Thursday, September 8, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [ Part 1 - Mataram ]

Jumaat 26 Ogos 2016

Flight AirAsia AK306 KUL-LOP 1530-1845

Jam dah menunjukkan jam 1 ptg. Aku masih belum tiba di KLIA 2 sebelum berlepas ke Lombok pukul 330 pm. Saudara Tengku telah menghantar ayah aku dan diriku ke KLIA 2 .Aku memohon pertolongannya. Dalam whatsapp group dah bingung dengan ke'clumsy'an Amin (Boboi) . Dengan phone tertinggal dalam kereta la. bas lambat. Terpaksa naik ERL dari KL Sentral ke KLIA 2. Hamek kau. Mahal gila. Dah sampai airport, shades baru dibeli di Decathlon pulak tercicir. Xpe boi, kau still jambu tanpa shades tu  hahaha Kami dah sedikit lewat dari masa check in. Dinasihatkan la untuk kawan2, makesure 2 jam sebelum flight anda, anda dah pun berada selepas pemeriksaan kastam. Better dari segala mala petaka. Yes. ada cerita tersendiri dari group kami keesokan harinya.

Flight dari Malaysia ke Lombok mengambil masa lebih kurang 3 jam. Flight sedikit delay. Sikit jela tapi. Dan dari Malaysia pada harini cuma kami bertiga, saya, Amin (Boboi) & Amin (Ameng). Kami telah sampai lebih kurang pukul 7 pm.

 Di Lombok, waktunya sama seperti Malaysia kerana GMT nye masih sama, tapi suasana matahari terbit dan tenggelam lebih kurang Sabah , awal sejam. So gambarannye, pukul 6 lebih dah maghrib . Dalam flight lagi dah nampak kelibat Puncak Rinjani mungkin, megah mencucuk awan di langit.

Rinjani ke tuww



Punyelah gamble sampai hotel pun tak booked. dah la malam nie, kalau takde hotel, maunya tidur masjid :') Tapi plan kami memang nak ke Mataram as Mataram nie kira town yang besar jugaklah di Lombok. So, after keluar je dari airport, memang banyak ulat2 teksi or personal car yang tunggu. Just korang kena tau la rate sebenar ke tempat yang dituju. Kalau nak jimat lagi, boleh cuba naik bas. Bas ke Mataram from Airport lebih kurang IDR 25K sahaja. Tapi duration journey tak tau. Kami decide ambil je Pak Dedey as our Supir sebab dah malam and kami dah penat.

Airport - Mataram ( IDR 150K untuk 1 Avanza dan 1 way) - 45 min to 1 hour
So sorang dalam IDR 50K  la

Then kita kena bayar jugak parking diorang kat airport tu - IDR 6K/3 - IDR2K

Yang nie dibayar bila nak keluar dari airport je, kalau masuk tayah bayar ye guys.

We decide naik avanza je. After melantak di kedai depan airport. perut yang telah berbunyi di dalam flight lagi perlu disuapkan.

Bakso & Air Epal - IDR 27K

Perjalanan ke Mataram begitu smooth sekali, mungkin dah lewat malam. tak banyak kenderaan pun. Mata meliar mencari kedai2 outdoor since Pak Dedey tidak tahu kedai outdoor tu ape . sedih bangat deh. OTW ke Mataram, dia bawak kami ke 1 kedai souvenier SASAKU namanya. recommended. tapi kami lom berfikir nak membeli belah lagi since ni hari pertama kami di Lombok. Tunggu last2 la baru beli bebb.

Jalan punya Jalan, then ternampak 2 kedai outdoor which are Eiger and Petualang Outdoor . Gitulah kot namanya. Survey2 sajo. serius murah gila barang dia. Korang kalau yang tak cukup barang nak ke Rinjani tu, boleh datang sehari awal before expedition, singgah kat Mataram nie, semua brg boleh dapat :)



Then , tak lengkap hidup beb kalau takde internet. Ajak jugak Pak Dedey pegi kedai telefon, nak beli simkad. We chose SIMPATI @Telkomsel. Orang cakap yang nie okey, kalau beli XL pun okey guys. kat Plawangan Senaru dapat line bebb. Semua jadi antisosial kejap.

