Assalamualaikum..
Hike to Mount Ledang DayPack @ Sagil, Tangkak, Johor Darul Takzim.
Okay. Nak jugak ceritalah sikit-sikit pasal Gunung Ledang ni. Ketinggian around 1276m @ 4186 ft. Nak naik, kenalah berdaftar dengan Taman Negara Lagenda Ledang. tak boleh naik sesuka hati and sedikit bayaran dikenakan untuk guide. kalau nak beli packlunch boleh disini, tayah beli dari luar. lunch pack = nasi putih + ayam kari + sayur campur + air mineral + apple. cukup menyelerakan bila diatas gunung haha
Bagi sesiapa yang ingin datang ke sini, anda boleh datang malam sebelumnya dan tidur di masjid berdekataan or tidur dalam kereta ke. make sure, badan kita dalam keadaan rehat secukupnya sebelum pendakian. Surau berdekatan, adalah surau Baitulrahman,sagil. Kalau nak waze, boleh je taip Balai Polis sagil. Entrance ke Taman Lagenda ni, depan sedikit je daripada balai polis ni. harap maklum, entrance ke Gunung Ledang, tidak sama dengan entrance ke air terjun Sagil ye kawan2.
Dibawah sekali saya ada sediakan log pendakian kami. tidak laju dan tidaklah terlalu perlahan. secara amnya, pendakian boleh dikatakan tough, kerana trail 70% menaik @ mencanak. jika seseorang tu tidak sampai ke kem bonsai sebelum pukul 230 petang, dia diminta untuk berpatah balik kerana ingin mengurangkan risiko keluar pada waktu malam. tapi still boleh nego. hee
Sebelum pendakian, anda diminta mengisi borang ‘declare barang’ which means anda kena declare la barang apa yang anda bawa ke puncak. setiap barang yang tidak dibawa balik dikenakan denda sebanyak RM5 per item. jagalah hutan kita kami juga diberi taklimat serba sedikit mengenai Taman Lagenda Gunung Ledang.
Pendakian dimulakan agak lewat. eloklah bermula sebelum pukul 9 gitu. berdoalah ya sebelum memulakan pendakian agar dipermudahkan oleh Allah swt.
pendakian awal2 sudah melalui 700++ anak tangga menuju ke CP1 ( Bukit Semput) . Memang agak mental. start2 dah layan tangga. haha tapi masih mampu tersenyum berborak
Awal2 nie masih dalam group la, pastu semuanya hilang, haha tapi masing2 tak jauh manalah, dalam gap 5-20 minit camtu. alhamdulillah awal2 ni jugak trail nye boleh tahan menaik, tapi not too tough. okeylah
Sebelum CP5, anda akan jumpa watersource tapi tidak diyakini la untuk diminum, takut orang atas dok pijam2 dalam air. sebab CP5 memang ada watersource yang diyakini. just go thru je mata air kecil tu.
CP5 nie memang port orang lepak sementara melayan pangok after nie. ada yang dah bukak pack lunch pun. haha. tapi geng2 kami semua lunch di peak jalan sikit after nie, kena layan KFC or Killing Fitness Centre. Memang mencanak jela perginya.
Sepatutnya, kami melalui gua kambing, tapi jalannya telah ditutup atas dasar2 keselamatan. mungkin ada kesan rekahan dalam gua tersebut. sejak dua tahun lepas ianya dah ditutup gara2 guide nampak pergerakan batu di gua tersebut.
Selepas nie, trek banyak menggunakan tangga and tali. tangga boleh tahan lagilah, guna tali tu seram beb. dengan sebelah tangan pegang action cam lagi, nak masukkan dalam beg, tak muat sebab monopod panjang sangat. should buy shorter one nextime. haha
Pasnie, kita layan batu hampar pula. kecuraman 60-75 degree. rasanya, tangan memang lenguh. setinggi 2-3 tingkat bangunan. dilarang pandang ke bawah, lagi seram pandang kalau pandang belakang, memang nampak view superb, tapi kecut perut gak la. kasut kena grip atas batu. kalau boleh jangan pakai sandal la. takpe, saya belanja gambar je yee
then akan sampai ke kem bonsai. time nie memang kuat angin. pehh. dah risau. tak dapat view kat peak. dah berserah. sempat buat mv Dilwale before gerak. haha
Setel mv Dilwale, sambung perjalanan ke CP7 (Bukit Botak) .sini adalah area orang akan cramp sebab cuacanya agak sejuk and setelah penat layan batu hampar.. kalau dari sini, memang tak jauhlah nak ke peak. around 30min to 45 min.
Naiklah ada 6-7 tangga, boleh tahan curammnya, maka sampailah ke puncak Hati awaa. ehh. Puncak Gunung Ledang
Setelah lepak + lunch kat peak, puas bergambar semua, barulah turun ke bawah. pergerakan agak perlahan kerana semua orang pun turun pada masa yang sama.
bagi yang nak solat, disini juga ada sediakan khemah and ground untuk kemudahan bersolat. ianya terletak di kem senget. make sure la jangan solat pun senget2 ye guys
and buat pengetahuan korang, laluan pergi dan balek adalah lain. laluan balek lebih pendek dan terus potong ke trek antara CP5 & CP3. agak bahaya untuk menuruni batu hampar tu semula. haha.
perjalanan turun agak laju. sebab memang turun je. dinasihatkan untuk tidak berjalan sorang diri. at least bertiga. ini Mt. Ledang. banyak mistiknya. haha banyak sangat cerita tersimpan disebalik keindahan Gunung Ledang ni. tapi Allah maha Kuasa.
Sekian, nukilan dari Syimir.
Log Perjalanan kami
910 Start from Entrance
926 CP1 (Bukit Semput) Rest until 933
944 CP2(Hentian Meranti) Rest until 948
1008 simpang ke CP4 (Kolam Gajah) Campsite
1013 CP3 ( Batu Orkid)
1120 CP5 ( Sungai Segi Tiga) Rest until 1146
1155 Killing Fitness Centre ( KFC)
1220 CP6 (Gua Kambing) Rest until 1226
1255 Taman Bonsai Rest until 1305
1315 CP7 (Bukit Botak)
1354 Peak Mt Ledang
1550 Start Descend from Peak
1620 Kem Senget @ Surau
1659 Simpang Pendita
1728 CP3 (Batu Orkid)
1741 CP2 (Hentian Meranti) rest until 1750
1759 CP1 (Bukit Semput)
1811 Entrance