Thursday, August 17, 2017

AKINABALU - PART 1

Hari 0
Sabtu 5 Ogos 2017



Flight dari KLIA 2 sedikit lewat berlepas daripada lapangan namun tetap sampai tepat pada masanya di KKIA . kata Dhal, flight kami sedikit laju haritu.. hmm Fuh debaran kian terasa. Mana benik? Keluarnya kami dari pintu airport sambil mengusung beg besar gedabak dibelakang mencari Benik. siapa Benik? haha dia organizer untuk trip kalini, sebab aku pun malas and tak reti organize trip seberang laut ni. Benik adalah founder bagi OHANA.



okeylah. lupakan pasal Benik. pape nak tau pasal Benik, boleh pm. haha now kita sambung pasal trip Kinabalu ni. kawan aku , satu foundation dulu, kerja as technician @ engineer MAS ni kat Sabah, alhamdulillah, makan tengahari berlaukkan Nasi Ayam Penyet telah dibelanja beliau, thanks EE ! hehe lupa nak selfie bersama, lama betul tak jumpa dia..

okey seterusnya. kami telah diberi sekumpulan seramai 5 orang satu kereta iaitu aku, ajes, ochok sama flight pagi tu. Aye sampai sejam kemudian , manakala syuk sampai dalam pukul 12pm camtu. so sementara tunggu Syuk, dapatlah aku grab udang kering and sotong di Pasar Filipina kiriman bonda di semenanjung. pastu sambil usha2 pakej snorkeling di beberapa pulau di Jesselton Point sebab plannya memang nak pegi pulau after turun Gunung Kinabalu nanti. Pakejnya dalam RM80 siap semua untuk 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.

abg ni pakai long sleeve sebab dalam flight sejuk, tapi kat luar panas haree


Selepas pick up Syuk kat airport, kami pergi ke Masjid Terapung. Sebab Syuk kelaparan. nasib baik masa ni otak dia dgn badan still sync properly. Haa, dapatlah menghirup ABC Kelapa yang agak famous kat kawasan ni. go try it guys ! harga dalam RM6-RM10. Boleh google eh. kat semenanjung pun ada :P then usai solat Jamak Ta'dim, sekitar jam 4 petang, barulah kami berangkat ke Mile 36 Lodge iaitu penginapan kami untuk malam ini yang sudah dimasukkan dalam pakej kami di Kundasang.

gambar ihsan En Google


Perjalanan dari Kota Kinabalu - Kundasang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam dek kerana jalan yang berliku-liku dan juga berbukit. jadi make sure kereta sewa anda mampu untuk bergerak power menyusuri jalan-jalan berbukit ke Kundasang.

Hujan renyai bersama kabus menemani perjalanan kami pada petang itu. agak bahaya jalan kerana jarak pemandangan yang terhad. nasib baik abam ajes baik memacu kenderaan persona sewaan kami. hiks lebih kurang jam 6pm, kami sampai ke Homestay kami dan beberapa kereta lain sudah pun sampai kecuali kereta group muhsin dan adiknya bersama pasangan baru berkahwin dan haikal. Part 2 aku list down sorang2 participants untuk trip kalini.



Pada malamnya, ada sesi briefing oleh Benik mengenai tentatif pada hari esok dan seterusnya. dimulai dengan sesi ice breaking. majoritinya dah ku kenal. cuma segelintir kawan baru yang akan bersama perit duka *acah menawan Kinabalu nanti hehe

Makan malam dimasak oleh Benik dan crewnya.

