Tuesday, April 19, 2016

GUNUNG NUANG VIA JANDA BAIK

Assalamualaikum.
Entry kalinie pasal Gunung Nuang. Ianya terletak di Selangor.Untuk ke puncak Gunung Nuang, anda boleh melalui Pangsun@ Hulu Langat,Selangor ataupun melalui Janda Baik, Pahang. Perjalanan ke Gunung Nuang melalui Pangsun lebih mencabar dan lebih lama berbanding melalui Janda Baik. Kebiasaanya, ramai lebih menyukai trek melalui Pangsun kerana challenging dan ramai orang. Biasanya, orang yang nak prepare ke Gunung Kinabalu, diorang akan training di sini.
Kalinie saya ingin berkongsi serba sedikit trek melalui Janda Baik ke Puncak Nuang. Treknya lebih pendek. Ada waterfall disini. walau bagaimanapun, kepacakannya lebih kurang je dengan via Pangsun, just jaraknya lebih pendek. 
Disebabkan kalinie, mau rushing. so perjalanan agak laju. tak dapat berendam di waterfall. haha. nak ke entrance pun dah jauh. memang jauh kedalam. Gambar dibawah ini adalah entrance ke Gunung Nuang via Janda Baik. Jangalah anda mengharapkan pintu gerbang ye untuk ke gunung ni. haha
DCIM100MEDIA
nampak sungai belakang tu? tulah entrance Nuang via Janda Baik
YDXJ1188.jpg
kawasan parking .boleh buat as landmark untuk korang prepare cari parking ya
Daripada entrance ke simpang pintu gerbang, kita akan melalui kebun2 sayur. Jalannya agak mendatar. kalau boleh, kat sini lari pun baik, sebab kawasannya agak terbuka dan panas. yezza. bawah nie pintu gerbang after kawasan kebun
P_20160221_143152.jpg
simpang pintu gerbang
Jalan seterusnya pun agak landai ke simpang hutan. Means simpang ke kawasan hutan la. dulunya, tak banyak kawasan kebun kat sini, so berhati2 la ye melihat simpang. kami nyaris tersesat sebab salah simpang and masuk ke kebun sayur yang ada anjing kecik2 haha nie jenis yang suka manja2 kat kaki. nampak terus lari je hahaa.
boleh tengok gambar di simpang hutan tu. ada 3 jalan and kita kena pilih jalan yang tengah. jalan yang kiri ke kebun sayur yang kami sesat kejap tu and jalan yang kanan tu tah kemana. jangan ikot.
P_20160221_092849.jpg
ikot yang tengah ye gaiss ( simpang hutan)
daripada simpang nie, perjalanan agak mendatar. kadang2 je ada menaik skit. boleh lajukan kaki anda untuk ke kawasan air terjun. kecik je air terjunnya. tapi of coz sejuk beb. hihi. sorry. gambar air terjun hilang haha
start daripada air terjun nie, baru syok dia punya trek. keep on increase dia punya elevation. haha dalam ramai2 orang pun, still jumpe student2 uia jugak. aku tak kenal pun since kita nie jarang berpersatuan kan? kawan2 ada la yang kenal budak2 uia tu.. dalam sejak perjalanan, kita akan nampak signboard ke bukit repin. inshaAllah nextime kita pegi ye :)
YDXJ1198.jpg
simpang bukit repin
dalam 30minit ke 45 minit  after simpang ke bukit rempin tu, inshaAllah akan sampai ke puncak Gunung Nuang. Biasanya akan agak crowded and beratur sedikit la untuk ke puncak Nuang kerana jalannya agak kecik dan licin. surrounding agak cantik dan berangin. nyamannya stay dalam hutan nie :)
tak sah la kalau sampai peak tak snap gambar kann? amek gambar selai dua. tapi puncak time nie memg macam pasar malam dah. yang dari janda baik, yang dari pangsun. fuhh. semuanya hebak2 belaka huhu . angin sepoi2 bahasa meniup telinga membisik supaya tidur. qayyum aka abg v3 sempat buat kopi hazelnut idaman ramai didalam hutan. baunya menusuk setiap hidung yang masih bernafas di puncak Nuang. tapi kejap je air tu dah sejuk dek angin kencang di puncak.
and Nuang Peak nie memang terkenal dengan TUPAI nyaaa haha tapi dah berapa kali naik nuang pun, belum berpeluang nak amek gambar dengan Tupai comel tu "_"
P_20160221_124449.jpg
P_20160221_124912.jpg
P_20160221_124931.jpg
LOG PERJALANAN 
907 ENTRANCE
915 SIMPANG PINTU GERBANG
928 SIMPANG HUTAN
958 WATERFALL REST
1008 START TREK
1112 SIMPANG BUKIT REMPIN
1143 PEAK NUANG
1250 START DESCEND
1312 SIMPANG BUKIT REMPIN
1353 WATERFALL REST
1400 START TREK
1422 SIMPANG HUTAN
1431 SIMPANG PINTU GERBANG
1440 ENTRANCE

1 comment:

  1. Elok2 la..bila naik gunung dan masuk hutan tu. Ada alam lain yg kita tak nampak. Elok2 jalan ye

    ReplyDelete