Simkad SIMPATI 4GB Internet - IDR 60K 

Then dah beli simkad, barulah cari hotel2 yang murah. banyak jugak yang dah full kat Mataram nie. Penuh dengan orang Malaysia je mungkin. Kat airport jugak tadi terjumpa member UIA, member pernah hike sama dulu, geng2 HIKERSKENTAL pun jumpa. Alhamdulillah, jumpa hotel yang ratenye okeylah. FYI, rate hotel sini lebih kurang je. From IDR 150K -IDR 300k. so kalau nak backpackers tu, boleh dapat yang murah lagi la. nie hotel bro. haha

Hotel Handika 2 single bed with WIFI - IDR 240K / 3 - IDR 80K

Dah setel mandi rehat kejap, bosan lah duduk bilik sajo. Kami telah berjalan di sekitar hotel, pegi IndoMaret which is lebih kurang macam 7E la kat Malaysia. Convenience store. Nak beli sedikit snack2 ringan untuk XPDC RINJANI esok. Tapi last2, hanya beli NutriSari. haaa, korang tau tak NutriSari tu apa? hmm lebih kurang macam air oren laa. tapi dalam bentuk serbuk and it acts like ExtraJoss la. 2 sachets jugaklah diperlukan untuk sebotol air mineral 600ml tu.

NutriSari - IDR 16,300 (10 sachets)

Balik dari IndoMaret, perut pun berbunyi lagi. Tapi aku memilih untuk tidak makan sebab dah nak tido beb. Tak sempat proses makanan kang :P Yang lagi 2 orang memilih untuk mencuba Ayam Taliwang which is among the famous food in Lombok. Ayam dia sedikit kecil tapi dilumur dengan cilipadi. Fuhh berapi beb. Serius.

antara menu yang terdapat di kedai ni. harganya antara termurah yang aku jumpa di lombok



Lombok tu sendiri dah bermaksud Cili. So, beware la ye dengan masakan pedas merekaa. Kalau diorang cakap tak pedas sangat tu, tipulah weh. semuanya dustaa. haha

Then , malam pun melabuhkan tirainya.. esok hari shopping bagi aku. sebab nak beli glove sejuk dengan gaiter. dah survey2 tadi. boleh membeli sikit2.


Perbelanjaan Hari Pertama 

1) Transport to Mataram - IDR 50K
2) Tiket parking - IDR 2K
3) Dinner - IDR 27K
4) Simkad - IDR 60K
5) Hotel - IDR 80K
6) NutriSari - IDR16.3K

Total = IDR 235.3K ~ RM73

# 1st day memang tak banyak gambar lagi since kami sampai pun dah malam :')

Pesanan Penaja :- Jangan lupa klik iklan Nuffnang ye :P

Wednesday, July 13, 2016

GUNUNG NUANG VIA PANGSUN @ HULU LANGAT

Assalamualaikum.

Before ni saya ada share tentang Gunung Nuang via Janda Baik. Kalinie dari Hulu Langat pulak or orang panggil via Pangsun.

now nampak mcm dah kaler lain haha


Trek nie memang terkenal dengan azabnya. kebanyakan yang nak ke Gunung Kinabalu akan training disini. Bagi saya, trek dia best. sesuai lah nak training. hati kena kental. semangat kena kuat. even newbie pun boleh sampai kalau ada dua benda yang saya cakap tadi :)



Pergerakan agak lewat. 850am baru nak start. tu pun sorang2 after kawan2 cancel nak buat trip gila tranverse Nuang. inshaAllah nextime :) untuk pengetahuan, anda dikenakan bayaran RM2 untuk permit memasuki kawasan Gunung Nuang nie. ada pegawai yang akan jaga dibawah. so senang, tayah nak buat surat or wang pos ke kan :) mula2 hike sorg, sampai la nak sampai Puncak Pengasih, join ada 2 orang 1st time naik Nuang. join diorg sampai peak dan turun ke Lolo .

Entrance - Kem Lolo 

dari entrance ke kem lolo, anda akan melalui trek yang agak besar dan luar. orang panggil trek balak. lagi2 now dah bersimen smpai lebih kurang ke CP1. perjalanan dari entrance ke kem lolo adalah sejauh 5km++. trek roller coaster. pada mulanya, banyak menaik, memang semput. dah tengah2 trek lebih kurang camtu, trek lebih banyak menurun dan landai daripada mencanak. kalau nak save masa, boleh berlari2 anak menuruni bukit dan kawasan landai. Kem Lolo sangat luas. kat sini ada waterpoint sebab memang dikelilingi air terjun dan sungai2 yang menyamankan :)  ramai orang kalau nak naik nuang santai, akan camsite disini sambil layan air terjun.







trek balak yang dimaksudkan







kem Lolo

kem Lolo

Empangan kecil lama


Kem Lolo-Kem Pacat

Penyiksaan trek Nuang start dari sini. trek terus menaik dan menaik dari sini sehingga ke Kem Pacat. kalau hari sebelumnya hujan, maka beware la dengan tanah-tanah lembek di sepanjang trek dari kem Lolo ke kem Pacat. di Kem Pacat ada waterpoint, tapi dinasihatkan tak perlu pergi diatas sebab kejauhannya untuk sampai ke waterpoint tersebut. jauh menyimpang dan merbahaya. Kat Kem Pacat nie pun boleh buat campsite. kawasan amat luas. kalau nak bergambar dengan akar yg besar gedabak melilit pokok tu, kat kawasan nie la :)




kem pacat. agak luas kan? :)

kem pacat


Kem Pacat - Puncak Nuang

Penyeksaan trek Nuang diteruskan. trek terus menaik. ada kawasan yang sedikit menurun di sini. after Puncak Pengasih kalau xsilap saya. Puncak Pengasih adalah Puncak tipu. kalau anda melalui puncak nie nanti, anda akan nampak satu lagi puncak berhadapan anda, tulah puncak Nuang. haha harap mental anda kuat. dah turun ke kawasan lembah, akan menanik balik sampai ke Puncak Nuang. Kalau hujung minggu, memang ramai la kat peak nie. yang ada siap bawak tembikai lagi. thumbs up . masa saya pergi haritu, tak ramai yang naik. so xdelah sesak peak nie. dok lepak kat peak layan sejuk dingin angin. tapi serius sejuk . kepada yang tak tahan sejuk, boleh bawak windbreaker ye. kalau tak bawak, memang kesejukan la anda, hehe






Puncak Pengasih, dalam 20-30 minit lagi before Peak Nuang

and dalam pukul 1 lebih camtu, kami decided nak turun la lepak-lepak di air terjun sg Lolo. kan saya ada bagitau, saya join ada 2 orang, sorg laki dan sorg perempuan. lupa nama mereka Ya Allah. dah amek no laki tu, tapi xtau save mane, kalau bro tu perasan post saya nie, mohon contact balek ye. 2 org nie datang 1 grup dalam 6 org camtu. yang lain xsmpai peak, sampai kem pacat je. 1st time mereka hike Nuang. inshaAllah nextime kena sampai ye bro2 sis2 sekalian :) yang lain after tu lepak lolo. thank sediakan air teh and sedikit makanan jugak.

otw turun ke entrance, kat pondok2 tu banyaklah tong sampah. and now saya masih terfikir, ada lori sampah naik atas ke pick up sampah2 tersebut. for me, tak patut sediakan tong sampah. dah nak sampai pun still buang kat tong tu. ape salahnya bawak sampai bawah. cuma nukilan dari isi hati ini.






Itinery Nuang Via Pangsun

Entrance 850am
Kem Lolo 950am (rest 5 min) 955am
Kem Pacat 1050am (rest 10min) 1100am
Puncak Pengasih 1140
Puncak Nuang 1210 (rest lepak) 1315
Kem Pacat 1415
Kem Lolo 1500 (main air) 1630
Entrance 1745


Jangan lupa klik iklan tu yee :)