Thursday, December 29, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 9 - Bukit Merese - KLIA2 ]

This is the last part guys ! At last ! Lamakan tunggu? Haha saja nak bagi rindu-rindu sikit kat geng-geng #merdeka59Rinjani nie.  Okay, as yang dijanjikan sebelum ni, aku akan sambung part last iaitu ke Bukit Merese sebelum pulang ke Tanah Air..



Pagi - pagi lagi dah bangun. Yup as dijanjikan pada malam sebelumnya, kami awal-awal dah bangun and merempit ke bukit Merese. Pagi nie tak perlu dah gunakan waze or Google Maps ke sebab malam sebelumnya kan dah pegi :P

Of course la kami group pertama sampai. haha sebab pagi lagi kottt. kahkah . Okey, nama pun bukit, of course la korang kena mendaki sedikit untuk sampai ke puncaknya. Actually, kami pun tak tahu mana satu puncaknya, sebab takde pun signage menunjukkan puncaknya. Memang kengkang la oi naik bukit tu. hahaa

View memang superb la atas ni. Dinasihatkan, sape yang tak tahan panas tu, eloklah datang awal macam kami ni, tu pun dah rasa matahari atas kepala je beb. So, just enjoy the view guys ! Banyak lagi gambar ohsem, tapi malas nak belanja lebih-lebih :P

Even GoPro cant have the originality beauty of the view :) IPhone6 also. Tapi tak tahu la kalau IPhone 7 haha








bergambar kenangan bersama-sama..
Okey, tak boleh lama2 beb. Flight kami pukul tghari, pukul 1215pm. Pukul11am dah kena ada kat airport. dah puas bergambar kat Bukit Meresse, maka pulanglah kami ke homestay dan disediakan breakfast utk kami ;)

Breakfast Pan Kek, serius sedap beb. saat bersama-sama buat kali terakhir...

nie lah homestay kami, simple, tapi takde aircond la. harga berpatutan, bro Farhan booked via online je
Homestay harga okey area Indonesia nie. Tayah risau la. Booked online pun okey. Kekadang tu, memang booking online lebih murah daripada walk-in. Okey, dah siap mandi , kemas, goodbye semua, maka kami pun bergerak ke airport. Btw, tak semua yang balek tengahari ni, Half kot dari kami balek waktu nie. Naik Avanza, memang penuh demmit la. nasib baiklah 30min je ke airport. Tak jauh, so okeylah kalau korang nak stay sini before balek Malaysia.  Nak jimat punya pasal berhimpit ramai-ramai. haha

Yang lain tu, sempatlah ke Mawun Beach. Its better guys ! serius lebih cantik dari Pantai Kuta yang kami stay tuu. Air lebih membiru. area pantai kuta nie ramai Mat salleh yang main ombak, so koran bolehlah nampak mat salleh nie banyak bawak board tu kehulu kehilir dengan motor. tapi depan Homestay kami nyaman je, tak hectic la. maybe the other side of Pantai Kuta.





nie jela yang tinggal, flight diorang malam ke petang, lupalah


Till we met again guys ! Seronok hike dengan depa-depan nie. awal-awal hike memang tak bertegur sangat dengan yang tak kenal, aku dah la pemalu. dok hike pun belakang-belakang ja. diorang laju berdesup desup. Tapi bond tu kena create, bukan ia hadir sendiri. Even macam-macam karenah, tapi itulah lumrah berkawan. Kalau taknak pening dengan kawan-kawan, boleh hidup sorang-sorang, mcam cerita baru arahan Syafiq Yusof, DESOLASI, Kahkah. Apepun, kalau nak search gambar-gambar kami, boleh cari kat IG, #merdeka59Rinjani #blackhawckcrew.

Bawah nie ada link video YOUTUBE abam Paan Buat, terbaik guys. Siap ada Video kay ! hahaha. CNY nie kami ada trip, YB3B Reverse. Nak follow, halu abam hiks



Klik la Iklan Nuffnang tuuuu bukan virus tau. haha

Tuesday, December 27, 2016

PEKAK



PEKAK. Sebuah filem kontroversi di Malaysia. Brunei pun haramkan cerita ni beb. Semasa awal pengeluaran cerita ni di panggung wayang, aku ada terbacalah review yang orang buat. actually, Zahiril Adzim kalau dia berlakon, aku memang nak tengok. So before baca review cerita ni, memang membuak la perasaan aku nak tonton movie nie

Tapi.... after baca review yang orang buat, memang agak down la after cerita ini dikecam hebat oleh netizen yang mengatakan bahawa cerita ini sangatlah tidak bermoral. Apa yang pekak sebenarnya? Siapa yang pekak? adakah cerita ni mengenai si pekak sahaja? Menurut review daripada orang ramai, mereka amat bersetuju dengan tindakan Brunei kerana mengharamkan cerita ini di negara mereka. Sebab apa? Sebab penceritaan dan aksi-aksi yang terlalu melampui batas , sudah berani membuat adegan bercumbuan . Anda boleh je google mengenai review orang ramai terhadap cerita ni.

Dan pabila cerita ini dibuka pada PG13, maka secara tidak langsung pelajar sekolah menengah dapat melihat cerita ini tanpa bimbingan ibubapa. Pada pendapat aku, cerita ni, langsung tidak sesuai untuk dibuka pada PG13, tetapi sepatutnya dilarang kepada yang bawah umur 18 tahun.

Filem ini bagi aku khas untuk mak ayah parents kat luar sana, supaya diorang tahu bagaimana lifestyle yang boleh merosakkan anak mereka jika anak-anak terabai, jika mereka sibuk dengan kerja-kerja mereka, maka berlakulah perkara-perkara sosial yang dah banyak berlaku pada anak muda sekarang. Itu bagi pendapat aku lah. Masing-masing ada pendapat dia sendiri.

Aku pun tak tahu apa target producer. Apa kena mengena tajuk Pekak dengan cerita tu? Yes, Zahiril Adzim berlakon sebagai seorang yang pekak, tetapi berusaha untuk pulih seperti biasa dengan mengumpul duit secara menjual dadah untuk perbelanjaan pembedahan dia. Namun, niat tak menghalalkan cara. Antara perkara yang banyak diketengahkan dalam cerita ni adalah dadah, mencuri, seks, private party yang sangat sinonim dengan masyarakat bandar terutamanya.

So, korang dah dapat tangkap, sape yang 'Pekak' actually yang mahu ditonjolkan pengarah filem ni? Pepandai la korang nilai cerita ni, jalan cerita ni. Sepanjang cerita ni, ada babak-babak yang dikatakan diketawakan oleh budak-budak ketika tengok wayang, tapi time aku tengok filem ni, takde babak pun yang bagi aku lawak. Then, it depends on how you interpret the film, camne korang berfikir tentang kerosakan akhlak anak-anak muda zaman sekarang. Nak tengok cerita ni, dah ada punkat Youtube. Pi cari.

Akhir kata, kepada bakal ibu bapa diluar sana yang seusia ataupun lebih, jangan pandai buat anak je, didiklah anak mu dengan kasih sayang dan didikan ISLAM sehingga mereka dewasa . Yes, sehingga mereka dewasa, sehingga mereka mampu untuk mencari duit sendiri dan tinggal berasingan. Selagi mereka tinggal bersama, selagi tu mereka dibawah tanggungjawab anda. Peace yo !

P/S klik link Nuffnang eh kalau anda baik hati :P