Tuesday, December 27, 2016

PEKAK



PEKAK. Sebuah filem kontroversi di Malaysia. Brunei pun haramkan cerita ni beb. Semasa awal pengeluaran cerita ni di panggung wayang, aku ada terbacalah review yang orang buat. actually, Zahiril Adzim kalau dia berlakon, aku memang nak tengok. So before baca review cerita ni, memang membuak la perasaan aku nak tonton movie nie

Tapi.... after baca review yang orang buat, memang agak down la after cerita ini dikecam hebat oleh netizen yang mengatakan bahawa cerita ini sangatlah tidak bermoral. Apa yang pekak sebenarnya? Siapa yang pekak? adakah cerita ni mengenai si pekak sahaja? Menurut review daripada orang ramai, mereka amat bersetuju dengan tindakan Brunei kerana mengharamkan cerita ini di negara mereka. Sebab apa? Sebab penceritaan dan aksi-aksi yang terlalu melampui batas , sudah berani membuat adegan bercumbuan . Anda boleh je google mengenai review orang ramai terhadap cerita ni.

Dan pabila cerita ini dibuka pada PG13, maka secara tidak langsung pelajar sekolah menengah dapat melihat cerita ini tanpa bimbingan ibubapa. Pada pendapat aku, cerita ni, langsung tidak sesuai untuk dibuka pada PG13, tetapi sepatutnya dilarang kepada yang bawah umur 18 tahun.

Filem ini bagi aku khas untuk mak ayah parents kat luar sana, supaya diorang tahu bagaimana lifestyle yang boleh merosakkan anak mereka jika anak-anak terabai, jika mereka sibuk dengan kerja-kerja mereka, maka berlakulah perkara-perkara sosial yang dah banyak berlaku pada anak muda sekarang. Itu bagi pendapat aku lah. Masing-masing ada pendapat dia sendiri.

Aku pun tak tahu apa target producer. Apa kena mengena tajuk Pekak dengan cerita tu? Yes, Zahiril Adzim berlakon sebagai seorang yang pekak, tetapi berusaha untuk pulih seperti biasa dengan mengumpul duit secara menjual dadah untuk perbelanjaan pembedahan dia. Namun, niat tak menghalalkan cara. Antara perkara yang banyak diketengahkan dalam cerita ni adalah dadah, mencuri, seks, private party yang sangat sinonim dengan masyarakat bandar terutamanya.

So, korang dah dapat tangkap, sape yang 'Pekak' actually yang mahu ditonjolkan pengarah filem ni? Pepandai la korang nilai cerita ni, jalan cerita ni. Sepanjang cerita ni, ada babak-babak yang dikatakan diketawakan oleh budak-budak ketika tengok wayang, tapi time aku tengok filem ni, takde babak pun yang bagi aku lawak. Then, it depends on how you interpret the film, camne korang berfikir tentang kerosakan akhlak anak-anak muda zaman sekarang. Nak tengok cerita ni, dah ada punkat Youtube. Pi cari.

Akhir kata, kepada bakal ibu bapa diluar sana yang seusia ataupun lebih, jangan pandai buat anak je, didiklah anak mu dengan kasih sayang dan didikan ISLAM sehingga mereka dewasa . Yes, sehingga mereka dewasa, sehingga mereka mampu untuk mencari duit sendiri dan tinggal berasingan. Selagi mereka tinggal bersama, selagi tu mereka dibawah tanggungjawab anda. Peace yo !

P/S klik link Nuffnang eh kalau anda baik hati :P

No comments:

Post a Comment