Friday, August 25, 2017

AKINABALU - PART 2

Hari 1
6 Ogos 2017

Pagi yang cuacanya damai setelah hujan lebat menyembah bumi malam tadi terpaksa kami harungi. serius, tak nak bangun beb. tak nak. lepak bawah comforter jela. haha

kami dikehendaki bangun seawal jam 430 am untuk bersiap solat subuh and siapkan lah pakaian2 yang mana nak dibawa naik dan yang mana nak tinggalkan di bawah. Pagi ni, jelas kelihatan kemegahan ciptaan Allah swt gunung kinabalu di belakang homestay kami. fuhh merecik hawau.



Tips 1 : Asingkan pakaian yang nak bawak naik and baju bersih daripada malam tadi lagi. supaya anda tak kelam kabut pagi tu and rasa malas nak kemas dek kerana kesejukan melampau. bawaklah 2 beg. Senang. Yang baju bersih tinggalkanlah di dalam kereta or sewa locker kat Sabah Park nanti

Sarapan disediakan ringkas oleh Gogo iaitu roti dan jem kaya. sekadar alas perut boleh. bagi yang dah biasa makan berat pagi2 tu, memang terasa la kelaparannya. boleh juga menyinggah dimana2 kedai sebelum ke Kinabalu Park nanti.

dalam jam 7 pagi, kami telah pun bertolak ke Kinabalu Park untuk menyelesaikan urusan pendaftaran and sign declaration form juga. di area pejabat ni pun, banyak lagi view point cantik2 yang korang boleh snap sekali dua untuk kenangan ;)




registration here bebeh
 okey, selesai pendaftaran, kami diberi sedikit briefing ringkas sebelum bertolak, mengenai barang2 yang perlu dibawa and tidak boleh dibawa ketika pendakian. contohnya macam drone. This is not drone zone ya ! sorry guys. kalau tak, banyak dah video2 superb yang boleh korang tengok di Youtube. Then, kami bergerak menggunakan kereta masing2 ke pintu Timpohon.

pintu Timpohon

Mt Kinabalu Internation Climbathon 2016 Record.

Tips 2 : Yang mana malas nak bawak tongkat (Hiking stick) dari semenanjung, boleh just sewa kat sini. rasanya harga dalam rm10-rm20 macam tu.

Briefing diberikan kepada para peserta sebelum start mendaki. banyak juga info yang baru kami tahu sebelum naik ni. antaranya :-

1) porter - 1kg =RM13, and minimum 10kg. Even korang dah tinggal 1 km nak balik nanti, and tak larat bawa beg, still same price.

2) porter angkat orang - 1km = RM500.

3) mengenai check out time
    cut-off time untuk sampai Laban Rata - 4pm
    cut-off time untuk sampai pondok Sayat-Sayat - 5am
    cut-off time untuk sampai puncak Kinabalu low's peak - 7am
    check out time untuk Lemaing Hut kami - 1030am
     cut-off time untuk sampai balek ke pintu Timpohon - 4pm. every 1 hour = RM15 for each guide.

okey, nanti korang layan gambar jela eh. takde ape sangat nak diperkatakan. jalan slow-slow je. sampai awal, maybe korang dapat rest awal. tapi rugilah dok memerap kat bilik je.

kami start lebih kurang jam 845 am. dan aku sampai dalam pukul 315pm. haha memang slow. sampai laban rata, boleh chill kejap, mandi. alhamdulillah, hut kami ada bilik air yang ada heater. tapi kalau dah ramai2 guna, memang tak rasa sgt panas dia. dalam pukul 4pm, boleh ke cafe laban rata. pukul 4pm baru bukak. so just nice la time tu.

Tips 3 : Jalan slow-slow ikut pace sendiri. jangan risau. ada sweeper yang menunggu. letak cut-off time sendiri. perjalanan dari pondok Timpohon - Laban Rata = 6km. so bahagikan equally. jangan terlalu cepat and jangan terlalu lambat. ni boleh kurangkan risiko anda kena AMS. bye-bye la kalau dah kena AMS tu. selain tu, jalan jela slow-slow layan view. bukan selalu datang kan hehe


waterfall ni awal-awal korang dah jumpa


dilah tido ke tuw

porter-porter Laban Rata ni




selepas darpada Pondok Layang-Layang




dengan guide2 kami








geng kete sampai lewat


tandas untuk pondok terakhir, lebih kurang 500m ke Laban Rata

300m to Laban Rata



kejap je dia belanja vieww, malu letuww

kalau dah kawasan camni, memang dah dekat sangat dah dgn Laban Rata





pembinaan yang sedang dibuat , on the way ke Laban Rata

masih dalam pembinaan

maybe viewpoint? 




Cafe di Laban Rata


Too many pictures to put into my blog. haha memang banyak sgt weh. so aku letak jela randomly.
and aku sampai Laban Rata pun dalam pukul 330pm. FYI, cafe laban rata open for dinner buffet, jam 4pm. so agak nice la timing aku sampai. Sampai laban rata, kemas-kemas baju, bersihkan badan solat sekali, baru pi makan. buffet tuu. Kambing pun ado hehe. tapi masa makan tu, adalah aku terfikir, jangan pagi esok perut buat hal dah la. hahaa

Lepas makan, pi la dataran bawah tu, layan view awan karpet , sunset yang sangat cantik and also background Gunung Kinabalu kenot be resist bro. haha memang so amazing.

