Thursday, May 19, 2016

XPDC #STONGCALL GUNUNG BAHA - AYAM - STONG 2016 PART 1



Assalamualaikum. Entry kalini, XPDC Labour Day 3hari cuti, jauhlah kami jalan. haha Ke Kelate kami maghi dehh...

LINE UP 20 Orang

Lelaki Gagah < Syimir, Qoy, Akmal, Syahmie, Amin (Boboy), Uwais, Shafrizal, Farhan, Am, Cham, Zahin, Kamarul, Athif>

Perempuan Kental < Zal, Dibah, Ilham, Erin, Miera, Dila, Dedey>


Sepatutnya berkumpul Jam 11 di LRT Gombak.. namun diatas kelam kabut pihak penganjur, kami telah bertolak dari LRT Gombak pada Jam 2 pagi. Alhamdulillah, ada hikmahnya pabila jem di Tol Karak telah tiada..

Saya telah menyewa 1 van 15 seater Nissan 3.0 Diesel dan 1 Exora sepatutnya. namun exora yang kami sewa telah accident semasa dalam perjalanan ke Lrt Gombak. Namun pihak penyewa telah menggantikan Exora dengan Alza. Kecewa jugak. Dahla kecewa tengok van 15 seater ni tiada bonet. Alhamdulillah Allah telah menghantar sorang makhluk Allah ni,Erin nak follow last minit, pukul 11 malam baru kol nak join, dan willing to bring her car to Dabong. Alhamdulillah. masalah kereta selesai.


Kalau yang tak tahu nak ke Dabong tu, korang boleh Waze je. Tol Karak - Bentong - Raub - Benta - Merapoh - Gua Musang . Baik2, saya hampir melanggar babi hutan melintas beb hahah . Kami telah sampai di Gua Musang pukul 6 camtu. Subuh di sana. Saya pun call Guide saya, Ayohmie. Bagi para Hikers mesti kenal guide nie. punya Otai di Stong. hehehe. Rupanya, dia ada pun di RNR Gua Musang. Saya diberitahu yang dia tidak dapat guide kami dan kami diberi 2 orang guide rakan kepada Ayohmie, Man Tiger & Abe Yoe. Dua2 sempoi kepala gila2. haha

Okey, kami breakfast di RNR Gua Musang, dan dalam pukul 8 pagi kami bertolak ke RNR Dabong. FYI, ada 2 jalan ke Dabong, kami telah diberitahu ada jalan shortcut. memg shortcut sgt, beza 60km beb. just jalan shortcut nie jalannya kurang elok, tapi still okey bagi saya. Perjalanan mengambil masa sejam ke RNR Dabong.


RNR Dabong


Diatas permintaan  kawan2, aktiviti pertama kami CAVING di Gua Ikan. Actually ada 3 gua di sini, Gua Keris, Gua Pagar, dan Gua Kelam. Best. Exploration memakan masa lebih kurang 2 jam. Jom Layan gambarr





Hipster Gua

antara tarikan orang masuk gua nie


gua Keris. nampak mcm bentuk keris kan :)





Dah setel caving, masing2 lapar gila. serius. sangat serius. masa caving pun dah rasa lapar dia. guide bawak kami ke gerai makan berdekatan. serius jugak best makan situ. tapi konfius. memang makanan situ best ataupun sebab perut dah sgt lapar hahaha. untungnya siap ada wifi situ hahaha sempatlah masing2 buat live update. antisosial kejap

okey. done caving. next marilah hike ke kem bahaa :)

perjalanan mengambil masa 2 jam santai. sangat santai. kalau laju, sejam boleh sampai, or less. sebab kalau dah sampai kem baha pun tak tau nak buat ape kan, perjalanan begitu santai, lepak2 layan view air terjun yang superb ! tapi santai2 pun, trek nya memang mencanak je. ini tak tipu. lagi2 kami baru lepas makan, ada yang mengadu terlebih minum air and pancit . oopss. hahaha

anda boleh pilih sama ada untuk melalui kebun or taman negara dabong 









kem baha nie nice. tersusun. siap ada kedai lagi haha and jangan terperanjat bila korang jumpe toilet kat sini :)
sesi taklimat.. tuu haa korang nampak tak kedai tu


typical spot untuk bergambar. keselamtan kenalah jaga ye kawan2.. esok pagi kita tunggu sunrise kat sinii

kawasan kem baha sangat best. tersusun sangat and teratur. rasa macam kat taman rekreasi je. siap ada toilet beb. hahaa kami sampai di kem baha pukul 530 gitu. after diberi taklimat ringkas oleh guide kami, kami pun sibuk mendirikan fly dan memasak untuk dinner nanti :)



malam boleh stargazing kat batu2 di spot yang saya cakap tadi. boleh berborak2. tido pon boleh. tapi bagi yang sleepwalking tu, janganlah tidur sini eh. kang esok tak jumpa dah korang. sebab bawah spot tu memang air terjun and kalau dah jatuh tu, say goodbye to this world bebeh.
 esoknya kami akan ke 3 peak, Peak Baha- Peak Ayam - Peak Stong dan perjalanan biasanya mengambil masa 10 jam ke atas. its gonna be a long journey tomorrow . sleep well guys haha


pesanan penaja : ringan2lah tangan klik nuffnang kat sidebar tu ye guys :)










Tuesday, May 10, 2016

TRANS JERGING - HIDDEN MOSSY FOREST - PART 2

 Assalamualaikum..




