Tuesday, May 10, 2016

TRANS JERGING - HIDDEN MOSSY FOREST - PART 2

 Assalamualaikum..




Yezza. This was our sunrise view on the Peak of Mt. Irau. Cantik gilaa. And korang boleh tengok and lihat route V1 kat belakang tu. Start daripada kiri, Chuban, Puncak Korbu, Puncak Gayong, and Puncak Yong Belar. Sebenarnya boleh nampak juga Puncak TokNenek, tapi tak sempat snap :P

Suhu malam direkodkan sekitar 15-18c. tak sejuk sangat sebab tak hujan. Alhamdulillah. View pagi sunrise pun amat lawaaa. walaupun tak dapat view di Puncak Suku semalam, dapat jugak view cantik nie di Puncak Irau. recommended untuk camping di peak just kena pikul air dari bawah la. haha






13 of us. padu2 masing2

Start bergerak turun around pukul 9 after perbincangan hangat malam sebelumnya. tengah dok syok2 tengok sunrise, terdengar suara2 manusia yang sedang perjalanan naik ke Puncak Irau. Segeralah berkemas , angkat segala baju2 yang disidai merata2 puncak Irau. kang orang lain nak amek gambar pun tak cantik kann. Gunung ni kan untuk semua orang :)

Disebabkan Puncak Irau sangatlah tinggi, untuk ke puncak Yellow, trek kebanyakannya menurun, tapi roller coaster gak la. sekejap naik sekejap turun, tapi lebih banyak menurun la kan. 





Along the trail from Irau ke Yellow, Mossy dia superb beb. haha lebih kurang trek biasa  ke Puncak Irau , just belum tercemar dari sampah2 hipster Gunung. Laluannya agak terpelihara, no lecak2, selut2 bagai macam jalan kat sane tuu :P  Lumut2 kat tepi2 trail pun, masyaAllah, cantikk. Sambil melayan pewai, boleh lepak tepi karpet lumut tuu. ouh, btw, kita akan melalui batu2 sempadan sepanjang trek ke Puncak Yellow. trek agak jelas, still banyak laluan2 lain, tapi sudah ditutup. terima kasih yang menutupnya :)



Kami berhenti rehat di BH5 dimana kami dah boleh nampak tamadun2 manusia. haha view berlatar belakangkan kebun sayur. rasanya nak keluar je terus dari trek, tahan lori sayur dan balik. haha tapitak lengkaplah trans jerging kann. Tapi kalau dah nampak BH5 nie, kejap je dah smpai Peak Yellow. So sabarlah ye



tu dia BH5


Jalan beberapa minit, maka sampailah ke Puncak Yellow . Alhamdulillah. Keluasan Puncak ini, boleh menampung lebih kurang 30 orang dalam satu2 masa. lebih kurang la. pandai susun boleh lebih lagi. sini banyak jalan2, and jalan ke Puncak Pass tidak ditanda. harap kalau nak pegi tu, boleh berguide la ye. senang papehal. tayah susahkan orang lain bila dah sesat. pelajari ilmu hutan, jangan memandai2.

and Puncak Yellow nie takde signage ye nak bergambar. haha

Puncak Yellow

Setelah dalam 20minit bergambar berehat, kami pun meneruskan perjalanan ke puncak terakhir dalam xpdc kami kali ini iaitu Puncak Pass. Haa, dari Yellow ke Pass nie sumpah rasa jauh. haha trek roller coaster, Again. sakit hati beb. layan jela sambil dengar lagu borak2 dengan orang depan walaupun dia tak layan. haha. Kami lunch di puncak tipu. kecik je puncaknya. tak sempat bergambar pulak kat puncak tipu ni. dapat nasi beriyani kambing time ni pulak. pehh. walaupun brahim, kambingnya tetap rasa. haha dah kenyang, rasa ngantuk lak. ehhh, gua tak nak keluar malam beb. hahaa

setelah 3jam ke 3 jam 30minit berjalan, akhirnya jumpalah simpang ke Puncak Pass. si Daus, Ben dah dok lepak kat simpang, dah 1jam katanya menunggu hahaa power beb diorang. letak beg,

"mana puncak pass nye? " syimir
   
       " tu dalam tu, kalau kau rasa nak pegi2, pegilah. tapi takut kau sedih. hahah. 3 minit masuk dalam"  daus

masuk2, gua nampak si diana dengan billy lepak, dan gua tanya balek, mane signage nya?

tu diaaaa....


nie la signage Puncak Pass. jangan sedih ye kawan2

simpang ke Puncak Pass, ditutup sebab tak nak bagi orang sedih
di puncak pass. sangat sempitt

Setelah puas sangat bergambar di puncak Pass iaitu puncak terakhir di XPDC kalini, kami turun ke finishing point. tak jauh pun dari simpang ke Puncak Pass.20 minit boleh sampai. nampak je batu2 bertulis "SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLAND " tuu.. ya Allah, lega rasanya. Alhamdulillah. syukur. XPDC kalinie berjaya dengan semua anggota selamat.





weolss berjaya, anda bila lagi? :)


ini cuma GPS punya measurement, tak masuk elevation gain and loss , tak kira jugak turun naik brape jauh


LOG 2ND DAY

PUNCAK IRAU 910
CP BH5 1140
PUNCAK YELLOW 1200 
BERGERAK DARI PUNCAK YELLOW  1220
PUNCAK TIPU 1400 
BERGERAK DARI PUNCAK TIPU  1425
PUNCAK PASS 1555
BERGERAK DARI PUNCAK PASS 1612

FINISH 1627

1 comment: