Thursday, December 29, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 9 - Bukit Merese - KLIA2 ]

This is the last part guys ! At last ! Lamakan tunggu? Haha saja nak bagi rindu-rindu sikit kat geng-geng #merdeka59Rinjani nie.  Okay, as yang dijanjikan sebelum ni, aku akan sambung part last iaitu ke Bukit Merese sebelum pulang ke Tanah Air..



Pagi - pagi lagi dah bangun. Yup as dijanjikan pada malam sebelumnya, kami awal-awal dah bangun and merempit ke bukit Merese. Pagi nie tak perlu dah gunakan waze or Google Maps ke sebab malam sebelumnya kan dah pegi :P

Of course la kami group pertama sampai. haha sebab pagi lagi kottt. kahkah . Okey, nama pun bukit, of course la korang kena mendaki sedikit untuk sampai ke puncaknya. Actually, kami pun tak tahu mana satu puncaknya, sebab takde pun signage menunjukkan puncaknya. Memang kengkang la oi naik bukit tu. hahaa

View memang superb la atas ni. Dinasihatkan, sape yang tak tahan panas tu, eloklah datang awal macam kami ni, tu pun dah rasa matahari atas kepala je beb. So, just enjoy the view guys ! Banyak lagi gambar ohsem, tapi malas nak belanja lebih-lebih :P

Even GoPro cant have the originality beauty of the view :) IPhone6 also. Tapi tak tahu la kalau IPhone 7 haha








bergambar kenangan bersama-sama..
Okey, tak boleh lama2 beb. Flight kami pukul tghari, pukul 1215pm. Pukul11am dah kena ada kat airport. dah puas bergambar kat Bukit Meresse, maka pulanglah kami ke homestay dan disediakan breakfast utk kami ;)

Breakfast Pan Kek, serius sedap beb. saat bersama-sama buat kali terakhir...

nie lah homestay kami, simple, tapi takde aircond la. harga berpatutan, bro Farhan booked via online je
Homestay harga okey area Indonesia nie. Tayah risau la. Booked online pun okey. Kekadang tu, memang booking online lebih murah daripada walk-in. Okey, dah siap mandi , kemas, goodbye semua, maka kami pun bergerak ke airport. Btw, tak semua yang balek tengahari ni, Half kot dari kami balek waktu nie. Naik Avanza, memang penuh demmit la. nasib baiklah 30min je ke airport. Tak jauh, so okeylah kalau korang nak stay sini before balek Malaysia.  Nak jimat punya pasal berhimpit ramai-ramai. haha

Yang lain tu, sempatlah ke Mawun Beach. Its better guys ! serius lebih cantik dari Pantai Kuta yang kami stay tuu. Air lebih membiru. area pantai kuta nie ramai Mat salleh yang main ombak, so koran bolehlah nampak mat salleh nie banyak bawak board tu kehulu kehilir dengan motor. tapi depan Homestay kami nyaman je, tak hectic la. maybe the other side of Pantai Kuta.





nie jela yang tinggal, flight diorang malam ke petang, lupalah


Till we met again guys ! Seronok hike dengan depa-depan nie. awal-awal hike memang tak bertegur sangat dengan yang tak kenal, aku dah la pemalu. dok hike pun belakang-belakang ja. diorang laju berdesup desup. Tapi bond tu kena create, bukan ia hadir sendiri. Even macam-macam karenah, tapi itulah lumrah berkawan. Kalau taknak pening dengan kawan-kawan, boleh hidup sorang-sorang, mcam cerita baru arahan Syafiq Yusof, DESOLASI, Kahkah. Apepun, kalau nak search gambar-gambar kami, boleh cari kat IG, #merdeka59Rinjani #blackhawckcrew.

Bawah nie ada link video YOUTUBE abam Paan Buat, terbaik guys. Siap ada Video kay ! hahaha. CNY nie kami ada trip, YB3B Reverse. Nak follow, halu abam hiks



Klik la Iklan Nuffnang tuuuu bukan virus tau. haha

Tuesday, December 27, 2016

PEKAK



PEKAK. Sebuah filem kontroversi di Malaysia. Brunei pun haramkan cerita ni beb. Semasa awal pengeluaran cerita ni di panggung wayang, aku ada terbacalah review yang orang buat. actually, Zahiril Adzim kalau dia berlakon, aku memang nak tengok. So before baca review cerita ni, memang membuak la perasaan aku nak tonton movie nie

Tapi.... after baca review yang orang buat, memang agak down la after cerita ini dikecam hebat oleh netizen yang mengatakan bahawa cerita ini sangatlah tidak bermoral. Apa yang pekak sebenarnya? Siapa yang pekak? adakah cerita ni mengenai si pekak sahaja? Menurut review daripada orang ramai, mereka amat bersetuju dengan tindakan Brunei kerana mengharamkan cerita ini di negara mereka. Sebab apa? Sebab penceritaan dan aksi-aksi yang terlalu melampui batas , sudah berani membuat adegan bercumbuan . Anda boleh je google mengenai review orang ramai terhadap cerita ni.

