Tuesday, May 10, 2016

TRANS JERGING - HIDDEN MOSSY FOREST - PART 2

 Assalamualaikum..




Yezza. This was our sunrise view on the Peak of Mt. Irau. Cantik gilaa. And korang boleh tengok and lihat route V1 kat belakang tu. Start daripada kiri, Chuban, Puncak Korbu, Puncak Gayong, and Puncak Yong Belar. Sebenarnya boleh nampak juga Puncak TokNenek, tapi tak sempat snap :P

Suhu malam direkodkan sekitar 15-18c. tak sejuk sangat sebab tak hujan. Alhamdulillah. View pagi sunrise pun amat lawaaa. walaupun tak dapat view di Puncak Suku semalam, dapat jugak view cantik nie di Puncak Irau. recommended untuk camping di peak just kena pikul air dari bawah la. haha






13 of us. padu2 masing2

Start bergerak turun around pukul 9 after perbincangan hangat malam sebelumnya. tengah dok syok2 tengok sunrise, terdengar suara2 manusia yang sedang perjalanan naik ke Puncak Irau. Segeralah berkemas , angkat segala baju2 yang disidai merata2 puncak Irau. kang orang lain nak amek gambar pun tak cantik kann. Gunung ni kan untuk semua orang :)

Disebabkan Puncak Irau sangatlah tinggi, untuk ke puncak Yellow, trek kebanyakannya menurun, tapi roller coaster gak la. sekejap naik sekejap turun, tapi lebih banyak menurun la kan. 





Along the trail from Irau ke Yellow, Mossy dia superb beb. haha lebih kurang trek biasa  ke Puncak Irau , just belum tercemar dari sampah2 hipster Gunung. Laluannya agak terpelihara, no lecak2, selut2 bagai macam jalan kat sane tuu :P  Lumut2 kat tepi2 trail pun, masyaAllah, cantikk. Sambil melayan pewai, boleh lepak tepi karpet lumut tuu. ouh, btw, kita akan melalui batu2 sempadan sepanjang trek ke Puncak Yellow. trek agak jelas, still banyak laluan2 lain, tapi sudah ditutup. terima kasih yang menutupnya :)



Kami berhenti rehat di BH5 dimana kami dah boleh nampak tamadun2 manusia. haha view berlatar belakangkan kebun sayur. rasanya nak keluar je terus dari trek, tahan lori sayur dan balik. haha tapitak lengkaplah trans jerging kann. Tapi kalau dah nampak BH5 nie, kejap je dah smpai Peak Yellow. So sabarlah ye



tu dia BH5


Jalan beberapa minit, maka sampailah ke Puncak Yellow . Alhamdulillah. Keluasan Puncak ini, boleh menampung lebih kurang 30 orang dalam satu2 masa. lebih kurang la. pandai susun boleh lebih lagi. sini banyak jalan2, and jalan ke Puncak Pass tidak ditanda. harap kalau nak pegi tu, boleh berguide la ye. senang papehal. tayah susahkan orang lain bila dah sesat. pelajari ilmu hutan, jangan memandai2.

and Puncak Yellow nie takde signage ye nak bergambar. haha

Puncak Yellow

Setelah dalam 20minit bergambar berehat, kami pun meneruskan perjalanan ke puncak terakhir dalam xpdc kami kali ini iaitu Puncak Pass. Haa, dari Yellow ke Pass nie sumpah rasa jauh. haha trek roller coaster, Again. sakit hati beb. layan jela sambil dengar lagu borak2 dengan orang depan walaupun dia tak layan. haha. Kami lunch di puncak tipu. kecik je puncaknya. tak sempat bergambar pulak kat puncak tipu ni. dapat nasi beriyani kambing time ni pulak. pehh. walaupun brahim, kambingnya tetap rasa. haha dah kenyang, rasa ngantuk lak. ehhh, gua tak nak keluar malam beb. hahaa

setelah 3jam ke 3 jam 30minit berjalan, akhirnya jumpalah simpang ke Puncak Pass. si Daus, Ben dah dok lepak kat simpang, dah 1jam katanya menunggu hahaa power beb diorang. letak beg,

