satu simpang tu aku dah seriau. seriuslah waze ! jalan kebun kot ! total motor ada 5 kalau tak silap aku. muhsin dan boboi dah pergi dulu, namun tak nampak kelibat mereka pun kat area sini. scary dem jalan nie. aku bersama amir, dan 2 motor lagi (zal & dhal, pastu nini dengan zira kot) kami meneruskan perjalanan dalam kebun tu, jalan memang tak eloklah. dengan nampak rumah tinggal, jumpa jalan mati, anjing bersahut-sahutan, kau rasa ? akhirnya nampak lah signboard bukit merese, situ ada la mcm hotel or restaurant, tapi memang hambar la. anjing dok berlari mcm nak kejar kami haha nasib baik naik motor beb ! and adalah sorang nie dia ckp kat kami, bukit meresse nie tak boleh naik malam, tunggu pagi esok jela eh ;) maka kami pun berhuhu dan terpaksa jalan ikot jalan pergi tadi, memang berdesup jela balek tuuu

then dah depan hostel kami... nampak si muhsin & boboi kat pantai. hahaa rupa2nya diorang patah balek sebab scary gila punya jalan. sebabkan diorang berdua je kan. tapi memang scary doe jalan dia malam2. esok pagi kita tengok cmne ;)

P/S Kawan-kawan tekanlah ye link nuffnang kat atas tuu ;)


No comments:

Post a Comment