Sabtu 5 Ogos 2017
Flight dari KLIA 2 sedikit lewat berlepas daripada lapangan namun tetap sampai tepat pada masanya di KKIA . kata Dhal, flight kami sedikit laju haritu.. hmm Fuh debaran kian terasa. Mana benik? Keluarnya kami dari pintu airport sambil mengusung beg besar gedabak dibelakang mencari Benik. siapa Benik? haha dia organizer untuk trip kalini, sebab aku pun malas and tak reti organize trip seberang laut ni. Benik adalah founder bagi OHANA.
okeylah. lupakan pasal Benik. pape nak tau pasal Benik, boleh pm. haha now kita sambung pasal trip Kinabalu ni. kawan aku , satu foundation dulu, kerja as technician @ engineer MAS ni kat Sabah, alhamdulillah, makan tengahari berlaukkan Nasi Ayam Penyet telah dibelanja beliau, thanks EE ! hehe lupa nak selfie bersama, lama betul tak jumpa dia..
okey seterusnya. kami telah diberi sekumpulan seramai 5 orang satu kereta iaitu aku, ajes, ochok sama flight pagi tu. Aye sampai sejam kemudian , manakala syuk sampai dalam pukul 12pm camtu. so sementara tunggu Syuk, dapatlah aku grab udang kering and sotong di Pasar Filipina kiriman bonda di semenanjung. pastu sambil usha2 pakej snorkeling di beberapa pulau di Jesselton Point sebab plannya memang nak pegi pulau after turun Gunung Kinabalu nanti. Pakejnya dalam RM80 siap semua untuk 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
abg ni pakai long sleeve sebab dalam flight sejuk, tapi kat luar panas haree |
Selepas pick up Syuk kat airport, kami pergi ke Masjid Terapung. Sebab Syuk kelaparan. nasib baik masa ni otak dia dgn badan still sync properly. Haa, dapatlah menghirup ABC Kelapa yang agak famous kat kawasan ni. go try it guys ! harga dalam RM6-RM10. Boleh google eh. kat semenanjung pun ada :P then usai solat Jamak Ta'dim, sekitar jam 4 petang, barulah kami berangkat ke Mile 36 Lodge iaitu penginapan kami untuk malam ini yang sudah dimasukkan dalam pakej kami di Kundasang.
gambar ihsan En Google |
Perjalanan dari Kota Kinabalu - Kundasang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam dek kerana jalan yang berliku-liku dan juga berbukit. jadi make sure kereta sewa anda mampu untuk bergerak power menyusuri jalan-jalan berbukit ke Kundasang.
Hujan renyai bersama kabus menemani perjalanan kami pada petang itu. agak bahaya jalan kerana jarak pemandangan yang terhad. nasib baik abam ajes baik memacu kenderaan persona sewaan kami. hiks lebih kurang jam 6pm, kami sampai ke Homestay kami dan beberapa kereta lain sudah pun sampai kecuali kereta group muhsin dan adiknya bersama pasangan baru berkahwin dan haikal. Part 2 aku list down sorang2 participants untuk trip kalini.
Pada malamnya, ada sesi briefing oleh Benik mengenai tentatif pada hari esok dan seterusnya. dimulai dengan sesi ice breaking. majoritinya dah ku kenal. cuma segelintir kawan baru yang akan bersama perit duka *acah menawan Kinabalu nanti hehe
Makan malam dimasak oleh Benik dan crewnya.
Nasi briyani + ayam masak merah + acar nenas kot namanya. alhamdulillah perut terisi untuk bekalan pada malam itu.
makan malam disediakan , dimasak oleh Benik, syuk paling banyak tambah |
haa yang dok atas kerusi tulah Benik |
malam kami diselebungi cuaca sejuk dan hujan renyai2 belaka. dianggarkan suhu serendah 13-15c di kawasan kundasang ni. ala-ala Cameron Highland pada suatu ketika dahulu ! sekarang Cameron pun dah panas boh. Nasib baik abam TNB berjaya menyambungkan kembali bekalan elektrik di homestay lelaki.
haha okey, end part 1. korang tunggu part 2 & 3 yang padat dengan gambar2 hehe baibai
p/s jangan lupa tekan link iklan tu eh ;)
No comments:
Post a Comment