"mana puncak pass nye? " syimir
   
       " tu dalam tu, kalau kau rasa nak pegi2, pegilah. tapi takut kau sedih. hahah. 3 minit masuk dalam"  daus

masuk2, gua nampak si diana dengan billy lepak, dan gua tanya balek, mane signage nya?

tu diaaaa....


nie la signage Puncak Pass. jangan sedih ye kawan2

simpang ke Puncak Pass, ditutup sebab tak nak bagi orang sedih
di puncak pass. sangat sempitt

Setelah puas sangat bergambar di puncak Pass iaitu puncak terakhir di XPDC kalini, kami turun ke finishing point. tak jauh pun dari simpang ke Puncak Pass.20 minit boleh sampai. nampak je batu2 bertulis "SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLAND " tuu.. ya Allah, lega rasanya. Alhamdulillah. syukur. XPDC kalinie berjaya dengan semua anggota selamat.





weolss berjaya, anda bila lagi? :)


ini cuma GPS punya measurement, tak masuk elevation gain and loss , tak kira jugak turun naik brape jauh


LOG 2ND DAY

PUNCAK IRAU 910
CP BH5 1140
PUNCAK YELLOW 1200 
BERGERAK DARI PUNCAK YELLOW  1220
PUNCAK TIPU 1400 
BERGERAK DARI PUNCAK TIPU  1425
PUNCAK PASS 1555
BERGERAK DARI PUNCAK PASS 1612

FINISH 1627

Tuesday, May 3, 2016

TRANS JERGING -HIDDEN MOSSY FOREST- PART 1

Assalamualaikum

Entry kalinie pasal Trans Jerging April lalu.

Ape itu Trans Jerging?
Trans Jerging meliputi 4 Gunung iaitu Gunung Suku, Gunung Irau, Gunung Yellow, & Gunung Pass

Macam mana dapat nama Jerging? xde pun nama Gunung Jerging kannn...
Nama Jerging berasal dari salah satu sungai di laluan trans nie iaitu Sg. Jerging

Biasanya, orang akan buat 3h2mlm untuk trip trans jerging nie. tapi bagi aku 3hari amatlah santai. Ini maybe dulu2 punya trip yang besar kemungkinan disebabkan trek yang perlu menebas. now dah boleh buat 2h1mlm, tapi depends on stamina masing2 untuk meneruskan perjalanan ke satu2 campsite.

orite. Trip kalini terdiri daripada 13 orang termasuk sorg guide, DAUS. geng kalini memg padu. semua berdesup je. aku macam biasa sweeper tak berbayar dengan qoy. kami berkumpul di RTC SIMPANG PULAI dan bergerak dari sana pada pukul 4 pagi ke Kg. Raja. Sampai di Kg. Raja, park kereta, naik 4-wheel turun ke starting point Gunung Suku yang jaraknya 30 minit menaiki 4wheel dr Kg. Raja. Selesai solat di starting point Gunung Suku, pendakian dimulakan dengan bacaan doa demi memberkati perjalanan kami kali ni.

< DAUS(GOGO & GUIDE), BEN, JEN, FARIS, FAKHRUL, BILLY, FATTAH, QOY, SYIMIR, AIN, DIANA, ALIA, FATIMAH>

boleh nampak longgokan pasir kat situ. tulah entrance suku



Pendakian  dimulakan seawal pukul 7 pagi. start2 dah layan pacak sampai ke puncak Gunung Suku. Tak tipu. Serius kejam. Eloklah warm up betul2 sebelum mendaki. Pace manusia biasa ke puncak Suku adalah dalam 3 jam ke 3 jam setengah. kalau laju, memg lagi awal. ni dengan bawak load nya, azab gak la. kami berehat di kawasan waterpoint demi melepaskan lelah peluh menitis ke bumi. dapat 5 minit jadilah. selepas waterpoint, anda akan berada di kawasan sedikit lembah dimana tanah runtuh berlaku.






