Plannya, pagi ni memang kami akan ke hotsprings. Tak jauh dari tapak perkhemahan kami. Nak pegi, awal lagi nie. Lalu masing2 bertempiaran ke kawasan danau Segara Anak untuk mengambil gambar sekeping dua untuk dijadikan kenangan kelak. Lalu, aku sajikan sahaja gambar-gambar untuk tatapan korang. zasss
Hot springs tu boleh tahan suam2 nye. sekadar merendamkan otot2 kedalam air panas setelah sekian lama tak dapat berendam. Beberapa aksi eksotik dipamerkan oleh teman2 ku ( Mucin, Amir, Kimi, dan Syahir) Yang lain bertepuk tangan. Pertandingan terjun telah dihostkan oleh Piqah. Juri2 nye sibuk mencatit markah.
Dah puas berendam dalam 2-3 jam, kami terpaksa naik ke campsite untuk bersiap sebelum hike keatas semula ke Plawangan Senaru as our last night. Ouh ye, airnya agak dalam lagi2 kat kawasan tengah waterfal tu. dah balek Malaysia, member kongsi video, ada perempuan mati lemas kat kolam nie. Beware Guys !
cubaan lompat beramai2 |
Balek2 campsite, salin baju tshirt untuk group photo. macam2 gaya. yang masuk dalam IG sekeping gambar gak. LOL. disamping tu, lunch kami pun dah siappp. yes. lunch tu kami dapat air ala2 Calpis. air oren beb. Aku terfikir mana porter nie dok sorok air ni selama 3 hari ... hmmm
Then, dah usai lunch, solat, dalam pukul 1250pm, kami bergerak ke plawangan senaru . ayuh !
Yes, dari awal kami akan menyusuri tepi danau nie sebelum pacak naik ke plawangan senaru. View along the way memang superb. Aku memang stayback sebab nak lepak2, enjoy view. tayah laju2 bos. 3-4 jam dah boleh sampai plawangan senaru. yehaa.
And weolls sampai pun average dalam pukul 4 lebih la. sweeper pace. nie siap amek gambar bagai. actually tak jauh mana pun. tapi bertabahlah yee. memang menaik je trailnye.. tapi bila dah disajikan dengan view nie, peluh pun segan2 lah nak keluar. hiks
Smpai2 je... dah nampak toilet. kahkah. toilet kat bawah, memang senang2 la orang intai dari atas. hahaa semua tunggu malam baru melepaskan hajat masing2. line internet pulak ada kat sini. masing2 sibuk mendongak hp sementara menunggu waktu makan malam and sunset.
Makanan malam pun dihidangkan dengan cepat. sempat layan sunset terakhir di Rinjani. memang cantik. gua tak tipu beb. lu kena pegi sini beb. ada mat salleh tu, diorang malas pergi ke peak, diorang just singgah2 ke tempat yang ada view and enjoy the view . nanti boleh layan video dari Abam Paan gogo eh.
p/s jangan segan2 la nak like iklan kat tepi tu yeee ;)
No comments:
Post a Comment