Saturday, September 24, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 3 - Plawangan Sembalun]

Assalamualaikum . Yezza. Day 3 . Lama dah tunggu saat nie. Plan dah 7-8 bulan. Maybe setahun kot. Paan hasut aku. Thanks Paan :)


Yes. Waking up to this view was absolutely nice ! haha we woke up early that morning. Around 5am camtu jugaklah. Masa briefing, Uncle Karat suruh bangun jam 430 ke 5am. Namun kami tewas. Keletihan hari sebelumnya membawa kami ke mimpi indah disamping beradu diatas katil kayangan. Mana mungkin ku tinggalkan selimut nipis ini? Malam semalam kami dah prepare dah divide, mana barang yang nak ditinggalkan di Homestay and mana yang nak dibawa hiking. For those yang ambil personal potter pun dah bahagi barang siap2. Ambo tak ambil pun personal potter, takde pitih boh :(

Dah siap2 semua, dalam jam 6 pagi, dah dapat view kat atas tu guys. Yang tinggi tulah Puncak Rinjani. Dekat di mata, Jauh di hati. sobs. So breakfast included in the package. Makan dengan serba takut jugak act. Sebab pagi tu belum melabur. hahaha asyik terfikir janganlah time trekking nak membuang nanti. Naya beb ! Mau nampak kepala je dicelah2 lalang savannah nanti ! hahaa


Okay, dah puas breakfast geli2, barang2 pun masuk van, dan kami akan ke Pejabat Taman Negara Rinjani untuk mendaftar sebelum ke starting point yang berada di kawasan Sembalun. Perjalanan dari homestay ke starting point pun agak jauh. 45minit ke 1 jam jugaklah. Serius. Kepeningan kembali menerjah diri. Namun tidak seteruk semalam sebab van nya kalini lebih 'class' dari avanza semalam. Memang lelap jela sepanjang perjalanan ke starting point.

antara view sepanjang perjalanan ke pejabat taman negara Rinjani


Perlu mendaftar sebelum mendaki


Here our adventure begins !

Permit yaw !



Starting point Sembalun - Pos 1

Kami telah sampai di Starting point lebih kurang jam 8 pagi. Beg2 diturunkan. Ketika ini, sesiapa yang gentar, masih boleh pulang sebelum terlambat. Lunch pack dibahagi2 kan. Nasi Lemak. Masih ada lagi aroma Melayu disini. Yelah, Indonesia dan Malaysia kan serumpun. Lol. Jam 815 kami memulakan pendakian dengan santai sepak tanah sepak orang depan. Masih lagi ceria memegang gopro masing2 untuk tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Puncak Rinjani dari jauh. Pejalanan boleh dikatakan warm up jela awal2 nie. elevation pun sikit2 je. Perjalanan dianggarkan 2 - 2.5 jam ke Pos 1.

muka ceriaaa


long way to go bruh

porter2 yang sado ! salute !


Pos 1 ke Pos 2

Perjalanan pun hanya mendatar. Masih lagi happy. Tak perlu rushing pun . Enjoy the view. Hutan savanah nie memang memukau. Ada la sikit kawasan pokok2 tinggi. Tapi kejap sangat dapat berteduh. Better bawa topi, sarung lengan ye guys. kalau tak, memang legam la citenye. Aku takde cite banyak. boleh belanja gambar je kat kawan2 :P  Perjalanan pun kejap je. around 30 min ke 45 minit











Pos 2 - Pos 3 

Perjalanan ada naik turun. View absolutely amazing. Dengan kabusnya, sejuknya. Nyaman je suasana disini.Perjalanan kalini dalam around 1jam ke 1.5 jam. Matahari dah mula terik. Memang berkabus, tapi masih ada lagi sinar matahari. Disebabkan hutan savanah, so memang takde pokok untuk berlindung dari terik kepanasan cahaya matahari. Geng2 laju semua dah kedepan. Aku masih dibelakang . Dan kami akan lunch di Pos 3 nanti .




Lunch nasi Lemak ayam dengan coke gua cakap lu !

solat jangan lupa. walau jauh mana kita melangkah, Allah tetap diatas sana memerhatikan kita
Pos 3 - Plawangan Sembalun

Pendakian baru sahaja bermula. Kalau kat ganu, nak gi CBL ada bukit taubat, Kat Rinjani nie aku rasa nama dia Bukit Taubat Nasuha kot. Memang pacak tak abes2. Dengan jalan yang sedikit berpasir dan berdebu, menyukarkan pendakian sedikit. Memang semput. Banyak gak yang tersadai di tengah2 perjalanan. Kenderaan berat ikut kiri ye guys. Namun, geng2 laju sekali lagi berdesup meninggalkan aku di belakang. sobsobs. Pendakian dianggarkan selama 3-5 jam mengikut pace masing2. Oh ye, within this trail, aku pun xsempat nak keluarkan kamera sangat sebab focus on trail. konon. Padahal pewai. kah!


tengah pewai ke brooo

menunggu kawan2 yang tak kunjung tiba :P



Plawangan Sembalun - Campsite 

Dari plawangan sembalun ke campsite dekat dah. Jalan slow2 layan view pun dah orite. sebab memang cantik beb area sini. korang bayangkan, korang berjalan di atas satu tanah yang kiri kanannya hanya awan? tak dapat bayangkan? takpe, abam belanja gambar sat lagi hahaa so, korang boleh camsite kat mana2 bahagaian kat plawangan nie. disebabkan esok nak summit attack, Uncle Karat memilih campsite yang dekat dengan starting point ke summit dan dekat dengan trail ke danau segara anak nanti.







sesi perkongsian dengan uncle Karat

sambil menunggu sunset by Ameng si photographer






Okey, banyak sangat gambar. semua cantik2, lagi view sunset tuu.Taktau nak pilih yang mane :(  secantik2 gambar, cantik lagi gambar yang kami lihat dengan mata kami sendiri :) even action cam not capable to snap the beauty of Allah's creation. so, kalau ada peluang, ada rezeki, mehla datang . haha inshaAllah. malam tu kami diminta tido awal. sebab esok pagi2 kena bangun nak summit attack . Puncak Rinjani, kau tungguu ! aku datang.

Itinery Day 1 [Starting point Sembalu ke Plawangan Sembalun]

Starting Point                 815am
Pos 1                              1010am rest 10 min
Pos 2                              1050am  rest 10 min
Pos 3                              1210pm rest lunch solat 50 min
Plawangan Sembalun     4pm
Campsite                         445 pm sambil berhenti ambil gambar, rehat2


korang tekan2 la iklan kat tepi tu yeee :))

No comments:

Post a Comment