Dan pabila cerita ini dibuka pada PG13, maka secara tidak langsung pelajar sekolah menengah dapat melihat cerita ini tanpa bimbingan ibubapa. Pada pendapat aku, cerita ni, langsung tidak sesuai untuk dibuka pada PG13, tetapi sepatutnya dilarang kepada yang bawah umur 18 tahun.

Filem ini bagi aku khas untuk mak ayah parents kat luar sana, supaya diorang tahu bagaimana lifestyle yang boleh merosakkan anak mereka jika anak-anak terabai, jika mereka sibuk dengan kerja-kerja mereka, maka berlakulah perkara-perkara sosial yang dah banyak berlaku pada anak muda sekarang. Itu bagi pendapat aku lah. Masing-masing ada pendapat dia sendiri.

Aku pun tak tahu apa target producer. Apa kena mengena tajuk Pekak dengan cerita tu? Yes, Zahiril Adzim berlakon sebagai seorang yang pekak, tetapi berusaha untuk pulih seperti biasa dengan mengumpul duit secara menjual dadah untuk perbelanjaan pembedahan dia. Namun, niat tak menghalalkan cara. Antara perkara yang banyak diketengahkan dalam cerita ni adalah dadah, mencuri, seks, private party yang sangat sinonim dengan masyarakat bandar terutamanya.

So, korang dah dapat tangkap, sape yang 'Pekak' actually yang mahu ditonjolkan pengarah filem ni? Pepandai la korang nilai cerita ni, jalan cerita ni. Sepanjang cerita ni, ada babak-babak yang dikatakan diketawakan oleh budak-budak ketika tengok wayang, tapi time aku tengok filem ni, takde babak pun yang bagi aku lawak. Then, it depends on how you interpret the film, camne korang berfikir tentang kerosakan akhlak anak-anak muda zaman sekarang. Nak tengok cerita ni, dah ada punkat Youtube. Pi cari.

Akhir kata, kepada bakal ibu bapa diluar sana yang seusia ataupun lebih, jangan pandai buat anak je, didiklah anak mu dengan kasih sayang dan didikan ISLAM sehingga mereka dewasa . Yes, sehingga mereka dewasa, sehingga mereka mampu untuk mencari duit sendiri dan tinggal berasingan. Selagi mereka tinggal bersama, selagi tu mereka dibawah tanggungjawab anda. Peace yo !

P/S klik link Nuffnang eh kalau anda baik hati :P

Sunday, December 25, 2016

BINIKU NINJA | BOOK REVIEW









Tajuk Buku : BINIKU NINJA
Terbitan : BUKU POJOK PLT
Penulis : AZLAN ANDI

Yes, disebabkan cuti-cuti yang ada, alhamdulillah dapatlah aku menghabiskan buku ni. Nampak tajuk pun dah attractive bagi aku. So decide nak habiskan baca buku nie.

Okey. Buku ni menceritakan seorang jejaka bernama Azlan yang datangnya dari golongan sederhana dan belajar animation graphic kat UK. Aktif berpersatuan dan telah menemui seorang wanita bernama Sabatini dan akhirnya menjadi isteri beliau. Apa yang menarik disini mengenai perkenalan mereka yang singkat, perkahwinan yang mudah sekali pada usia muda di negara orang.

After mereka berkahwin, disambung cerita mereka tentang pengalaman pahit getir mereka menjalani kehidupan di negara orang. Yang lebih membuat buku ini lebih menarik how they travel yang sangat awesome bagi aku . Thumbs up for this. Korang boleh lawat laman Youtube Azlan Andi.

And ending cerita buku ini pun nice bagi aku. simple but penuh dengan pengajaran. Not typical cliche perkahwinan muda kat dalam tv or drama-drama Malaysia. Even Sabatini dari kalangan orang berada, tapi sikapnya yang begitu pandai berdikari dan well-managed person sangat dikagumi.

