Tuesday, March 28, 2017

GOPENG ULTRA 2017



Event : GOPENG ULTRA
Date : 25-26 April 2017
Distance : 10km, 25km, 50km, and 100km
Difficulty : 7/10 ( panas melampau and elevation sekaligus dia bagi)


Yehaa. My 4th Ultramarathon (read as jalan + lari-lari anak) and also my 4th 50KM is achieved. Nak masuk 100KM, belum berani. mau menangis aku on track tu haha





Korang boleh layan video atas ni dulu. Untuk distance 50KM. Nak tengok distance yang lain, boleh bukak direct ke Youtube.

Overall, this event well organised by 30 Ascend. Memang terbaik crew semua. Total i can give 7/10 la,

Marking bagus. cukup semua. mustahil la kalau sesat tu. haha sebab marshall and yang jaga checkpoint pun sangat banyak. marshall yang jaga pun murah dengan senyuman. dengan kata-kata semangat.

Pasal checkpoint. Maybe a little bit disapointed sebab aku masuk ultra ni nak makan haha . kurangnya sumber makanan itu agak tak best.

CP2 - air mineral
CP3 - air mineral + 100 plus
CP4 - air mineral + 100 plus + kurma + kismis
CP5 - just Marshall
CP6 - air mineral + nasi ayam + tembikai
CP7 - air mineral + 100 plus + ais

boleh dipertingkatkan lagi dari segi pemakanan and ais. dapat span pun best beb. gila, lari tgh panas tu. pening kepala gak ah lari tengah panas. berapa kali aku berhenti. ada gak orang kampung ajak makan minum kenduri dia buat haha aku dah tolak awal, tapi last2 tuan rumah cakap, ada air sirap. gua hampir patah balik. tapi sebab dah menolak kan :')

thank jugak pada abang2 ataupun kakak2 runner yang telah hulur duit beli air tebu. fuh katakau. dapat time tengah panas pulak tu. fuh. aku hampir bayar air tebu RM1 online tau.

partner running aku, Muhsin kali ni dia agak mental sikit. Ada 1 ketika, dia memang dah mental habis. Lutut problem beb. Lalu aku ajak dia terus baring kat tanah berhampiran Radak Adv. Tayah hirau orang lain dah. Baring je. haha orang lain dok nengok je kami baring atas tanah. Maybe fikir kami dah give up agaknya. Takpelah. Maybe kali terakhir berlari bersama. Pasni gua gerak solo bebeh.

CP1(starting point) - 730am
CP2 (12.6KM) - 900am
CP3 (18.8KM) - 1015am
CP4 (25KM) - 1130 am
CP5 (29KM) - 1215 pm
CP6 (32.7KM) - 1330pm
CP7 (36.4KM) - 1500pm
CP1 (finishing) - 1715pm

Pace siput bakhang. kalah dengan wanita2 banyak gak. tapi, bila dah tak training, tu makan diaa ! apa yang menarik pada event ni, elevation dia bagi sekali gus. memang canak kat jalan balak dari CP3 ke CP4. turun naik jalan balak. Sakit hati layan waktu panas beb. makin panas hati la. haha

and untuk sesiapa yang nak join after this, event nie lebih banyak road daripada trail. So agak kuciwa jugak. sakit kaki panas kaki guna Saucony den. hmm pilihlah kasut yang betul ye.

Yang lain, boleh layan gambar jela kat bawah ni ya. untuk 50km, paling awal buat 5jam lebih rasanya. Banyak sifu2 otai hipster gunung jumpa kat event ni, selamba je masuk 100KM. memang gua salute. Kena banyak training lagi pasni, baru ada berani nak join 100km ke, trip2 compress ke. yehaa ! assalamualaikum :)



ni event shirt, Baju finisher lebih garang beb :)
medal utk 50KM



Antara view yang dapat sepanjang trail 



yang lalu atas highway doo








Wednesday, March 15, 2017

PENA & PICAGARI | BOOK REVIEW

Benar, doktor itu bukan Tuhan.
Dan kami tidak mahu bermain dengan Tuhan.




Penulis : Dr. Khairul Hafidz
Penerbit : PUTEH PRESS

Sebuah buku nukilan Dr Khairul Hafidz yang agak famous jugak di Twitter dan Facebook. Beliau menggunakan media sosial untuk membetulkan tanggapan masyarakat dan juga membetulkan soldadu siber ini dalam menyampaikan info yang tidak sahih. 

Bagi aku, buku ini sangat menarik. Untuk pelajar Engineering untuk membaca term2 medic ni memang payah, tapi dalam buku ini, beliau berjaya menyampaikan dengan kata-kata yang senang difahami. 

Beliau merasakan satu tanggungjawab pada beliau untuk membetulkan apa-apa kesangsian yang dihadapi oleh masyarakat. Ada yang sengaja mengeluarkan info-info yang tak berpandukan mana-mana sumber sahih. Ini yang dibimbangkan beliau. 

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian : 

1) Membongkar Mitos

Dalam bab ini, beliau membongkar sedikit demi sedikit mitos-mitos yang sering diperkatakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. haha baca and hadam. ada yang aku percaya dari dulu lagi. haha tipu belaka. 

2) Ceritera Seorang Doktor

Bab ni, pasal kehidupan dan pengalaman beliau berjumpa dengan pelbagai karenah pesakit, keluarga pesakit. 

3) Semangat Profesi

Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membetulkan tanggapan masyarakat. 

4) Media Sosial

Kena bersabar dalam berhujah. Berhujah menggunakan ilmu dan sumber yang sahih, bukan dengan emosi. Soldadu siber itu sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan orang yang dijalan benar. 

5) Mahasiswa dan Housemanship

Beliau menceritakan pahit getir pengorbanan semasa zaman housemanship. Juga beliau berikan tips-tips menempuh zaman housemanship


Kulit buku yang menarik membuatkan aku terpanggil untuk baca sinopsis. Yes, satu arah yang berbeza dari dahulu. Dulu suka baca buku travel je. But its still a book. boleh bagi ilmu, kita baca. Kena tahu bezakan mana ilmu, mana info. 

overall, aku bagi menyeru para-para doktor diluar sana untuk turut sama membantu beliau dalam membetulkan tanggapan masyarakat harini. Chaw guys. 

Boleh dapatkan buku-buku di store buku berhampiran anda

8.5/10