rasanya, Gunung Suku ni tak lama lagi lesap la sebab sekarang pun dah berlaku tanah runtuh dari puncaknya. kepada sesiapa yang teringin nak menyaksikan kecantikan view di Gunung Suku, boleh cepat2 ya. malangnya, nasib kami kali nie agak malang pabila awan tebal telah memenuhi ruang udara di sekeliling puncak Suku. Dari sini, kita boleh nampak trek V1 (Yong Belar, Korbu, Gayong)

Boleh layan video youtube kawan saya : YYBTN + SUKU




PUNCAK GUNUNG SUKU



Pendakian diteruskan dan targetnya lunch di kem Bear which is adanya waterpoint di situ. dari puncak suku, laluan agak sempit dan tidak jelas. banyak laluan2 yang bercabang di sini dan dinasihatkan untuk membawa org yang berpengalaman la untuk mencuba trek ni. Cuaca pun panas, laju jela semua hike. perjalanan mengambil masa selama 3 jam pace sweeper. haha sebab aku sweeper. Kem bear boleh dimuatkan maybe seramai 20-25 orang satu2 masa. cool and aman damai je kem bear nie. watersource pun agak kecil. air bekalan dibawa ke puncak Irau disebabkan tiada watersource di puncak Irau. mohon bertabah pikul air. Lunch pack dibuka disini. boleh pack lunch siap2 dari RTC Simpang Pulai. kalau tak, bawak maggi pun okey :)





dah kenyang, dah solat siap2, kami bergerak ke Puncak Irau lebih kurang pukul 245. around the trail, mossy dia terbaik bohh. haha sangat cantikk :) nak tengok gambar ? tak dapatlah jangg hahaa masa awal2 start hike, dah dengar dah bunyi dentam dentum. bukan bunyi mercun tau, tu bunyi guruhh. haha pace dilajukan, dari kem Bear, estimate dalam 2 jam ke 3 jam dah boleh sampai. namun, hujan telah turun dengan lebatnya mencurah2 ke bumi. tak expect langsung cameron hujan walhal kat kl melaka panas bukan main, grrr

ada satu tahap tu, sampai kami terpaksa stop hike and lepak bawah fly. tapi fly kecikk :'( hahaa takpe, palstik sampah ada. masing2 cari tempat berteduh. bahaya jugak trekking time guruh petir ni, risau disambarnya. lepak di satu tempat tu, lebih kurang 30 min. suhu dicatatkan 16c. sejuk weh dengan angin2 nya lagii..





rasa2 hujan dah reda, perjalanan diteruskan dan akan melalui kawasan permatang. aku suka lalu kawasan permatang nie sebab kita akan nampak view sekeliling bila pace santai nie :) sebenarnya pun, pace kami agak laju tapi santai. lepak kat certain tempat tu bukan main lama lagi, tu yg sampai lewat. berborak, bersosial tanpa fon di tangan ;)

sempat berborak bertanya pengalaman masing2

dah puas sejuk2 kat bawah fly, guruh pun kian reda, kami meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Irau. komfirm sejuk weh peak after hujan ni. perjalanan agak mendaki dan makin slow dek pakaian yang basah. hujan renyai terus membasah bumi. lebih kurang pukul 645 aku sampai ke Puncak Irau sebagai orang terakhir aka sweeper dalam group nie.





LOG TRANS JERGING DAY 1

ENTRANCE 7AM
WATERPOINT 830
LEMBAH, SIMPANG KE  KIRI BAWAH 850
SIMPANG BELOK KIRI 10AM, MASUK PERMATANG
PUNCAK SUKU 1015

PUNCAK SUKU 1050
KEM BEAR 1320
GERAK DARI KEM BEAR 1445
PERMATANG 1530
PUNCAK IRAU 1845