Sunday, November 13, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 6 - Plawangan Senaru - Senaru ]



Tak banyak nak diceritakan hari last nie. Masing2 terkenang bahawa sebentar lagi, mereka akan turun ke jalan yang rata. Tiada naik dan turun yang begitu ketara. Kembali ke alam nyata.

Harinie, perjalanan pun agak singkat dan treknye menurun sampai ke Senaru. So kami decide untuk bergerak agak lewat dan menikmati saat2 terakhir bersama di atas gunung ini. Yezza. Rugilah naik gunung tapi bangun lewat. Antara benda yang dikejar pendaki adalah sunrisenya . Awesome bebeh !




boy band

aku tak tau la pehal diorang dok2 rapat2 gitu
Okay, our breakfast that day was burger bebb ! Western katakau ! kalau ada satu malam lagi atas gunung, aku berharap dapat chicken chop ke, sizzling steak ke.. dalam mimpi beb !


typical pics :P kahkah
Dah puas semua rehat and ambil gambar kenangan, maka sauh diangkat buat kali terakhir untuk ekspidisi ini. Lebih kurang Jam 8 pagi, kami bergerak turun ke Senaru. Perjalanan memang menurun sahaja. awal2 nie masih dengan keadaan tanah berpasir dan masih boleh lihat hutan savannahnye sampai Pos 3. ala2 teletubbies gituw. Penggunaan buff di mulut amat penting, supaya tak sesak nafas makan debu org depan syok2 berlari :P Bekalan air juga penting. Pow je porter2 tu, mesti diorang ada air. kahkah ! Masa awal2 turun, berat jugak langkah nak meninggalkan puncak Rinjani nie. Moga kita ketemu lagi yukk !

Starting Pos 2, keadaan kawasan sekeliling bertukar kepada hutan tropika. Ala2 Malaysia jugak. Our homeground bebeh. ahhaha Dok bersembang2 sambil menghilangkan penat. Paling tak boleh lupa tentang content borak kami,

"Weh aku minat band tu, ape ehh, one direction eh? " kahkah

ada gak sorang geng aku minat 1D. its one republic actually. lupa nama. tapi memang aku takkan lupa scene tu Alep. Sambil borak2 nak daftar haji bagai. sampai sekarang aku tak daftar lagi. Luls. and masa kami turun jugak, ada la sekali jalan dengan segerombolan mat salleh. haha so funny la mereka. tak jumpe lak gambar kami bersama.

Ada banyak gak Pos2 kat sini. Setiap Pos ada pondok. Bolehlah lepak take 5 jap kan.  Kami lunch di Pos 1 Extra kalau tak silap. Masa nie pun dah hampir jam 12 tghari. Makan spagheti Carbonara beb. Fuhh. Tak sabar nak sampai bawah time nie. Dok lepak sini pun agak lama, since kalau turun awal pun, taktau nak buatpe kat homestay nanti.

Pos 3






Abam Paan dan Uncle Karat

Dah kenyang semua, dipaksanya pulak turun sampai ke starting point Senaru. Fuh senak gak beb. Masa nie Zal patah balek sebab takut anjing tiba2 keluar dari semak. risau kena samak letuw. hahaha FYI, anjing2 sini bersepah beb. malam semalamnye, tengah aku sibuk2 ambil wuduk dengan am, dengar bunyi loceng mcm loceng kucing berjalan. Yes, dalam kepala otak aku, after dah diremind oleh kawan2 tadi, anjing sini pakai loceng tu, dengar bunyi tu, jaga2lah. hahaa tak sempat beb. aku dengan am tercengang nampak anjing tu. dia pandang kami, kami pandang dia. last2 dia chow je. cuak dengan am kot.

After berhempas pulas untuk 4 hari, akhirnya kami sampai ke starting point lebih kurang jam 2pm. kira awal dah tu. Upacara penyampaian sedikit cendaramata dan tips kepada porter2 yang gagah sepanjang 4 hari dan kepada guide dan sweeper Awal dan Aman yang sangat sempoi telah dilangsungkan dengan gilang gemilangnya di pintu gerbang Senaru. Thanks sebab melayan kerenah orang2 belakang ni. Thanks rakan2 Indonesia ku !

nampak tak kemeriahannya tu? 


cuba teka mana kimi? hahaha

keluar je dari pintu gerbang tu, dah ada kedai2 jual air. haha 

Ingatkan dah sampai pintu nie, bolehlah terus naik powil ke kan? tak nokkk kena jalan lagi. around 40min ke 1 hour camtu. fuhh. sabar jela sayang. tapi, on the way turun , kami telah menyimpang ke satu point yang boleh nampak air terjun Tilu Kelep dari atas. amazing guys ! keesokannya kami akan kesanaaa.. nantikan next episod yeww.