Recommended to read. Untuk kaki travel pun okey, untuk golongan muda pun okey :)

Kalau nak beli buku ni, boleh buat pre-order dengan saya, inshaAllah boleh diuruskan ;)
Harganya cuma RM25.

P/s Rajin2 lah eh tekan link Nuffnang tu. Thanks guyss !




Saturday, December 17, 2016

UiTM ULTRA MARATHON 2016

Date : 10-11 December 2016
Place : Stadium UiTM Shah Alam
Distance : 52 km ( 10 loops, 1 loop = 5.2km )





This is the first time for this event. so aku terpanggil untuk menyertai event ni. Yes. Ultra beb. Marathon pun baru buat sekali. Im not a regular or professional runner. saja mencari kepuasan dalam hidup nie. banyak juga bertanya padaku, macam mana nak lari 52KM ni beb. Jawapan aku senang je, training la. haha victory doesnt come without pain. haha aku training pun bawah 10km je. tu pun bukan hari2. for sure sakit2 nye badan after run.

After all, this event is well organized. Congratez to all the crews. Memang well managed. walaupun pada petang sebelum event, memang kau akan nampak lengang je kawasan starting point. Khemah pun kosong. Cancel ke event ni hahaa. Malam tu baru nampak diorang bekerja. Timing team from MYLAPS (Checkpointspot)pun datang dah lewat petang camtu.


kudoss to all the crews

Dengan para pemenang


Champion

Champion Laki = 4 jam lebih je rasanya

amacam? tercabar? 


Ada 2 sahaja waterstation for this event since one loop cuma 5.2km. So dalam 2.5 km ada satu waterstation and satu lagi di starting point. yang ada makanan macam roti nutella, pisang, tembikai just di waterstation di starting point. Event nie jugak menggalakan participants utk BYOB( Bring your own bottle) supaya boleh menjimatkan penggunaan plastik dan penambahan sampah di setiap event






just 1 benda yang agak tak best adalah cuma satu je timing line which people can just skip 1 loop from below row of the stadium. tapi nampak crew banyak bekerja at each simpang and even kat row bawah tu pun nampak crew sentiasa ada dan memerhatikan gelagat runners. And also ada jugak massage free for runners! ahha memang tak lepaskan peluang la pegi berurut dgn Pro MMR Team Massage Services. baikk




Padanlah dengan tagline event nie " Hills are made for the Tough legs" Tapi bukit dia memang main gila la for newbies macam aku ni. ada la 2-3 loops je yang berlari naik bukit tu, lain semua jalan beb ! Tak kelakar beb. Nasib baik ada member sama pace haha












Afterall, this event is a success for all the crews. nextyear, korang boleh try route ni. serius. Recommended. Thanks jugak kepada supporting crew, Qoy , Syuk , and you know who you are yg sanggup datang dari jauh untuk menemani kami disini. Thanks to all photographer yeee !

Next year nak try Bukit Cinta UM pulakk. Malas nak repeat event ! kahkah.




nie mesti awal2, sebab masih cargas

muka manyak senyum maaa



kalau berminat dengan high5 gel, boleh halu2 saya eh ;)

Pesanan Penaja : Janganlah segan2 nak klik Link Nuffnang kat atas tu ye ;)




Friday, December 16, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 8 - Gili Trawangan - Mataram - Pantai Kuta ]

Pagi di Gili Trawangan begitu indah bagi aku. Tak best la lepak bilik je bercuti kan? Pagi-pagi dah bangun jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Cari port nak mandi laut, sebab semalam dah penat. Tak sempat nak mandi laut. Harini kena gak rasa air laut Gili Trawangan nie yang nampak biru je. maybe rasa dia ada rasa pepsi blue ke kan?
gili meno, gili air, gili trawangan

Fyi, kat sini ada 2 lagi gili tau, iaitu Gili Meno dan Gili Air. Gili nie maksudnya Pulau. So, maybe nextime inshaAllah nak rasa gili yang lain and snorkeling area sini. and of course Gili Trawangan nie yang paling popular. sebab apa? sebab buaian tu haha



aku pun tak ingat nama hotel. 
 kawasan laut sini, agak dalam air tepi lautnye. sesetengah tempat kot. aku pun takde basikal, laut depan hotel tu abes aku terjah dengan muhsin pagi2 tu.. naseb baiklah bawak goggle si nini. tengok area dasar laut. sikit je kawasan landainya, and dia ada slope yang terus menjunam dalam. mucin reti berenang takpelah.. aku nie :')

haa, beselah, kalau dah namanya duduk pulau, memang air paip kat bilik tu still lah ada rasa masin2 gituw. lenjan jela. janji berbilas dari dok rendam kat air laut tu haha mandi laju2, so dapat jalan2 lagi before meninggalkan gili trawangan nie tghari. Sebab ada antara kami yang akan pulang pada hari ini. sobs. si Alep 1D dah balek dah pada part 7.


