Sudah masuk hari ke-7 aku di Lombok ni. Sekejap je masa berlalu. Bangun pagi2 nie lagilah sakit seluruh badan weh ! jalan komfirm kengkang ! haha and aktiviti kami pagi ni adalah bermandi manda di ayaq terjun sendang gile dan Tilu Kelep. Memang both waterfall dah pun famous dalam kalangan hikers kann. So lets !
Scenery trekking nak ke air terjun tu memang cantik bros ! nampak sawah bertingkek tingkek. dengan locals yang bermandi manda di longkang. hahaa lekkk je bogel mandi kat situ. aku sempat menutup beberapa mata budak2 perempuan nie. risau mata diorang meliau. trekking ke 1st air terjun iaitu air terjun Sendang Gile took about 30-40 minutes gak. Jauh weh. dah la kaki kengkang. Taktau la uncle sengaja bawak jalan jauh ke kan -,-"
kata uncle " Kita naik Rinjani tu memang nak training trekking gi air terjun punn"
|
sempat buat dab si hipstur nie |
|
Air Terjun Sendang Gile |
Kawasan air terjun Sendang Gile ni macam recreation area jugak la. Ada kerusi, ada meja nak makan2 ke kan. and siap ada toilet lagi. tapi berkunci la. Maybe sebab kami datang weekdays, takdelah orang kan, kalau weekend, for sure ramai local berkelah kat sini.
And kami tak lama pun kat situ. around 30 minutes camtu. sebab air terjun Tilu Kelep more amazing katanya. sini dapatlah dok bawah air terjun tu kejap. sejuk gila beb. nak2 masih pagi kan. dapat berendam jap melegakan muscle2 yang membengkak nie. Legaa... and the trekking continues. lagi 20 minit katanya. fuhh jauhnye lahai nak balek nanti ! hahaa
Fuhh. Sini lagi sejuk air diaaa ! dengan angin bertiup sejuk membekukan tulang temulang nie. dapatlah berendam legakan kaki. yes. its the best therapy eva. Sangat best sini beb. air nye sejuk. tenang je. taktau la weekend camne kann. banyak lagi gambar cantik2, tapi malaslah belanja sangat. nak korang pegi sendiri. dan rasai sendiri ! yeahh
Dah setel semua, kami pun perlahan lahan mengayuhkan kaki pulang ke homestay. ada lagi excitement menunggu katenya ! hahaa waterslides and jalan dalam terowong. see yah !
Jalan dalam terowong ni rasa singkat sikit. haha kalau terang2 tu, komfirm mental beb. jauhnye lahai. dah sampai homestay, kami diminta bergegas untuk kemas barang dan akan menuju ke Gili Terawangan pulak ! yezzaaa. van dan siap. bot pun dah siap under pakej Karat Adventure. Senang la. tapi certain orang suka backpackers. tapi dalam keadaan kau penat lepas hike, malas dah nak gi tanye itu ini. hahaa
|
nama homestay kami. 9/10 |
|
bai2 Rinjani. See You Next Year. Kalau ada duit |
|
Bot ke Gili Terawangan |
Perjalanan dari Senaru ke Jetty Gili Terawangan tak jauh sangat la. keadaan jalan jela yang buat ku sakit hati kahkah. Then naik bot pun tak lama. around 20minutes dah sampai guna speedboat. Besar dan selesa. Alhamdulillah. Memang cantik beb laut sini. biru jee. kenderaan utama kat dalam pulau ni basikal & kereta kuda. Mengenangkan nasib poket yang makin menipis, memang aku berjalan je keliling pulau nie.
Then, dah check in hotel, mandi2 and lunch, we must do sumthin here of course ! yezza! misi mencari buaian famous tu ! Lunch kat sini pun still okey. Takdelah mahal sgt compare to other tourist spot kan.
|
dpatlah merasa magga cicah kicap kat sini. thank owner hotel ! |
|
illuminati semua nie |
Nak jejalan area dalam gili trawangan nie, takde masalah. But it is not a good idea la since korang baru turun Rinjani kan? haha so recommended la sewa basikal. still affordable. boleh merayau keliling pulau nie, tanpa rasa penat berjalan. Aku memilih untuk brjalan since nak recover sakit2 kaki tu skit. konon, padahal poket dah nipis. kah!
and kat sini rasanya aku jumpa ada dalam 4-5 buaian. tapi ada 3 buaian yang berderet disusun ditepi laut which is the most favourite spot in gili trawangan. sebab apa? belakang tu memang direct sunset. so memang cantiklah. go for it ! ada jugak photographer profesional yang disediakan pihak hotel berhampiran, kalau nak tgk gambar pro tu, pegilah. snap gmbr takyah bayar pun. just kalau nak dapatkan gmbr tu, kenalah bayar ye
and dinner. yes dinnah ! haha takde gambar dinner. dengan poket yang nipis, dapatlah merasa ikan bakaq kat sini. memang nampak fresh ! xde mata merah ke hape kan. so, kongsi makan ramai2. yezza. seronok. takdelah mahal sgt. wallaa
we end our day with some talks under the roof of dhol's room. main ceper. lepak2 borak. ada yang tidur dah. well. penat masih terasa. tapi keterujaan itu masih dapat mengatasi kepenatan yang dihadapi.
Perbelanjaan Hari ke -7
1) Lunch (Nasi Cmapur) - IDR 25K
2) Dinner(Ikan bakar, teh o ais) - IDR 50K
Total = IDR 75K ~ RM25
Lai2. Klik iklan kat tepi tu. no virus mehh
No comments:
Post a Comment