Nasi briyani + ayam masak merah + acar nenas kot namanya. alhamdulillah perut terisi untuk bekalan pada malam itu.


makan malam disediakan , dimasak oleh Benik, syuk paling banyak tambah


haa yang dok atas kerusi tulah Benik

malam kami diselebungi cuaca sejuk dan hujan renyai2 belaka. dianggarkan suhu serendah 13-15c di kawasan kundasang ni. ala-ala Cameron Highland pada suatu ketika dahulu ! sekarang Cameron pun dah panas boh. Nasib baik abam TNB berjaya menyambungkan kembali bekalan elektrik di homestay lelaki.

haha okey, end part 1. korang tunggu part 2 & 3 yang padat dengan gambar2 hehe baibai

p/s jangan lupa tekan link iklan tu eh ;)

Thursday, June 8, 2017

STETOSKOP AKU BUDAK MEDIK 3.0 | BOOK REVIEW

"Kita memakai lencana hamba, dahulu kini dan selamanya "




Penerbit : Penerbitan Kata-Pillar

Penulis : Faiz Nzim | Aqila Rin Shamsi | Sahel Akmal | Raihan Amanina | Nur Amalina Berhan | Nabila Afandi | Faiqah Rosli | Nur Hanisah Zainoren | Nik Nur Atiqa | Athirah Hamzah | Amer Ahmat | Hariyani Mohd Zahari | Nik Nurul Fakhriah | Awanis Zakaria | Amalina Nudin

Penyusun : Dr. Saza S & Dr. Fahd Razy
Rate : 8.5/10


Assalamualaikum guys ! Amacam? tengah mengah ke berbuka tadi tuuu :P Berhenti sebelum kenyang ye. hehe

And kali ni, nak bagi sikit review mengenai buku bertajuk " Stetoskop Aku Budak Medik 3.0 " . Yes, aku taulah aku bukan budak medik, so tak boleh ke baca? so what? haha tuu ada nama kawan aku antara senarai penulis buku ni hehe and for your information, yang tulis semua ni adalah bakal2 doktor which means sedang belajar or ada kat HO ke.. or maybe dah jadi doktor ke haaa

So basically, buku ini mengenai pengalaman pehit getir kesukaran yang budak-budak medik rasa. Mereka ni bukanlah nak kejar glamour jadi doktor tu.. and kalau ada niat tu, boleh lupakan kot. haha sebab apa? sebab study medik ni bagi aku, dah la time study susah, pastu kerja susah lagi.. haha glamor jugaklah, tapi perit oo berkot putih nii

Every penulis memberi satu or dua pengalaman yang mereka rasa. and mereka berjaya bawa aku kedalam dunia mereka sementara. terasa pahit getir dan pengorbanan demi menghadapi masa hadapan * itu laguuu kahkah.

Buku ni sesuai untuk semua peringkat umur. Yang paling sesuai untuk budak-budak sekolah yang bercita-cita nak further medik tu or yang sedang dalam Tahun 1 Medik tu ke so they will have some exposure from this book. Bukan nak menakutkan, tapi bagi mereka sedar ianya bukan mudah . supaya tak culture shock. supaya mereka dapat sedikit gambaran.

Yes, tugas doktor ni sangat mulia. sangat. Lebih dekat dengan Tuhan. sentiasa berkorban . masa dan keringat. I salute you guys ! jangan berputus asa ya adik2 yang sedang amek medik tuu !

Sedikit Sinopsis dari belakang Buku

Menjadi pelajar perubatan tidak pernah sunyi daripada pelbagai kebisingan. Ragam suara yang pelbagai. Intuisi, suara hati, ataupun suaran luaran yang memakan rupa 'cabaran'.

Melalui Stetoskop ini anda dapat mendengar segala itu.

Tiap degup.

Tiap suara.

Tiap masalah yang berlegar di sebalik kerenah seorang budak medik yang berkot putih. naskah ini merakamkan setiap pengalaman dan kebisingan untuk pembaca turut sama mendekati dan mengenali kerenah bakal doktor.

Nah. Stetoskop sudah di tangan. Tarik nafas. Dan dengarlah.

Lubb dupp ! Lubb dupp !

_________________________________________________________________________________

Pesanan : Bila abam engineer nak buek buku lakk. adehh