Assalamualaikum. Entry kalini, XPDC Labour Day 3hari cuti, jauhlah kami jalan. haha Ke Kelate kami maghi dehh...
LINE UP 20 Orang
Lelaki Gagah < Syimir, Qoy, Akmal, Syahmie, Amin (Boboy), Uwais, Shafrizal, Farhan, Am, Cham, Zahin, Kamarul, Athif>
Perempuan Kental < Zal, Dibah, Ilham, Erin, Miera, Dila, Dedey>
Sepatutnya berkumpul Jam 11 di LRT Gombak.. namun diatas kelam kabut pihak penganjur, kami telah bertolak dari LRT Gombak pada Jam 2 pagi. Alhamdulillah, ada hikmahnya pabila jem di Tol Karak telah tiada..
Saya telah menyewa 1 van 15 seater Nissan 3.0 Diesel dan 1 Exora sepatutnya. namun exora yang kami sewa telah accident semasa dalam perjalanan ke Lrt Gombak. Namun pihak penyewa telah menggantikan Exora dengan Alza. Kecewa jugak. Dahla kecewa tengok van 15 seater ni tiada bonet. Alhamdulillah Allah telah menghantar sorang makhluk Allah ni,Erin nak follow last minit, pukul 11 malam baru kol nak join, dan willing to bring her car to Dabong. Alhamdulillah. masalah kereta selesai.
Kalau yang tak tahu nak ke Dabong tu, korang boleh Waze je. Tol Karak - Bentong - Raub - Benta - Merapoh - Gua Musang . Baik2, saya hampir melanggar babi hutan melintas beb hahah . Kami telah sampai di Gua Musang pukul 6 camtu. Subuh di sana. Saya pun call Guide saya, Ayohmie. Bagi para Hikers mesti kenal guide nie. punya Otai di Stong. hehehe. Rupanya, dia ada pun di RNR Gua Musang. Saya diberitahu yang dia tidak dapat guide kami dan kami diberi 2 orang guide rakan kepada Ayohmie, Man Tiger & Abe Yoe. Dua2 sempoi kepala gila2. haha
Okey, kami breakfast di RNR Gua Musang, dan dalam pukul 8 pagi kami bertolak ke RNR Dabong. FYI, ada 2 jalan ke Dabong, kami telah diberitahu ada jalan shortcut. memg shortcut sgt, beza 60km beb. just jalan shortcut nie jalannya kurang elok, tapi still okey bagi saya. Perjalanan mengambil masa sejam ke RNR Dabong.
RNR Dabong |
Diatas permintaan kawan2, aktiviti pertama kami CAVING di Gua Ikan. Actually ada 3 gua di sini, Gua Keris, Gua Pagar, dan Gua Kelam. Best. Exploration memakan masa lebih kurang 2 jam. Jom Layan gambarr
Hipster Gua |
antara tarikan orang masuk gua nie |
gua Keris. nampak mcm bentuk keris kan :) |
okey. done caving. next marilah hike ke kem bahaa :)
perjalanan mengambil masa 2 jam santai. sangat santai. kalau laju, sejam boleh sampai, or less. sebab kalau dah sampai kem baha pun tak tau nak buat ape kan, perjalanan begitu santai, lepak2 layan view air terjun yang superb ! tapi santai2 pun, trek nya memang mencanak je. ini tak tipu. lagi2 kami baru lepas makan, ada yang mengadu terlebih minum air and pancit . oopss. hahaha
anda boleh pilih sama ada untuk melalui kebun or taman negara dabong |
kem baha nie nice. tersusun. siap ada kedai lagi haha and jangan terperanjat bila korang jumpe toilet kat sini :) |
sesi taklimat.. tuu haa korang nampak tak kedai tu |
typical spot untuk bergambar. keselamtan kenalah jaga ye kawan2.. esok pagi kita tunggu sunrise kat sinii |
Bestnyaaaa. Bila tah nak caving. Owh. Tunggu kerja dulu. Hahahahahah. :p
ReplyDeleteBestnyaaaa. Bila tah nak caving. Owh. Tunggu kerja dulu. Hahahahahah. :p
ReplyDelete