Flight AirAsia AK306 KUL-LOP 1530-1845
Jam dah menunjukkan jam 1 ptg. Aku masih belum tiba di KLIA 2 sebelum berlepas ke Lombok pukul 330 pm. Saudara Tengku telah menghantar ayah aku dan diriku ke KLIA 2 .Aku memohon pertolongannya. Dalam whatsapp group dah bingung dengan ke'clumsy'an Amin (Boboi) . Dengan phone tertinggal dalam kereta la. bas lambat. Terpaksa naik ERL dari KL Sentral ke KLIA 2. Hamek kau. Mahal gila. Dah sampai airport, shades baru dibeli di Decathlon pulak tercicir. Xpe boi, kau still jambu tanpa shades tu hahaha Kami dah sedikit lewat dari masa check in. Dinasihatkan la untuk kawan2, makesure 2 jam sebelum flight anda, anda dah pun berada selepas pemeriksaan kastam. Better dari segala mala petaka. Yes. ada cerita tersendiri dari group kami keesokan harinya.
Flight dari Malaysia ke Lombok mengambil masa lebih kurang 3 jam. Flight sedikit delay. Sikit jela tapi. Dan dari Malaysia pada harini cuma kami bertiga, saya, Amin (Boboi) & Amin (Ameng). Kami telah sampai lebih kurang pukul 7 pm.
Di Lombok, waktunya sama seperti Malaysia kerana GMT nye masih sama, tapi suasana matahari terbit dan tenggelam lebih kurang Sabah , awal sejam. So gambarannye, pukul 6 lebih dah maghrib . Dalam flight lagi dah nampak kelibat Puncak Rinjani mungkin, megah mencucuk awan di langit.
Rinjani ke tuww |
Punyelah gamble sampai hotel pun tak booked. dah la malam nie, kalau takde hotel, maunya tidur masjid :') Tapi plan kami memang nak ke Mataram as Mataram nie kira town yang besar jugaklah di Lombok. So, after keluar je dari airport, memang banyak ulat2 teksi or personal car yang tunggu. Just korang kena tau la rate sebenar ke tempat yang dituju. Kalau nak jimat lagi, boleh cuba naik bas. Bas ke Mataram from Airport lebih kurang IDR 25K sahaja. Tapi duration journey tak tau. Kami decide ambil je Pak Dedey as our Supir sebab dah malam and kami dah penat.
Airport - Mataram ( IDR 150K untuk 1 Avanza dan 1 way) - 45 min to 1 hour
So sorang dalam IDR 50K la
Then kita kena bayar jugak parking diorang kat airport tu - IDR 6K/3 - IDR2K
Yang nie dibayar bila nak keluar dari airport je, kalau masuk tayah bayar ye guys.
We decide naik avanza je. After melantak di kedai depan airport. perut yang telah berbunyi di dalam flight lagi perlu disuapkan.
Bakso & Air Epal - IDR 27K
Perjalanan ke Mataram begitu smooth sekali, mungkin dah lewat malam. tak banyak kenderaan pun. Mata meliar mencari kedai2 outdoor since Pak Dedey tidak tahu kedai outdoor tu ape . sedih bangat deh. OTW ke Mataram, dia bawak kami ke 1 kedai souvenier SASAKU namanya. recommended. tapi kami lom berfikir nak membeli belah lagi since ni hari pertama kami di Lombok. Tunggu last2 la baru beli bebb.
Jalan punya Jalan, then ternampak 2 kedai outdoor which are Eiger and Petualang Outdoor . Gitulah kot namanya. Survey2 sajo. serius murah gila barang dia. Korang kalau yang tak cukup barang nak ke Rinjani tu, boleh datang sehari awal before expedition, singgah kat Mataram nie, semua brg boleh dapat :)
Then , tak lengkap hidup beb kalau takde internet. Ajak jugak Pak Dedey pegi kedai telefon, nak beli simkad. We chose SIMPATI @Telkomsel. Orang cakap yang nie okey, kalau beli XL pun okey guys. kat Plawangan Senaru dapat line bebb. Semua jadi antisosial kejap.
Simkad SIMPATI 4GB Internet - IDR 60K
Then dah beli simkad, barulah cari hotel2 yang murah. banyak jugak yang dah full kat Mataram nie. Penuh dengan orang Malaysia je mungkin. Kat airport jugak tadi terjumpa member UIA, member pernah hike sama dulu, geng2 HIKERSKENTAL pun jumpa. Alhamdulillah, jumpa hotel yang ratenye okeylah. FYI, rate hotel sini lebih kurang je. From IDR 150K -IDR 300k. so kalau nak backpackers tu, boleh dapat yang murah lagi la. nie hotel bro. haha
Hotel Handika 2 single bed with WIFI - IDR 240K / 3 - IDR 80K
Dah setel mandi rehat kejap, bosan lah duduk bilik sajo. Kami telah berjalan di sekitar hotel, pegi IndoMaret which is lebih kurang macam 7E la kat Malaysia. Convenience store. Nak beli sedikit snack2 ringan untuk XPDC RINJANI esok. Tapi last2, hanya beli NutriSari. haaa, korang tau tak NutriSari tu apa? hmm lebih kurang macam air oren laa. tapi dalam bentuk serbuk and it acts like ExtraJoss la. 2 sachets jugaklah diperlukan untuk sebotol air mineral 600ml tu.
NutriSari - IDR 16,300 (10 sachets)
Balik dari IndoMaret, perut pun berbunyi lagi. Tapi aku memilih untuk tidak makan sebab dah nak tido beb. Tak sempat proses makanan kang :P Yang lagi 2 orang memilih untuk mencuba Ayam Taliwang which is among the famous food in Lombok. Ayam dia sedikit kecil tapi dilumur dengan cilipadi. Fuhh berapi beb. Serius.
antara menu yang terdapat di kedai ni. harganya antara termurah yang aku jumpa di lombok |
Lombok tu sendiri dah bermaksud Cili. So, beware la ye dengan masakan pedas merekaa. Kalau diorang cakap tak pedas sangat tu, tipulah weh. semuanya dustaa. haha
Then , malam pun melabuhkan tirainya.. esok hari shopping bagi aku. sebab nak beli glove sejuk dengan gaiter. dah survey2 tadi. boleh membeli sikit2.
Perbelanjaan Hari Pertama
1) Transport to Mataram - IDR 50K
2) Tiket parking - IDR 2K
3) Dinner - IDR 27K
4) Simkad - IDR 60K
5) Hotel - IDR 80K
6) NutriSari - IDR16.3K
Total = IDR 235.3K ~ RM73
# 1st day memang tak banyak gambar lagi since kami sampai pun dah malam :')
Pesanan Penaja :- Jangan lupa klik iklan Nuffnang ye :P
No comments:
Post a Comment