jus2 kat sini terbaik boh. kena try

lorong ilmu ke hotel kami belakang tu



before bergerak balik
Then after sampai di tanah besar Lombok, kami bergerak ke kedai souvenier-souvenier yang ada since ada antara kami yang akan pulang nanti. adalah singgah Sasaku, pastu ada singgah kedai makanan tradisional sana, try semua makanan kat kedai tu, kuih la mostly. belinye idok. haha pastu kalau penggemar barang outdoor tu, boleh singgah Mataram Mall or kawasan area mall tu, ada banyak kedai jual barangan outdoor yang jauh lagi murah compared to Malaysia.

Dah selesai shopping semua, hantar kawan2 yang nak balek Malaysia tu.. ayuh ke Pantai Kuta ! yehaa. okey, start from now, kami sendirian. No pakej dari Karat adventure lagi. Pakej mereka cuma sampai airport je. but kami minta tolong pak supir hantar kami ke Pantai Kuta la :)

Quite dissapointed actually dengan kemegahan Pantai Kuta nie. sounds so lonely here. tapi bestlah jugak. tenang je. and here we all rent motorbike untuk jalan2 . yehuuu. sampai pun dah petang. ronda2 area pantai kuta nie jela. Esok target kami nak ke Bukit Meresse lepas subuh. Konon.

Petang tu just spend sisa2 terakhir trip nie kat depan hostel je. borak2 blend with local. haha acahh. jalan2 naik motor pun tak tahu nak kemana dah. ada la budak2 kecil jual gelang tu. yes. they are very cute. mintak2 kurang harga tanak bagi  . lagi susah nak nego dari org dewasa haha -,-"

sorang tu kena beli 5 , baru boleh murah. so we decide nak kongsi2 la beli 5 biji, tapi dia kata tak boleh, sorang kena beli 5, baru boleh murah ahhaa aku still cannot brain. last2, sorang beli je 5, without her notice kami pilih lah mana yang berkenan, tapi sorang jela yang bayar. haha


Homestay kami malam lastt -FULL MOON HOTEL-

lepak-lepak tengok sunset


depan hostel kami

sini pun banyak budak2 dok jual mcm gelang tu



Okay, malam tu kami dinner kat kedai2 tepi jalan biasa je. sini pun banyak kedai makan, no worries la. InshaAllah halal saja dong. tapi kena naik motor around 5 minutes la kat area yang mcm tourist spot sikit. adalah jugak kedai2 souvenier baju-baju seluar batik diorang nak beli. sebelum berlepas pulang esok :')

Dah abes makan, shopping semua, ingat nak try ke usha2 route Bukit Merese tu... bukaklah waze. okey, boleh pegi nie. maka motor pun dihidupkan. around 10minutes jalan masih okey, tapi gelap jangan citelah beb. satu simpang tu aku dah seriau. seriuslah waze ! jalan kebun kot ! total motor ada 5 kalau tak silap aku. muhsin dan boboi dah pergi dulu, namun tak nampak kelibat mereka pun kat area sini. scary dem jalan nie. aku bersama amir, dan 2 motor lagi (zal & dhal, pastu nini dengan zira kot) kami meneruskan perjalanan dalam kebun tu, jalan memang tak eloklah. dengan nampak rumah tinggal, jumpa jalan mati, anjing bersahut-sahutan, kau rasa ? akhirnya nampak lah signboard bukit merese, situ ada la mcm hotel or restaurant, tapi memang hambar la. anjing dok berlari mcm nak kejar kami haha nasib baik naik motor beb ! and adalah sorang nie dia ckp kat kami, bukit meresse nie tak boleh naik malam, tunggu pagi esok jela eh ;) maka kami pun berhuhu dan terpaksa jalan ikot jalan pergi tadi, memang berdesup jela balek tuuu

then dah depan hostel kami... nampak si muhsin & boboi kat pantai. hahaa rupa2nya diorang patah balek sebab scary gila punya jalan. sebabkan diorang berdua je kan. tapi memang scary doe jalan dia malam2. esok pagi kita tengok cmne ;)

P/S Kawan-kawan tekanlah ye link nuffnang kat atas tuu ;)