Tuesday, September 20, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 2 - Desa Senaru]

Assalamualaikum, Yes. Day 2. Lombok bebeh. Specific. Mataram

Harini Sabtu. 27 Ogos 2016. Supposedly ada 2 group yang akan sampai dari team kami. Group pagi dan petang. Dan kami masih di Mataram. Paling2 awal pun group pagi akan sampai dalam pukul12 camtu. So kami decide nak jalan2 area Mataram Mall dulu pagi nie. cari barang2 hiking sikit. [read as survey, sebab duit bawak cukup2 je nak makan. haha]

Pagi sini subuh awal. Pukul 5 dah subuh. Pagi2 jugaklah kami dah bangun. Lagi semangat nak bangun bila semalam kami diberitahu breakfast provided! oh yeah. bangun, solat, gosok gigi. lepak chill. tunggu kol 7 baru breakfast ada :')

Harapan setinggi gunung pabila menginginkan breakfast dalam bentuk buffet.. namun, sesampainya di kafe, aikk? kena game ke dengan receptionist? erm.. baru nak pergi bertanya dengan receptionist, pelayan kafe menyapa kami dan mempersilakan kami duduk.

" Nasi goreng ataupun roti bakar pak? "
                  "Nasi goreng 3 ya mas"
"Kopi atau teh"
                   " Teh 1, kopi 2"

Hancur luluh impianku untuk melahap makanan2 buffet. Namun masih bersyukur dengan breakfast yang ada. Bayangkanlah. Bayar bilik tak seberapa, nak makan buffet seluas lautan. haha lupakan !

Dah penuh tank? erm, nak jalan ke Mataram Mall pun for sure belum bukak. Baru pukul 8 beb. Maka bermulalah perkenalan ku dengan ameng raja kamera.. haha why raja kamera? sebab dia guna kamera as his own profession. pekerjaan tetap. bukan calang2 orang gak dia ni.

borak punya borak, dah pukul 9. balik bilik and kemas barang sikit2 sementara menunggu giliran mandi. ameng dah pun call Pak Dedey supaya pick up kami jam 11am since group pagi pun akan sampai dalam pukul 12 tengahari.

Area Mataram Mall ni pun ada kedai2 outdoor. Mataram Mall ni pun agak besar. Cuma tak sebesar Malaysia punya shopping mall la. cukuplah ada money changer and bank. Maybank pun ada kat sini ye guys ! tapi make sure korang dah activatekan pengeluaran luar negara korang, kalau tak, memang tak bolehlah citenye.

cerita banyak pun tak guna, kat bawah aku ada snap sikit pictos kedai2 outdoor area dalam dan luar Mataram Mall. Berbaloi kalau nak beli sini. Gloves, Gaiter, bagpack . Untuk pengetahuan, sini memang terkenal dengan brand Eiger, Consina and Rei. so janganlah terkejut bila tengok brand2 nie since kalau tak silap aku, those 3 brands tu memang buatan tempatan. sebab tu harganya murah. tak try kualitinya, mana nak tahu kehebatannya kan?









Pagi2 lagi dah digegarkan dengan kes seorang dari teammates kami terkandas di airport disebabkan kelewatan. Act, beliau dah pun sampai awal. dah check in siap2 dari rumah. just tak masuk ke kawasan menunggu je lagi. sahabat ni tidak dibenarkan masuk kerana beliau hanya menunjukkan tiket pdf yang telah disavekan di dalam smartphone beliau. yes, beliau pergilah print boarding pass, as sampai je kat gate, dia tidak dibenarkan masuk kerana sudah kelewatan 5-10min camtulah. So, pengajaran nye disini, print sahaja boarding pass anda siap2 and masuklah ke kawasan menunggu sejam awal dari waktu boarding kita tu. be safe guys !

Lebih kurang pukul 1030, kami pun bergegas keluar dari mall dan balik ke hotel. irama perut bergendang semula. di depan hotel kami, ada satu kedai makan. fuh, nampak best, so memang kena try. kami decide nak try before gerak ke airport untuk bergabung dengan group pagi sebelum bertolak ke Desa Senaru.

Gaiter -

Serius tak kelakar beb dia punya pedas. Ayam penyet lombok ijo. nama pun dah pedas kan? hahaa so aku decide taknak la ambil makanan2 pedas before hike ni, takut nak membuang je kejanya. so aku ambillah ayam penyet biasa. wah, sambalnya lagi pedas ya mas? hahaha serius. siap tambah nasi beb nak hilangkan pedas kat lidah bibir mulut semualah. haha





"wei, tu bukan avanza pak dedey ke? "
 " ahhahah wei, jom lari2, kesian lak dia tunggu"

perkarangan hotel


Perangai melayu tak tertinggal di Malaysia. masih Janji Melayu. Then kami pun bertolak ke airport dan menunggu group pagi sampai.

Group Pagi - Paan, Syahir, Amir, dan Nini

So kami bergabung . adalah 7 orang. wow, geng petang adalah dalam 11 orang gak eh.

