Wednesday, June 22, 2016

#projekredahThailand DAY 5 HATYAI

sekejap je dah sampai hari last…
yeah. kami sampai di Hatyai Train Station pada pukul 400am. alhamdulillah, dah terang train station nie. FYI, dari train station inilah yang akan kami naiki ktm ke KL. pagi2, dah sampai.. hmm nak buat pe eh??
disebabkan masih mengantuk, kami cari surau untuk melelapkan mata. namun, suraunya amatlah kecil. jadi kami lepak luar jelah sementara menungu subuh.
dah selesai subuh, maka merayaulah kami di train station tu, mencari luggage storage.
sekali lagi masalah pertuturan bahasa berlaku. ada jugak segelintir rakyat2 thailand nie yang tidak faham English. cakap2, buat dek je haha masalah betul. tapi simple je. ada je yang pandai berbahasa English. dah setel semua, perut pun lapar. ouh ye, alhamdulillah, masa di surau tadi, adalah berjumpa dengan sorang pemuda Thailand, berasal dari pattani kalau tak silap lah, tapi fasih berbahasa Melayu dialek kelate. Dia ada bagitahu la, warung sarapan yang best di Hatyai nie:)

Jpeg
harga berpatutan:)

kami menaiki tuk2 ke warung tu. dalam 15minit perjalanan. sebab awal2 nie tak tau sangat jalannya walaupun saya dah sampai 2 kali di Hatyai ni. haha . breakfast kat sini lebih kurang Malaysia gak. dapatlah layan roti canai 2 keping. sebab dah kekurangan duit gak masing2 haha. usai je breakfast, still masih awal. shopping complex pun belum bukak ni. nak naik tuk2, costly jugak. so kami decide just tanya orang2 tempatan how to go to Lee Garden Plaza. agak jauh dari warung kak sah ni. tapi takpe, just walk and mingle around hiks:)
20160131_080235

jumpa mana2 hotel, just ask for the map. yeah. baru traveler guna map jalan2. haha. alhamdulillah, sampai jugak Lee Garden Plaza. namun, mall nya masih belum buka. pukul 10 baru buka. yeah, kami melepek jela di situ. ada juga kedai souvenier depan tu. boleh beli dengan harga murah. compare to Krabi & Phuket, Hatyai lebih murahnya barangnya.
Sementara menunggu mall nie buka, dengan berpandukan map, adalah few tourist spot yang menjadi tarikan. ada pasar apa tah, like pasar siti khadijah di kelantan. jual bahan mentah and kain2 baju2. just walk around. kalini memang dah menjadi gelandangan beb. hahaha.
actually, Hatyai ada few attraction yang okeylah untuk dilawat. just quite far from town. such as Samila Beach, floating market, aquarium, and elephant trekking. tapi sebab semua dah hmmm, paham2 la ye. haha tapi takpe, Hatyai tak jauh dari sempadan Bukit Kayu Hitam, rasanya dalam 2 jam perjalanan kereta. boleh pegi lagi nextime guys:)
then kami pergi balek ke Lee Garden Plaza. jalan2 dalam mall, and lepak McD. cari wifi haha pishang agaknya. trip student la katakan. budget tak banyak. hihi. around 12 tghari camtu, kami carilah jalan pulang ke Hatyai Train Station. sambil mencari kedai2 makan halal. di Hatyai, lebih senang nak cari kedai makan halal. lapar gila weh. haha tengok menu pun lama. mencari yang kena dengan budget and plan nak habiskan semua duit Baht yang ada before balik. time makan, senyap jee.. krik2, khusyuk dan menikmati setiap butir nasi yang ada. time ni, setiap 10baht bersamaan RM1 la lebih kurang, begitu berharga beb. kalau hutang 10baht tu  macam hutang RM10 hahaa, boleh buat bergaduh.

20160131_121839.jpg
datuk2 khusyuk makan tak perasan orang snap pic

IMG-20160202-WA0021
gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati
tapi gegurls nie belum makan dah nampak happy.. hmm hahaa always be happy ye guys:)
dah kenyang semua, moh la kita balik ke train station. dari Lee Garden Plaza, tidak jauh pun. dalam 10minit berjalan kaki. nak mandi, bersihkan badan semua. before meninggalkan bumi Thailand nie😦

20160131_124744
gambar2 terakhir bersama pada trip kali nie
20160131_124831
posing skit dengan tuk2 Hatyai
20160131_124937_001
hajat nak snap gambar train belakang tu, last2 muka kami je penuh

toilet mandi 20baht pun rasa mahal time ni… hahaha
ouh ye, tuk2 Hatyai agak kecil compare dengan Phuket Krabi. rasanya setiap tu lain2 saiz la. diorang takde standardize shape for tuk2 . takkanlah kami makin gemuk after few days kat thailand kan.. ye dak?
dah bersih segar semua, dah setel solat jamak, kaki tak boleh jugak duduk diam sementara menunggu train pukul 4pm. jalan2 jugaklah dekat2. pegi mall nak beli air2 mineral and snacks untuk dalam train nanti. menghabiskan sisa2 syilling yang ada. bayar kat kaunter pun duit syilling beb. haha

20160131_141156
kalau kat UIA ada ChaNom, Hatyai ada ChaPayong. gua punya paling jambu
20160131_145117
jangan salah sangka tau, nie sabun ye guys

our train depart at 4pm local time. dah selesai semuanya. selamat tinggal Thailand.thanks for giving us memories together. 5days together really bring us apart. kehulu keilir bersama, baru tau perangai masing2 macam mane kan. harap our friendship kekallah sampai bila2. gua kawen korang tak datang siaplah:)
DCIM100MEDIA
DCIM100MEDIA

DCIM100MEDIA
katil atas RM52,Katil bawah RM58 ye adik2.

sepanjang perjalanan, pulang.. kami masih berborak, bersuka ria, main pakau lagi, uno di tengah2 gerabak. bayangkanlah, di tengah2 ruang sempit tu jugaklah kami main, menggangu lalu lintas orang. hehe. view pun lawa di kiri kanan kami. gambar xberapa cantik since tingkap pun kotor. Mira telah stop di Bukit Mertajam since hari Isnin pun dia keje kot😛haha  kami sampai di KLSentral pada pukul 4am. dan pengalaman menaiki coach baring dari Hatyai ke KL best beb. selesa. just after korang turun dari train, antara syndrome2 yang korang akan alami adalah pening. mandi masa kat UIA pun nak jatuh. hahaha
sekian nukilan dari seorang rakan kepada sahabat yang lain:)
bolehlah tonton video kami sepanjang #projekredahthailand . link ti bawah ye:)

Cost DAY 5
TUK2 = 20BAHT
BREAKFAST=20BAHT
KEYCHAIN = 100BAHT
LUNCH = 100 BAHT
TOTAL COST = 240BAHT ~RM28

Thanks membaca guyss. InshaAllah ada rezeki kita travel lagi dehh :)

Janganlah malu2 nak klik link kat atas and tepi tu dehh :) tolong eh klikk hehe

No comments:

Post a Comment