Yezza. This was our sunrise view on the Peak of Mt. Irau. Cantik gilaa. And korang boleh tengok and lihat route V1 kat belakang tu. Start daripada kiri, Chuban, Puncak Korbu, Puncak Gayong, and Puncak Yong Belar. Sebenarnya boleh nampak juga Puncak TokNenek, tapi tak sempat snap :P

Suhu malam direkodkan sekitar 15-18c. tak sejuk sangat sebab tak hujan. Alhamdulillah. View pagi sunrise pun amat lawaaa. walaupun tak dapat view di Puncak Suku semalam, dapat jugak view cantik nie di Puncak Irau. recommended untuk camping di peak just kena pikul air dari bawah la. haha






13 of us. padu2 masing2

Start bergerak turun around pukul 9 after perbincangan hangat malam sebelumnya. tengah dok syok2 tengok sunrise, terdengar suara2 manusia yang sedang perjalanan naik ke Puncak Irau. Segeralah berkemas , angkat segala baju2 yang disidai merata2 puncak Irau. kang orang lain nak amek gambar pun tak cantik kann. Gunung ni kan untuk semua orang :)

Disebabkan Puncak Irau sangatlah tinggi, untuk ke puncak Yellow, trek kebanyakannya menurun, tapi roller coaster gak la. sekejap naik sekejap turun, tapi lebih banyak menurun la kan. 





Along the trail from Irau ke Yellow, Mossy dia superb beb. haha lebih kurang trek biasa  ke Puncak Irau , just belum tercemar dari sampah2 hipster Gunung. Laluannya agak terpelihara, no lecak2, selut2 bagai macam jalan kat sane tuu :P  Lumut2 kat tepi2 trail pun, masyaAllah, cantikk. Sambil melayan pewai, boleh lepak tepi karpet lumut tuu. ouh, btw, kita akan melalui batu2 sempadan sepanjang trek ke Puncak Yellow. trek agak jelas, still banyak laluan2 lain, tapi sudah ditutup. terima kasih yang menutupnya :)



Kami berhenti rehat di BH5 dimana kami dah boleh nampak tamadun2 manusia. haha view berlatar belakangkan kebun sayur. rasanya nak keluar je terus dari trek, tahan lori sayur dan balik. haha tapitak lengkaplah trans jerging kann. Tapi kalau dah nampak BH5 nie, kejap je dah smpai Peak Yellow. So sabarlah ye



tu dia BH5


Jalan beberapa minit, maka sampailah ke Puncak Yellow . Alhamdulillah. Keluasan Puncak ini, boleh menampung lebih kurang 30 orang dalam satu2 masa. lebih kurang la. pandai susun boleh lebih lagi. sini banyak jalan2, and jalan ke Puncak Pass tidak ditanda. harap kalau nak pegi tu, boleh berguide la ye. senang papehal. tayah susahkan orang lain bila dah sesat. pelajari ilmu hutan, jangan memandai2.

and Puncak Yellow nie takde signage ye nak bergambar. haha

Puncak Yellow

Setelah dalam 20minit bergambar berehat, kami pun meneruskan perjalanan ke puncak terakhir dalam xpdc kami kali ini iaitu Puncak Pass. Haa, dari Yellow ke Pass nie sumpah rasa jauh. haha trek roller coaster, Again. sakit hati beb. layan jela sambil dengar lagu borak2 dengan orang depan walaupun dia tak layan. haha. Kami lunch di puncak tipu. kecik je puncaknya. tak sempat bergambar pulak kat puncak tipu ni. dapat nasi beriyani kambing time ni pulak. pehh. walaupun brahim, kambingnya tetap rasa. haha dah kenyang, rasa ngantuk lak. ehhh, gua tak nak keluar malam beb. hahaa

setelah 3jam ke 3 jam 30minit berjalan, akhirnya jumpalah simpang ke Puncak Pass. si Daus, Ben dah dok lepak kat simpang, dah 1jam katanya menunggu hahaa power beb diorang. letak beg,

"mana puncak pass nye? " syimir
   
       " tu dalam tu, kalau kau rasa nak pegi2, pegilah. tapi takut kau sedih. hahah. 3 minit masuk dalam"  daus

masuk2, gua nampak si diana dengan billy lepak, dan gua tanya balek, mane signage nya?

tu diaaaa....


nie la signage Puncak Pass. jangan sedih ye kawan2

simpang ke Puncak Pass, ditutup sebab tak nak bagi orang sedih
di puncak pass. sangat sempitt

Setelah puas sangat bergambar di puncak Pass iaitu puncak terakhir di XPDC kalini, kami turun ke finishing point. tak jauh pun dari simpang ke Puncak Pass.20 minit boleh sampai. nampak je batu2 bertulis "SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLAND " tuu.. ya Allah, lega rasanya. Alhamdulillah. syukur. XPDC kalinie berjaya dengan semua anggota selamat.





weolss berjaya, anda bila lagi? :)


ini cuma GPS punya measurement, tak masuk elevation gain and loss , tak kira jugak turun naik brape jauh


LOG 2ND DAY

PUNCAK IRAU 910
CP BH5 1140
PUNCAK YELLOW 1200 
BERGERAK DARI PUNCAK YELLOW  1220
PUNCAK TIPU 1400 
BERGERAK DARI PUNCAK TIPU  1425
PUNCAK PASS 1555
BERGERAK DARI PUNCAK PASS 1612

FINISH 1627