Supposedly, kami akan dijemput dengan red carpet pabila keluarnya dari airport sebelum ke Homestay Sinar Rinjani Cottage di Desa Sembalun. Tapi ? Hmm. Tak nampak pun papan tanda untuk kamii. Tunggu punya tunggu, dah call, mesej Uncle Karat semua, tapi tak berjawab. Then Capt Paan menjalankan tanggungjawab sebagai nakhoda dengan memutuskan untuk hanya menaiki avanza sapu di airport. Dah la hujan renyai, ditinggalkan di airport begitu sahaja. apelah nasib kami tghari tu

dengan adik jambu. sebelum hujan


tersadai di Bandara Lombok
.

Airport - Desa Sembalun 1 Avanza IDR 600K


Serius tak kelakar beb naik avanza 7 orang. Yes. kalau bertujuh je bolehlah muat. tapi kami ada bawak beg2 besar kot :') hahah memang berhimpit la sepanjang perjalanan tu. Nini duduk depan, pangku beg purple aku tu. bahagian tengah ameng, syahir, paan. and belakang sekali yang kecik2 la of course, amir, boboi, aku.  boboi terkangkang di sepanjang perjalanan. sedih melihat keadaan beliau


Masih ada sinar kebahagian

Pada awal perjalanan, masih ada sinar kegembiraan di muka kami. bergelak ketawa, saling mengutuk. berborak sakan. Namun kegembiraan tak kekal lama. kepeningan sudah mula terasa. masing2 dah high up to the sky. senyap seribu bahasa. hahaha ada la 2-3 kali mintak pak supir berhenti. ke IndoMaret la, lunch la. and last sekali kami terbangun and matahari sedang beransur pulang. tepi pantai pulak. serius cantik view. dapatlah menegakkan kaki2 yang terlipat sepanjang 3-4 jam perjalanan. masih ada berbaki 2 jam perjalanan kata pak supir. mengeluh kembali. keluhan sedikit terubat dengan penyaksian matahari terbenam di tepi pantai.




Then, perjalanan diteruskan lagi. 2jam lagi katanya. aku dah makin menyumpah seranah di belakang. Memang tak tahan beb pening dia. hahaha. Yang lagi aku bengang tu, dia punya yakin jalan yang dia bawak nie, betul ke? Aku dah agak. last2 dia cakap dah salah jalan. Jalan raya pun dah makin kecil. satu lorong je bai. hahaa rasa nak maki je dari belakang. Paan dah keluarkan phone, bukak GPS.

"Wei, dah makin jauh pulakk, tambah sejam lagi"

Fuhh, lagi menyirap. hahaa. yang geng tengah bolehlah berkhayal keluar kepala dari tingkap memandang Milky Way diatas. Yang belakang nie terkontang kanting. Yang dalam van tu tahu la betapa seksanya diriku.

Dalam jam 830 kami tiba di Homestay Sinar Rinjani Cottage. Oh ye, ada dua lagi rakan kami pasangan kekasih dah sampai lagi awal, sebab diorang buat tour d'Lombok awal tu. Layan Kenawa Island jugak bro. Ketibaan kami disambut oleh Uncle Rasyid dan konco-konconya dan mereka begitu meminta maaf diatas salah faham yang berlaku dengan driver kami yang sepatutnya datang pickup kami di airport. Aku tak kisah lagi. Aku nak katil. Sebagai balasan, Uncle belanja makan malam di homestay tersebut.

Uncle Rasyid from Karat Adv

Katil Kayangan


Dah setel mandi2 semua, kami pergi ke kafe dan menjamu selera. Aku belum mampu menikmati hidangan enak tersebut since kepala masih pening. Jamah la sikit2. Geng Malam dan sampai airport and ada orang yang pickup mereka. Perjalanan 3 - 4 jam menanti mereka. Siaplah korang ! And ada sedikit briefing dari pihak KARAT ADVENTURE sebelum memulakan pendakian pada keesokan harinya. Tapi serius, thumbs up for this homestay . terbaik. katil di kayangan. just aircond kekadang buat hal. hahaha.

Perbelanjaan Hari Kedua

1) Gaiter - IDR 85K
2) Transport ke Bandara - IDR50K
3) Lunch ( Ayam Penyet + Jus Mangga + Nasi Lebih) - IDR 32,500

Total = IDR167,500 ~ RM53


Geng Sampai Awal Sehari

ameng the photographer @KopiPress

boi the jambu


syimir pemilik blog

Geng Pagi

Nini Garang

Paan aka Gogo Macho Idaman Malaya

Syahir abam swimmer pahang


Amir ikon Belia Masa Kini
Pasangan Kekasih

kimi ala2 faizal tahir

piqa the commentator

Geng Malam

A'a pekerjaannya biasa2 saja

Am jaguh puisi

Alep peminat 1D

Dhal datang aiport dengan 'ayah'

Chong si bapa2

Abam mucin pemikat hati wanita

Lan aka Pian aka Zizan

Zal tangisan dalam kegembiraan

Zira cool steady
Piah Kecil2 Cili Padi

Wani kakak demam hari last

P/s Jangan lupa klik2 iklan kat tepi tu ye guyss :)

No comments:

Post a Comment