Sunday, May 22, 2016

XPDC #STONGCALL GUNUNG BAHA - AYAM - STONG 2016 PART 2

Yezza. Assalamualaikum. Today was our 2nd day di Kem Baha and our target today is to "tapau" 3 peak. InshaAllah. Pada mulanya memang nak buat hanya Gunung Stong sahaja. tapi rugi bukan? dah alang2 sampai kat sini, baik layan 3 peak terus. Ada rezeki nextime, kita layan Trans Jelawang pulak which is consist of 9 peak around here. haha nice bukan ? :)

Okay, awal2 ni malas nak cite panjang. korang layan jela gambar view sunrise di kem baha. Alang2 dah bangun subuh tu, boleh bergegas ke sunrise view point. oh ye, malam tadi, Kami tertidur kat atas batu around sunrise viewpoint and tersedar around 1am and balek ke fly sebab risau hujan ke sleepwalking ke kan.. kawan2 yang lain pun still ada situ. masing2 baru nak bangun haha sejuk beb. disinilah hotel kami yang berjuta bintang mengalahkan hotel 5 star korang tu :P








tu siap bawak sleeping bag lagi tido situ haa
selepas menikmati sunrise yang subhanallah cantik, kami pun bersiap2 dengan masak breakfast nye dengan masak lunch pack nye.. haha lambat sudahh. guide pun bising2 dahh. sebab perjalanan harinie biasanya mengambil lebih daripada 12jam. so, paling nice pukul 9 la gerak, tapi last2, pukul 10 jugak kami gerak dari campsite. disebabkan dah terlambat, guide meletakkan cutoff every campsite yang kami kunjungi. kalau lebih cutoff time, kami tak dibenarkan untuk buat 3 peak pada hari itu. hanya dapat menjejakkan kaki ke Gunung Stong sahaja.

Alhamdulillah, hasil titik peluh dan training sebelum nie (konon training) , kami dah melepasi had kelayakan ke 3 peak. cewah. haha Trek menaik di sepanjang perjalanan ke Puncak Baha iaitu puncak pertama yang akan kami tuju.

tu belakang banglo2 kami . sebelum bergerak

CP 1 Sugai Rantai. Nak ke sini memang canak beb. wa tak tipu

air sungai kat sini sejuk. ada yang da terjun pun. baru 1st checkpoint haha

2nd Checkpoint

antara tempat rehat . pewaii. ada sedikit gelinciran tanah di sebelah kanan gambar

geng2 pewai kat belakang hahaa
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam ke Puncak Baha. Nice dah timing tu sebab guide mengangarkan kami untuk sampai dalam masa 5 jam ke 6 jam. Alhamdulillah. Atas kerjasama semua ahli XPDC kalini. Trek ke Puncak Baha sangat jelas. tiada simpang2 yang mengelirukan. Trek memang menaik all the way. tapi degree elevation tak tinggi sangat pun. best hike kat sini. redup aman damai haha

tahniah Abam Paan : Gunung Baha 1450 m 

S.W.A.G

Perut dah mula melagukan rentak pop yeye. dah pukul 230 rupanya. snap picture kejap2 je and terus ke waterpoint dimana target seterusnya untuk lunch. dekat sahaja jaraknya. memang berdesup je masing2 pergi sebab dah kelaparan. Disitu juga kami menunaikan solat jamak zuhur dan asar. gambar lunch takde la guyss. sorry. and buat pengetahuan korang, tiada view ye di puncak Baha and Puncak Ayam.

Dah setel semua lunch and solat, Jam 410 pm kami bergegas ke Puncak Ayam. Memang mencanak lagi sebab dari Puncak Baha ke waterpoint kami dah turun ke kawasan lembah sedikit. lebih kurang 20 minit dari waterpoint untuk ke Puncak Ayam.

depan tulah puncak Ayam

Puncak Ayam 1550 m




Okey, then dari Puncak Ayam tadi, kita akan kembali ke waterpoint untuk ke simpang lain. Dinasihatkan supaya anda sentiasa berada dalam kumpulan disebabkan di kawasan ini, terdapat banyak simpang yang mengelirukan. ikutlah arahan guide anda. untuk ke Puncak Stong, perjalanan dianggarkan selama 2 ke 3 jam. Trek kebanyakkan akan melalui kawasan pokok2 renek dan trek roller coaster. bertabahlah kawan2

Puncak Stong 1422 m

View di Puncak Stong.

gadis2 kental cuba menolak jatuh puncak stong . di atas batu inilah terletaknya Puncak Stong 

2 orang am bertemu di puncak stong. Auchh

Pada mulanya, kami plan untuk menikmati sunset di puncak Stong, tapi masing2 pun dah pewai. Better untuk kami meneruskan perjalanan turun ke Kem Baha semula. Dari Puncak Stong, perjalanan memang akan menurun sahaja. all the way downhill . sampai jemu haha dan Alhamdulillah kami telah sampai ke camsite pada pukul 9 malam. total hike lebih kurang 11 jam. Satu pencapaian untuk kami. Congratez to all the participantss :)

Masing2 dah pewai, nak masak pun dah penat. tapi ahli dapur telah pun merendamkan mee untuk santapan kami pada malam nie. Alhamdulillah, sekali lagi diberi Rezki oleh Allah swt pabila guide dari group hiker Singapore telah memberi nasi2, sayur kobis masak lemak untuk kami. dah usai mandi semua, kami makan bersama2. nasi kena masak jugak, sebab tak cukup hehe

even dan kepenatan pun, masing2 dah segar. saya dan beberapa orang telah pergi mandi di sungai bawah camspite kami pada pukul 12 malam. syok gila sejukk. yang lain dah melepak kat atas batu, ada yang main kad uno, kad2 apa semualah demi menghabiskan sisa2 malam2 terakhir bersama...

yang tido kat dapur.. yang tidur sama2 kat batu siap bersleeping bag... yang main kad sampai pukul 4 pagi hahaa.. fun guyss.. keesokannya, kami hanya plan untuk bermandi manda di kolam telaga puteri kat atas sikit dari kem baha and slideee bebeh which is memang sinonim dengan kem baha nie. nantikan episod seterusnya :))

pesanan penaja : tolonglah like link nuffnang saya tu ye :)


Log Hari ke 2 TRIPLE PEAK


KEM BAHA 1017
SG RANTAI 1037
PUNCAK BAHA 1430
WATERPOINT 1440 1610
PUNCAK AYAM 1626
LEMBAH 1720
PUNCAK STONG 1750 1840
PERMATANG BONSAI 1905
SG RANTAI 2045

KEM BAHA 2100

1 comment:

  1. assalamualaikum. nice vlog :).. ada tak contact person tuk trans abs ?

    ReplyDelete