gua dah abes large kan dh gambar nie, nampak tak? hahaha



menunggu 2nd trip di Pejabat Taman Negara Rinjani jalur Senaru

turun2 dapat eskem. puas hati 



Tapi seriusly. turun awal, pishang taktau nak buatpe kat homestay. ada jugak yang tidur. tapi banyak yang tak tidur. berjalan mencari makanan mengisi perut yang kosong. Ada yang tahan pakcik naik speda motor jual soto la, ada yang merayau cari maggi la kat kedai. haha janji perut perlu diisi. Tapi semua jalan kengkang ke kedai. Esok kita recovery kat air terjun yeee

Masing2 menanti dengan sabar. Esoknya nak ke Air terjun Sendang Gile dan Tilu Kelep bebeh !

#pesanan cam bese, janganlah segan2 nak tekan iklan tu :P

Friday, November 4, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 5 - Danau Segara Anak - Hot Springs - Plawangan Senaru]

              Pagi yang sejuk tidak menghalang kami untuk bersolat subuh. Subuh Gajah rasanya. Tapi serius sejuk. Bottle spray diambil lalu disembur kepada muka rakan2 untuk bersolat. Tak mampu rasenye nak menapak ke Danau and mencecahkan kaki ke dalam air yang mungkin akan menyebabkan kaki aku beku bila masuk ke dalam air tu.

               Plannya, pagi ni memang kami akan ke hotsprings. Tak jauh dari tapak perkhemahan kami. Nak pegi, awal lagi nie. Lalu masing2 bertempiaran ke kawasan danau Segara Anak untuk mengambil gambar sekeping dua untuk dijadikan kenangan kelak. Lalu, aku sajikan sahaja gambar-gambar untuk tatapan korang. zasss









Hot springs tu boleh tahan suam2 nye. sekadar merendamkan otot2 kedalam air panas setelah sekian lama tak dapat berendam. Beberapa aksi eksotik dipamerkan oleh teman2 ku ( Mucin, Amir, Kimi, dan Syahir) Yang lain bertepuk tangan. Pertandingan terjun telah dihostkan oleh Piqah. Juri2 nye sibuk mencatit markah.

Dah puas berendam dalam 2-3 jam, kami terpaksa naik ke campsite untuk bersiap sebelum hike keatas semula ke Plawangan Senaru as our last night. Ouh ye, airnya agak dalam lagi2 kat kawasan tengah waterfal tu. dah balek Malaysia, member kongsi video, ada perempuan mati lemas kat kolam nie. Beware Guys !


cubaan lompat beramai2




Balek2 campsite, salin baju tshirt untuk group photo. macam2 gaya. yang masuk dalam IG sekeping gambar gak. LOL. disamping tu, lunch kami pun dah siappp. yes. lunch tu kami dapat air ala2 Calpis. air oren beb. Aku terfikir mana porter nie dok sorok air ni selama 3 hari ... hmmm



Then, dah usai lunch, solat, dalam pukul 1250pm, kami bergerak ke plawangan senaru . ayuh !

Yes, dari awal kami akan menyusuri tepi danau nie sebelum pacak naik ke plawangan senaru. View along the way memang superb. Aku memang stayback sebab nak lepak2, enjoy view. tayah laju2 bos. 3-4 jam dah boleh sampai plawangan senaru. yehaa.












And weolls sampai pun average dalam pukul 4 lebih la. sweeper pace. nie siap amek gambar bagai. actually tak jauh mana pun. tapi bertabahlah yee. memang menaik je trailnye.. tapi bila dah disajikan dengan view nie, peluh pun segan2 lah nak keluar. hiks

Smpai2 je... dah nampak toilet. kahkah. toilet kat bawah, memang senang2 la orang intai dari atas. hahaa semua tunggu malam baru melepaskan hajat masing2. line internet pulak ada kat sini. masing2 sibuk mendongak hp sementara menunggu waktu makan malam and sunset.

Makanan malam pun dihidangkan dengan cepat. sempat layan sunset terakhir di Rinjani. memang cantik. gua tak tipu beb. lu kena pegi sini beb. ada mat salleh tu, diorang malas pergi ke peak, diorang just singgah2 ke tempat yang ada view and enjoy the view . nanti boleh layan video dari Abam Paan gogo eh.










Amacam? ada baik view sunset sini? hahaa malamnye, usai solat jamak takdim, masing2 berkumpul untu photoshoot milkyway. malas cite lebih, meh layan gambar. gambar dari cameraman pro abam amengg aka amin al asri. Alhamdulillah tak hujan malam tu. yang lain semua aku tengok macam dah climatize dengan suhu malam, aku je yang sejuk haromnye malam tu. maka aku gugur awal malam tu.. sungguh sadis..








p/s jangan segan2 la nak like iklan kat tepi tu yeee ;)