7 Ogos 2017
Alhamdulillah, kami mampu bangkit pagi ni. walaupun sedikit lewat dari jadual, tapi masih boleh bergerak ke puncak. Sarapan awal disediakan pihak Laban Rata (we already paid actually, haha) . Jamahlah mana mampu. Sebab cuaca sejuk, lagi cepat perut lapar. Ada nasi goreng, mee goreng, roti, sup. Macam-macamlah. Pilih je.
oh ye. Shaf and wife cannot make it. Dia demam lagi. so terpaksa pull out from the challenge. jangan disebabkan sijil rm10.60, korang pertaruhkan nyawa korang. yes, itu kata guide kami.
Tips 1 : Bawak tupperware, boleh tapau sikit2 je, makan bila lapar nanti. ikut orang. ada yang selera nak makan masa hike, sebab fikir tenaga yang diperlukan. Ada orang memang taknak makan. sebab risau perut memulas. hehe
Okey, setelah lengkap berpakaian tebal, gloves, ear muff or buff yang boleh tutup telinga anda, jam 330 am baru kami bertolak ke puncak. Destinasi seterusnya adalah Pondok Sayat-sayat. Perlu melepasi pondok tersebut sebelum jam 5am. Jaraknya cuma lebih kurang 1km sahaja dari Laban Rata. okey, pasal ear muff tu, korang belilah yang comel-comel macam panda ke, harimau ke, sebab ia penting. Bila sejuk ni, first dia attack mesti bahagian nipis kat badan kita contohnya, telinga, jari, hidung. haa kalau telinga tu, macam nak putus dah. jangalah diusik telinga member, ada yang jatuh je telinga tu hee
sedikit briefing dari guide |
Okey, sepanjang pendakian ke Pondok Sayat-Sayat, kami telah mengharungi beratus or beribu anak tangga memacak je sampai ke pondok tu. 1km je bro. kejar timing sikit bila dah lewat camni. Alhamdulillah, sampai dalam 430am di pondok Sayat-Sayat. Sebelum pondok ni, ada la sedikit memanjat menggunakan tali. yes, aku ada risau sikit satu part tu. aku je kot yang risau. sebab keadaan pun gelap, tak nampak mana nak letak kaki, mana nak paut sangat. haha
Tips 2 : Bagi yang Muslim, bolehlah ambil air wuduk di Pondok Sayat-sayat ni. ada bilik air. tandas terakhir sebelum 1.5km ke puncak camtu. so lepaskan hajat anda semua sebelum ke puncak. Even bawak spray untuk ambil wuduk pun, believe me, korang taknak rasa kebas tangan kaki bila bukak glove and stokin otw ke puncak nanti.
Orite. Subuh memang awal kat atas ni. dalam 445am ke 5am tu dah nak naik mataharinya. Sebab aku tak ambil wuduk awal2, merana la kebas jari tangan kaki masa bukak tu. haha nasib la weh. kewajipan harus dilakukan.
lek chill. bacalah dulu. haha jap lagi aku belanja gambar je eh :P
dalam jam 615am, alhamdulillah aku berjaya ke Puncak Kinabalu. Alhamdulillah, memang rezeki sangat. after a year planning to be here. fuhh merecik view otw dari pondok Sayat-sayat ke puncak. Start daripada pondok tu, sampai puncak, trail dah bertukar kepada all batu. korang kena follow tali yang disediakan. tayah pegang pun boleh, just jadikan tali tu panduan. follow je tali, inshaAllah tak sesat.
Tips 3 : Tayah laju-laju bro. agak2 pukul 545, 6am, bolehlah sampai puncak. laju-laju kang, sampai puncak pun gelap, sape nak ambil gambar kau? dah la sorang-sorang, gambar tak lawa. haha
view point sebelum sampai Pondok Sayat-sayat (taken masa otw turun) |
tandas Pondok Sayat-Sayat |
Puncak Low's Peak |
abang ni tak pernah tak hensem |
adik dan abang |
jangan lupa gambar lompat sambil reflection |
atas tulah puncak Low's Peak |
matahari baru nak naik tuu |
Puncak Seringgit |
The makciks |
peti pos tertinggi di dunia mungkin? hahaa |
okey sesampainya di Laban Rata, better pi kemas barang kat dorm korang dulu. then bawa semua barang2 ke kafe and lepak situ enjoy your breakfast until 1030am. dorm pun kena check out before 1030am. lambat, kena bayar juga. lupa berapa harganya. so enjoy your breakfast there.
oh ye, kat cafe tu, memang tak disediakan air masak ye. ada pun tea and nescafe. di dorm ada cerek, so boleh masak air panas la kalau nak.
senarai harga barang |
but masa otw turun ke Laban Rata, memang aku rasa pening berdenyut2 kepala . tak tahu kenapa, maybe pressure altitude tu kot.
aku saja nak kongsi kisah kawan aku sorang ni. nama dirahsiakan. situasinya di Cafe Labar Rata.
aku : bro, kepala kau tak pening ke masa kau turun tadi?
bro : turun !
after few seconds. hahaa aku perasan, why he said "turun" instead of " pening" hahaha dan itu telah memecahkan perut dan menitiskan air mata ku pada ketika itu menggelakan beliau. otak dia dah tak selari dengan mulut rasanya hahaa
bro tu jugak tertelan or tersedak air liur sendiri masa otw turun ke Timpohon. hahah sah bro ni dah tak sync otak dengan fizikal. hahaa dem.
Tips 4 : Tapau juga untuk your lunchpack. inisiatif sendiri ni. sebab korang akan gerak turun ke pintu timpohon pasni. aku dah merasainya. lapar beb, even korang turun after 1030am, tapi cuaca sejuk banyak bakar tenaga lagi. tapau and bila dah sampai mana2, boleh makan. at least tak lapar sangat sesampainya korang di pintu Timpohon.
korang kena sampai pintu timpohon sebelum jam 4pm. aku dah mention in Part 2 kan? kena denda tau. so dari 11am ke bawah, memang slow2 jugak. santai je. time ni memang merana la lutut. haha downhill all the way to pintu Timpohon. kami sampai pun rap2 je dalam jam 3pm. ada kawan belakang sampai tepat 4pm. alhamdulillah sempat. tapi semua kelaparan. serius.
tragedi berlaku pada kami. seramai 18 orang daripada group kami mengalami muntah-muntah sebaik turun daripada puncak. nasib baik tak muntah on trek. ada juga yang dah muntah otw turun, tapi mostly muntah after the hike.
mulanya ingat sebab perut masuk angin. sebab dah pukul 3pm, tak lunch, cuaca sejuk. yes, itu maybe punca. tapi after malam kejadian, member2 dah start cirit birit. walawey, ini bukan masuk angin lagi ni, maybe food poison. nak bawak member pi klinik pun semua dah barai. aku bertiga dengan ajes & ochok. kami bertiga tak lunch, tak dinner. memang barai. dua orang kawan ku muntah2, cirit birit. aku alhamdulillah demam je, sebab dah all out hari tu. memang all out. drive lagi ke kota kinabalu after hike, long 2 hours rainy drive beb. hahaa
ada orang juga cakap, itu memang symptom AMS. taktau la. takkan dah turun baru kena? wallahualam. alhamdulillah semua selamat.
enjoy the video guys
yezza. jangan lupa tekan link ni eh guyss. ehhe