Thursday, October 13, 2016

Kuala Lumpur X Lombok [Part 4 - Puncak Rinjani - Danau Segara Anak]

Khemah digegarkan dengan suara2 aneh. Hmm

"Mas, bangun mas, magginya udah siap ni"

Erh, suara siapakah? Pagi2 dah offer maggi nie. Aish. Lalu Mucin aka teman sekhemah ku pun membuka tirai khemah dan terkejut dengan muka porter.

" Terima Kasih ya mas" kata Mucin kepada porter tersebut.

Siap hantar sampai khemah kata kau weh. Yela, aku rasa, aku tak mampu nak duduk kat luar khemah pukul 12 lebih camni. Suhu pada jam menunjukkan suhu sekeliling disekitar 10-13 degree celcius. Dengan anginnya lagi. Aku masih dalam sleeping beg. Serius sleeping beg yang dibekalkan nie tebal gila. Buat pengetahuan korang, kami dibekalkan dengan sleeping beg tebal, tilam tebal lebih kurang 2cm beserta bantal kecik sekali. Dan semua barang tu dibawa oleh porter. Amacam? baik tak servis Karat Adv nie?

Dah settle makan alas perut, keluarlah aku dari khemah. Nak ambil inner and seluar niat asalnya. hmm namun, inner dan seluar ku yang ku 'jemur' atas khemah lencun! waa, tak sanggup aku nak pakai lencun2 tu, kalau kat malaysia, gagah lagi aku nak pakai. Masuk balik dalam khemah, tukar baju. Aku decide nak pakai baju long john di dalam, dan tshirt diluar. tshirt pink katakau ! tapi aku bawak juga sweater tebal aku dan windbreaker tak ori aku tu. Masing2 terkial2 lagi nak pakai gaiter. Gunung2 kat indon je pakai gaiter nie, nak ngurangkan pasir2 halus masuk ke dalam kasut anda.

Dengan bacaan bismillah, kami mulakan summit attack kami pada jam 120 pagi. Sarung tangan mula2 malas gak pakai. dah sampai kat crater atas tu, memang terus pakai double gloves lagi tuu. Awal2 lagi kami telah layan pacak untuk ke crater ke peak tu. Pacak nie pun sakit hati, berpasir berdebu. Menyukarkan pendakian kami. lebih kurang sejam layan pacak, kami berehat sebentar bersama.

Tak banyak boleh diceritakan perjalanan ke peak. Memang suhunya melampau. Nampak je batu besar, memang berselindung dibalik batu jela. Anginnya bertiup begitu kuat. Kata uncle, memang peak hour la pukul 3-4 pagi tu angin tiup kuat. Tangan pun dah kebas. Ada yang dah tidur tgh trek pun ada. siap terhantuk batu lagi :') cc ameng kahkah Gua terkejut gak beb. Semua orang layan pacak seksa, dia boleh tido? wadehel. sape nie weh? hahaa tgk dekat2, rupanya amengg ! hahaha

Sempat subuh gajah je kat atas tu. tempat rata amatlah sedikit. hanya gunakan debu untuk bertayamum. pemandangan sunrise begitu memukau. hilang jugak penat lelah makian di mulut ni. tak maki sangat pun act, just enjoy the trail :) yang awal sampai pukul brape tak tahu. tapi yang last sampai pun pukul 645 pagi. still within cut off time. enjoy the pictures guys !



nampak tu batu2 nya !



abam faizal tahir penat ke tuw

thanks #merdeka59rinjani #blackhawkcrew team !

megahnya bendera Malaysia berkibar di Puncak Rinjani
boi pewai ke tu?


nie baru namanya tangisan dalam kegembiraan







Puas dah bergambar sakan kat atas. Memang ramai sgt orang Malaysia kat atas nie. Dah buat ucapan merdeka, tapi video nya kat sape tah -,-" .

Kami start descend pukul 8 camtu. Matahari pun dah terik. Matahari dekat sangat dengan kepala ni oi. And antara punca burn2 kat muka nie, sebab turun lewat la nie. kahkah. As preparation, nak memudahkan pendakian, korang boleh bawak tongkat. Serius senang sikitlah dari korang guna kudrat semata nak hike tu. And buff pun antara benda pentinglah untuk korang bawak. Almaklumlah, berdebu je kat atas nie. Kalau lambat, memang makan debu jela dengan orang depan yang berlari turun. Kalau naik tadi ambil masa 6 ke 7 jam, aku turun ke bawah lebih kurang 1.5 jam je. Sebab kityut. tu pun sempat snap gambar sikit2, tak tahan tengok view cantik. Amatlah rugi time tu. Tapi korang tak boleh buat main dengan kuasa sakit perut nie. Lain macam peginye bila turun tu. 




abang2 ensem



panas lit2



beruk pun leh sampai atas beb

sampai2 bawah, dah melepaskan hajat, dok berselindung bawah khemah yang bahang je. Rinjani nie satu je beb aku tak tahan, bila dia punya terik, fuhh. mengucap panjang ya Allah. Even dah pukul 10 pun, porter masih sediakan sarapan untuk kami. Lunch lain tau ! hahaa nie memang trip makan jelaa. tak pernah lapar trip ni. dok mencari pokok2 nak berlindung sambil menunggu waktu tenghari. Kami dijangka bergerak turun ke Danau Segara Anak jam 1 pm. 






Siap solat jamak takdim qasar sekali, jam 120pm kami meneruskan perjalanan ke Danau Segara Anak. Trek menurun sahaja. Yang lutut longgar memang ketaq la jawabnya. Perjalanan dianggarkan selama3-4 jam santai. View berkabus je ni, so kami memang tak dapat nak agak lokasi sebenar kami. Berdebu pulak tu. Elok pakailah buff tu. Mata mengantuk beb time nie. Fikir nak tido je. hahaa nak tgk view pun kabus je. Tapi certain tempat memang cantik la kabus dia. Kami telah sampai di Danau Segara Anak jam 430pm 




antara laluan lava suatu ketika dahulu


bincang nak teh ke kopi untuk dinner nanti

Danau Segara Anak




Sesampainya kami di Danau Segara Anak, memang masih berkabus. Angin kuat berhembus sekali dengan embun2. Niat di hati untuk ke kolam air panas pada petang tu dibatalkan. Tukar baju semua, lepak ramai2. Yes. Barulah nie lah ada yang nak kenal groupmates . LoL. Haha sesi beramah mesra berkenal serta ice breaking dijalankan petang tu yang dihostkan oleh Mucin sambil2 dinner. Yes. It was good. Trip 4 hari nie cukup nak buatkan aku rindu dengan mereka. ouh, bukan 4 hari, seminggu lebih. Maafkan saya. 

Malam tu lepak stargazing sambil main kad. Tapi tak lama. Sebab penat. Esok masih ada untuk kami bermain. Boboi tido awal. Takde life. 'Cream' kaki katenya. kahkah

Belanja lah gambar kawan2 dengan signboard Rinjani ;)

























2 orang makhluk xde gambar dgn papan tanda. maybe diorang nak repeat dengan Rinjani100 nextyear


Itinery Day 2 [ Plawangan Sembalun - Peak - Plawangan Sembalun - Danau Segara Anak]

Bangun 1210
Summit Attack 0120 - 0645
Start descend 0815 - 0930
Campsite 1320 - Danau Segara Anak 1630

p/s : Jangalah segan2 nak klik iklan kat sebelah tu ;)