Lights off at 8pm. so pi la nak buat pape yang korang nak after dah gelap tu. haha lepas ambil gambar beramai-ramai, ada yang balek dorm, sambung tidur, ada yang pi balek cafe nak makan lagi kan. tapi for me, time ni la nak lepak-lepak dengan kawan, layan view layan sejuk. haha ape barang tidur awal :P aku tewas jam 8 lebih sebab mata takleh tutup haha kami dikehendaki bangun seawal jam 2 pagi sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada jam 3 pagi. Mampukah kami bangun bangkit ? sama-sama kita saksikan.

oh ye. Malam kami di Laban Rata, hujan lebat teruk. tapi masih awal. doa tak berhenti memohon rezeki untuk sampai ke Puncak Kinabalu, yang telah kami plan setahun yang lepas. tapi yelah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Shaf pun demam malam ni. beliau menyatakan yang tidak mampu ke puncak esok. takpe, tidur dulu, kita tengok esok pagi camne bro.

Tips 4 : Makan actifast sebelum tidur. Bolehlah kurangkan risiko AMS masa nak naik esok. ni incase kalau tak sempat or tak jumpe ubat AMS ni. ada je jual kat farmasi .


bro 2 orang ni termakan hasut aku. rasanya insaf dah diorang haha





skuad Kinabalu 2017 :)

makcik-makcik

minum sup sambil layan view. peh






okeyy. tamatlah sesi pengembaraan anda bersama gambar-gambar saya. haha nextyear nak organize pi kinabalu dalam bulan 9 and 10. jom meh pm sini hehe

andd, jangan lupa tekan link-link iklan tu eh. bukak kat laptop tu, tekan je hehe bukan virus pun hewhew

Thursday, August 17, 2017

AKINABALU - PART 1

Hari 0
Sabtu 5 Ogos 2017



Flight dari KLIA 2 sedikit lewat berlepas daripada lapangan namun tetap sampai tepat pada masanya di KKIA . kata Dhal, flight kami sedikit laju haritu.. hmm Fuh debaran kian terasa. Mana benik? Keluarnya kami dari pintu airport sambil mengusung beg besar gedabak dibelakang mencari Benik. siapa Benik? haha dia organizer untuk trip kalini, sebab aku pun malas and tak reti organize trip seberang laut ni. Benik adalah founder bagi OHANA.



okeylah. lupakan pasal Benik. pape nak tau pasal Benik, boleh pm. haha now kita sambung pasal trip Kinabalu ni. kawan aku , satu foundation dulu, kerja as technician @ engineer MAS ni kat Sabah, alhamdulillah, makan tengahari berlaukkan Nasi Ayam Penyet telah dibelanja beliau, thanks EE ! hehe lupa nak selfie bersama, lama betul tak jumpa dia..

okey seterusnya. kami telah diberi sekumpulan seramai 5 orang satu kereta iaitu aku, ajes, ochok sama flight pagi tu. Aye sampai sejam kemudian , manakala syuk sampai dalam pukul 12pm camtu. so sementara tunggu Syuk, dapatlah aku grab udang kering and sotong di Pasar Filipina kiriman bonda di semenanjung. pastu sambil usha2 pakej snorkeling di beberapa pulau di Jesselton Point sebab plannya memang nak pegi pulau after turun Gunung Kinabalu nanti. Pakejnya dalam RM80 siap semua untuk 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.

abg ni pakai long sleeve sebab dalam flight sejuk, tapi kat luar panas haree


Selepas pick up Syuk kat airport, kami pergi ke Masjid Terapung. Sebab Syuk kelaparan. nasib baik masa ni otak dia dgn badan still sync properly. Haa, dapatlah menghirup ABC Kelapa yang agak famous kat kawasan ni. go try it guys ! harga dalam RM6-RM10. Boleh google eh. kat semenanjung pun ada :P then usai solat Jamak Ta'dim, sekitar jam 4 petang, barulah kami berangkat ke Mile 36 Lodge iaitu penginapan kami untuk malam ini yang sudah dimasukkan dalam pakej kami di Kundasang.

gambar ihsan En Google


Perjalanan dari Kota Kinabalu - Kundasang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam dek kerana jalan yang berliku-liku dan juga berbukit. jadi make sure kereta sewa anda mampu untuk bergerak power menyusuri jalan-jalan berbukit ke Kundasang.

Hujan renyai bersama kabus menemani perjalanan kami pada petang itu. agak bahaya jalan kerana jarak pemandangan yang terhad. nasib baik abam ajes baik memacu kenderaan persona sewaan kami. hiks lebih kurang jam 6pm, kami sampai ke Homestay kami dan beberapa kereta lain sudah pun sampai kecuali kereta group muhsin dan adiknya bersama pasangan baru berkahwin dan haikal. Part 2 aku list down sorang2 participants untuk trip kalini.



Pada malamnya, ada sesi briefing oleh Benik mengenai tentatif pada hari esok dan seterusnya. dimulai dengan sesi ice breaking. majoritinya dah ku kenal. cuma segelintir kawan baru yang akan bersama perit duka *acah menawan Kinabalu nanti hehe

Makan malam dimasak oleh Benik dan crewnya.

Nasi briyani + ayam masak merah + acar nenas kot namanya. alhamdulillah perut terisi untuk bekalan pada malam itu.


makan malam disediakan , dimasak oleh Benik, syuk paling banyak tambah


haa yang dok atas kerusi tulah Benik

malam kami diselebungi cuaca sejuk dan hujan renyai2 belaka. dianggarkan suhu serendah 13-15c di kawasan kundasang ni. ala-ala Cameron Highland pada suatu ketika dahulu ! sekarang Cameron pun dah panas boh. Nasib baik abam TNB berjaya menyambungkan kembali bekalan elektrik di homestay lelaki.

haha okey, end part 1. korang tunggu part 2 & 3 yang padat dengan gambar2 hehe baibai

p/s jangan lupa tekan link iklan tu eh ;)